BAB 17

555 38 7
                                    


Kopi di tangannya diteguk lagi. Perbualan dengan Minho tadi siang terngiang-ngiang.

"Maknanya adik dia yang sakit itu adik angkat?" Hyunjin menggumam sendiri.

Entah kenapa dia penasaran dengan adik angkatnya Minho itu. Lebih-lebih lagi saat si Minho mengatakan kalau adiknya pernah melakukan operasi jantung saat masih bayi.

Loket di lehernya Hyunjin keluarkan. Gambar bayi yang sempat dia lakar sehari selepas kehilangan si adik ditatap lama.

Makin lama fikiran Hyunjin makin kacau. Tin kopi dicampak sebelum si llama menyambar kot hitamnya dan keluar dari rumah. Membelah jalan raya menuju ke hospital yang dimaksud Seungmin tadi petang.















///



"Jisung sakit apa?" Jihan bertanya penasaran ke Minho. Meski dia tak tahu siapa itu Jisung, tapi dia yakin si dia pasti merupakan seseorang yang sangat bermakna dalam hidup keluarga kandungnya...atau mungkin Jisung merupakan sosok pengganti dirinya selama 17 tahun ini?

"Lemah jantung."

"Macam mana dia boleh kena-

"Salah aku, aku terlupa jemput dia dari kolej semalam." Minho bersuara perlahan.

Jihan terdiam lama. "Maknanya salah aku jugaklah?"

"Hei, kenapa kau cakap macam itu?" Minho tak suka bila Jihan menyalahkan dirinya sendiri.

"Sebab aku nak spend time dengan kau, kau terlupa jemput Jisung dari kolej." Jihan tertunduk menyatakan rasa bersalahnya pada si dia yang tak pernah bertentang mata.

Mendengar isak tangis dari adiknya, Minho segera memeluk si adik. "Bukan salah kau, dia dah besar. Sepatutnya dia pandai berdikari. Bukan berharap kat aku selalu."

"Jisung beruntung kan hyung?"

Alis Minho terangkat mendengar bicara adiknya. "Kenapa?"

"Sebab dia ada kau, dia dapat rasa kasih sayang abang. Aku selalu berangan nak ada seorang abang, mesti seronok sebab ada someone yang selalu protect kita." Jihan tersenyum memandang langit.

"Doyeon kan ada?" Duga Minho.

"Tapi tak sama. Kakak dengan abang ini berbeza tau. Ada abang lagi seronok."

Minho tersenyum sayu mendengar bicara sang adik. Semua yang sepatutnya dirasai Jihan, semua diambil oleh Jisung.

Dia takkan sesekali maafkan perbuatan Younghoon. Semata-mata kerana Jisung, Younghoon dengan tega memisahkan mereka untuk 7 tahun lamanya.

"Kau akan dapat semua itu. Aku janji kat kau dik, lepas ini semua benda akan settle. Kau akan balik ke pangkuan kami, aku yang akan jaga kau 24 jam."

"Hyung, aku nak tanya kau satu soalan boleh?" Jihan mencengir, menayangkan barisan giginya yang tersusun cantik.

"Tanyalah."

"Antara Jisung dengan aku, siapa adik yang paling kau sayang? Hehe."

Minho terpempan mendapat soalan barusan dari Jihan. Wajah manis si adik yang saat ini terbaring koma di hospital menerawang di benaknya.

"Hyung?"


Siapa adik yang dia sayang...



"Kau. Aku pilih kau."































𝐒𝐎𝐔𝐋𝐌𝐀𝐓𝐄 [𝐌𝐈𝐍𝐒𝐔𝐍𝐆]Where stories live. Discover now