BAB 47

625 42 0
                                    

Minho yang masih terpuruk dengan kematian mengejut sang ayah tiba-tiba seakan diberi sirna bila pengawal memberitahu ada pelawat yang mengunjunginya.

Dalam hati kecilnya berharap manusia manis berwajah paras tupai itulah yang datang menemui dirinya.

Sungguh tiap-tiap malam Minho menangis mengenang semua perbuatan buruknya pada Jisung selama ini. Dia juga menangis kerana terlalu merindui si manis.

Dan siapa sangka hari ini, doanya dimakbulkan.

Jisung dan Felix datang menemuinya.

"Hannie..."

Minho menghampiri Jisung yang saat ini tengah menatapnya tanpa senyuman.

Tanpa memandang muka Minho, Jisung menghulurkan sepucuk surat.

Minho ragu-ragu membacanya.

"Peralihan hak asuh?"

"Ye Minho. Itu yang kau nak kan?"

"Tak Hannie. Kau tak faham-

"Apa yang aku tak faham?! Selama 8 tahun aku hidup dengan kau, tak pernah sekalipun kau anggap aku adik. Kau benci aku, tuduh aku rampas semua milik adik kandung kau. Kau lebihkan Jihan padahal dia pun sama macam aku! Dia bukan siapa-siapa untuk kau tapi kau layan dia macam ratu. Kau pukul, cubit, marah aku sebab budak itu mengadu macam-macam dan kau percaya bulat-bulat. Abang macam apa itu, Minho?!" Jisung melepaskan amarah yang ditanggungnya selama ini.

8 tahun dia bersabar melayan amukan Minho, 8 tahun ini dia sentiasa pasang topeng cerianya meski dilayan teruk oleh Minho tapi tak setelah abang kandungnya ditembak mati oleh Minho. Depan matanya sendiri.

Sayangnya pada Minho menghilang seiring kepergian Chris dan Hyunjin.

Minho menahan sebu di hati mendengar luahan-luahan si adik angkat. "Kau tak sama dengan Jihan. Kau lain, Hannie."

Jisung tersenyum miring. Memang dia lain. Dia dan Jihan tak sama justeru itu Minho semakin membencinya. Dia tak sama macam Jihan yang manja, dia tak sama macam Jihan yang lembut.

"Kenapa kau benci sangat dengan aku Minho? Kau tak pernah izin aku kenalkan kau sebagai abang dekat kawan-kawan aku. Jijik sangat ke aku? Jatuh ke maruah kau kalau orang lain tahu kau abang  untuk budak pembawa sial macam aku?"

"Ji, jangan cakap macam itu." Felix menegur. Tak suka bila temannya merendahkan diri dengan title seburuk itu.

"Kau marah dengan aku berhari semata-mata aku cium pipi kau tapi bila Jihan yang cium kau tak cakap apa pun."

"Lixie, boleh tak kau tinggalkan aku dengan dia. Berdua." Pinta Minho.

"Jangan harap."

"Please, aku merayu." Minho dah ancang untuk bersujud di kaki Felix.

Si ayam berpaling ke Jisung. Mendapat anggukan dari Jisung, Felix keluar dari ruangan. Menutup pintu dan memberi ruang untuk Minho dan Jisung di dalam sana.

Tangan Jisung cuba digapai namun dengan cepat Jisung menepis.

Minho hanya mampu tersenyum pahit. Bening cantik milik sang adik dipandang sayu. 

Jisung...membencinya.

"Kau orang yang paling aku sayang, Hannie."

"Bohong."

"Aku marah, aku tak suka bila orang lain anggap aku abang kau sebab aku nak lebih dari sekadar abang."

Sontak si manis berkerut tak mengerti.

"Kau lebih dari sekadar adik, Hannie. Aku cintakan kau, aku tak tahu sejak bila perasaan itu muncul tapi aku tak boleh nak halang. Aku cuba elak perasaan itu makin bercambah dengan cara macam itu. Aku marah kau, aku bentak kau bila kau cium pipi aku sebab aku takut. Aku takut perasaan itu makin lancang end up aku tak boleh nak kawal and bahayakan kau." Minho menghela nafas lega bila perasaan yang selama ini disembunyikan di ceruk paling dalam akhirnya berjaya diluahkan.

𝐒𝐎𝐔𝐋𝐌𝐀𝐓𝐄 [𝐌𝐈𝐍𝐒𝐔𝐍𝐆]Where stories live. Discover now