Minho menyeret kakinya tak bermaya. Lorong yang sunyi dah ditelusuri sejak pagi tapi kelibat sang adik tetap tak ditemui.
Tadi juga dia dapat panggilan dari Hyunjin. Kata Hyunjin, Tuan Lee sekarang berada di balai, menjelaskan kronologi keterlibatan Jisung dengan Russel.
Minho terduduk jatuh di depan sebuah kedai menjual roti.
"Nanti hari jadi aku, boleh tak aku minta kek cheese?" Bebola mata si tupai membulat teruja.
Minho menggeleng. "Kau itu dah hari-hari makan cheese. Nanti jadi tikus."
Telapak tangan si abang di rambutnya segera Jisung alihkan. "Itu lain. Bolehlah Minho, please."
"Nope."
Jisung yang cemberut menghentak-hentak kaki berjalan meninggalkan Minho. Si kucing yang panik lantas mengejar langkah adiknya.
"Ji."
"Jisung..."
"Han Jisung..."
"APA?!"
Aik? Marah? Tak mungkin hal sepele tak dapat cheesecake terus merubah si adik jadi singa?
"Kau marah aku ke?" Minho cuba menyaingi langkah Jisung.
"Tak."
"Tipu."
"Nanti dah besar aku nak kahwin dengan lelaki yang pandai buat kek." Random sungguh si Jisung.
"Serius?"
Jisung angguk. Si manis kemudian mula bercerita jika sahaja dia meminta kek pada bakal suaminya nanti, mereka berdua akan ke kedai, membeli bahan-bahan seterusnya 'bake' cake bersama. Sementara tunggu kek masak sepenuhnya, mereka berdua akan cuddling together ...oh romantiknya.
Minho di sebelah hanya acuh tak acuh. Membiarkan si adik berangan kerana seseungguhnya berangan itu percuma. Dia tidak akan sesekali menghalang Jisung untuk berangan.
Hanya saja untuk merealisasikan itu tidak semudah yang diangankan.
Tak disangka dia harus membayar mahal untuk yuran kelas membuat kek setiap hujung minggu tanpa sepengetahuan Jisung.
Kerana tanpa diketahui Jisung, kalau sejak saat itu si abang mula belajar cara-cara membuat kek secara diam-diam.
"Aku dah tahu buat kek Hannie. Baliklah kat aku." Minho menggumam berputus asa. Ke mana lagi dia hendak mencari manusia comel yang kerap mewarnai hidupnya itu.
Tatapan orang-orang yang aneh melihat wajah penuh lebamnya tak dipedulikan. Sungguh Minho tak peduli. Apa yang terpenting saat ini adalah mencari keberadaan Jisung.
Hyunjin?
Sekalipun dia gantung lelaki itu di pokok, Hyunjin tetap tidak akan buka mulut.
Seungmin?
Apa Seungmin dan Felix tahu di mana Jisung? Dah lama dia tak ketemu dengan dua makhluk itu semenjak adik-adik mereka masuk ke kolej atas.
Minho segera mengobrak abrik poketnya tapi sayang gajet berbentuk segi empat itu tak ditemui. Sontak hembusan nafas dilepaskan berat dari Minho.
Macam mana dia boleh ketinggalan telefonnya.
///
Younghoon berkerut sakit bila pipinya ditampar, matanya dipaksa untuk buka.
Sontak wajah si galah berubah gementar bila melihat pemandangan ngeri di hadapannya.