Minho tersandar lemah di dinding sel.
Melihat ke sekeliling yang jauh berbeza 360 darjat dibanding sel tahanan sebelum-sebelumnya.
Dia kini berada di dalam jeriji besi yang paling ditakuti semua insan bergelar banduan.
Sel Akhir...
"Betul ke apa yang kau buat? Kau ingat Jisung suka?"
"Itu je cara untuk aku buktikan rasa sayang aku dekat dia."
Jeongin menggeleng kesal. "Banyak lagi cara lain. Bukan buat pengakuan palsu segala."
Minho tertunduk memandang kaki sebelum kembali mengangkat kepalanya.
"Kalau Chris dengan Hyunjin sanggup mati untuk dia, kenapa aku tak? Apa yang pernah aku korbankan untuk dia selama ini? Tak ada, Jeong. Dia yang selalu berkorban untuk kebahagiaan keluarga aku."
Jeongin meraup wajahnya mendengar jawapan Minho. "Ini hukuman gantung Minho! Sedarlah."
"Aku sedar! Aku tahu aku akan mati. Tapi kalau itu dapat bersihkan nama Chris dengan Hyunjin, bersihkan nama abang-abang dia, aku sanggup."
Minho memegang bahu temannya. Hanya Jeonginlah yang masih setia dengannya sehingga ke titik terakhir.
"Apa yang Seungmin cakap dulu itu betul. Diorang berjuang untuk kebahagiaan yang sepatutnya diorang rasa sejak 18 tahun lepas. Tapi ayah aku rampas semuanya. Sampai ke akhir nama diorang tetap buruk kat mata orang lain. Kau tahukan diorang digelar psikopat yang membunuh suka-suka?"
Jeongin angguk mengiayakan. Sungguh berita Chris dan Hyunjin yang digelar psikopat berjejaran dalam kalangan masyarakat. Sampai-sampai ada yang sanggup ugut untuk bakar makmal kepunyaan Chris semata-mata rasa benci akan sosok yang telah pergi itu.
"Biar aku yang tebus kesalahan bapak aku 18 tahun lalu."
"Dengan cara macam ini? Mengaku sebagai pembunuh 9 orang? Macam itu ke Minho?" Jeongin tak habis fikir dengan tindakan Minho.
Si kucing bertindak membuat pengakuan palsu di mahkamah kononya dialah yang menjadi pembunuh Tuan Lee, Inspektor Shin, Doktor Kim dan mayat lainnya. Hyunjin yang cuba melepaskan tebusan kemudian Minho tembak mati. Kebetulan ada Chris sebagai anak didik Doktor Kim di tempat kejadian yang turut sama Minho bunuh.
Bohong. Itu semua adalah kebohongan indah yang dikarang sendiri oleh Minho.
Alasan Minho membunuh Jihan pula adalah kerana tak puas hati layanan sang ayah yang melebihkan Jihan dan Jisung dalam segala hal. Hanya saja Jisung kononnya terselamat dalam malapetaka itu. Tuan Lee juga dikhabarkan masih ada peluang untuk hidup namun Minho dengan segala tipu helahnya berkata efek racun itu kembali kuat setelah 48 jam dan yah dengan bodohnya orang-orang di mahkamah itu percaya.
Lebih-lebih lagi alibi Minho dikuatkan dengan pengakuan saintis terkenal bernama Hwang Yeji yang kemudian mahkamah memutuskan Tuan Lee mati akibat racun yang disuntik Minho di hari kejadian.
Tapi ada satu hal yang Minho katakan jujur. Minho membebarkan ke hakim dan para juri kalau sang ayah telah melakukan operasi jantung illegal pada adiknya serta adik Chris dan Hyunjin. Hanya saja Minho tidak menjelaskan siapa adik Chris dan Hyunjin itu.
Minho juga menguak tentang Tuan Lee yang menjadi dalang di balik kematian keluarga Han 18 tahun lepas.
"Apa yang aku buat tak sia-sia kan?" Minho menjongkit-jongkit keningnya. Jeongin tergelak nipis melihat kelakuan si teman. Masih tak percaya kalau si kucing sanggup merayu pada Yeri untuk membantunya dalam pemalsuan keterangan itu.