BAB 49

638 39 3
                                    




Seminggu Minho bersendirian menjalani hari-hari suramnya di dalam sel akhir.

Sepanjang itu, dia hanya duduk termenung menyesali segala perbuatannya di masa lalu. Tak sedikit mulut itu melirih memanggil Hannie dan mamanya.

Kadang-kadang Minho sempat berkhayal dirinya yang memeluk tubuh kecil adik manisnya itu, meluahkan rasa cintanya pada sosok itu yang kemudian dibalas Jisung. Keduanya kemudian sama-sama menaiki altar, di hadapan orang ramai Minho mengucapkan janji suci untuk sentiasa menjaga si manis, selalu mencintainya dan membahagiakan Jisung sehingga ke akhir hayat.

Tersedar dari lamunan, Minho hanya akan tertawa bagai orang gila kerana sungguh...itu hanyalah impian yang tidak akan tercapai.

Takdir yang tertulis adalah dia yang akan berakhir di tali gantung, bukannya pada tali pernikahan.

Apa khabar agaknya Jisung dan mama sekarang? Apa Jisung memegang janji untuk sentiasa menjaga sang mama dan menolak ikut bersama keluarga Seungmin.

Hati kecil Minho berharap akan hal itu. Jisung tak mungkin mengkhianatinya. 




























































































////




Jisung memiringkan tubuhnya ke kiri, merasa tak nyaman si manis kembali beralih ke kanan namun hasilnya tetap nihil.

Jantungnya yang tiba-tiba berdetak laju menyebabkan si manis tak dapat tidur lena.

"Adik."

Hampir tercabut roh dari raganya bila sang ibu tiba-tiba memanggilnya.

"Mama tak tidur lagi?"

Puan Lee menggeleng. Tanpa aba-aba tubuhnya tiba-tiba dipeluk sang ibu. Jisung yang awalnya pegun tapi tak lama suara tangisan si manis bergabung dengan milik sang ibu.

"Jangan tinggalkan mama. Mama dah tak ada siapa-siapa sayang. Jihan dengan papa dah tak ada. Kenapa adik nak tinggalkan mama? Ji dah tak sayang mama?" 

Sungguh hati tua itu tak mampu untuk melepaskan kepergian Jisung pada keluarga Kim. Orang tua Seungmin memutuskan untuk mengadopsi Jisung dan berniat untuk membawa anak manis itu menetap bersama mereka esok hari.

Jisung mengusap belakang ibunya. Mata terpejam  cuba memantapkan hati dengan keputusannya.

"Mama tak tahu apa-apa, Hannie. Kau boleh benci aku, benci papa tapi tolong jangan mama."

"Tetaplah dengan mama, jagakan dia untuk aku."

Pesanan-pesanan Minho hanyalah dianggap angin lalu oleh Jisung. Kerana sungguh, si manis tak kuat untuk menetap di rumah ini lagi. Rumah yang banyak meninggalkan kenangan buruk serta pahit untuknya.

Manis itu ada namun lebihnya pahit.

Bayang-bayang Tuan Lee kerap kali menghantuinya. Sosok yang merupakan pembunuh ibu ayahnya itu seakan mengekorinya setiap saat.

"Adik tak boleh ma."

"Mama rindu papa, rindu abang, rindu Jihan. Mama tak sangka papa pernah buat benda sekeji itu dekat orang lain. Kalau mama jumpa bayi itu, mama akan sujud depan dia, minta maaf untuk semua perbuatan papa dulu."

Jisung tersenyum pahit mendengar bicara sang ibu. Nyatanya bayi yang dimaksud sang ibu ada di depannya sendiri...

Jelas kalau Puan Lee langsung tak tahu cerita sebenar. Sang ibu tiada di tempat kejadian, sang ibu tiada di saat-saat Chris menerangkan semuanya.

𝐒𝐎𝐔𝐋𝐌𝐀𝐓𝐄 [𝐌𝐈𝐍𝐒𝐔𝐍𝐆]Where stories live. Discover now