"Mama!" Jisung berlari menyusuri koridor hospital.
Dari luar bilik ada kelibat Minho dan ayahnya di situ.
Jisung segera berlari hendak melihat sang ibu namun tiba-tiba tubuhnya ditolak Tuan Lee.
"Menyesal aku ambil kau jadi anak aku. Kau memang pembawa sial."
"Papa!" Minho menegah sang ayah berbicara kasar.
"Pa..." Jisung yang masih terkejut dengan apa yang berlaku tiba-tiba ditarik Minho ke hujung lorong.
Sampai sahaja di hujung, tubuh Jisung ditolak kasar.
"Mama jadi macam ini sebab nak cepat balik jumpa kau. Puas?! Puas buat mama aku sakit?!"
Jisung berkerut tak faham. Kenapa dia yang disalahkan?
"Anak pungut tak sedar diri. Betullah kau ini pembawa malang."
DEG
Tanpa dapat ditahan, air mata Jisung mengalir laju walhal dia dah berjanji untuk kuat.
"Jangan dekat dengan keluarga aku lagi." Minho kemudian laju berlari meninggalkannya.
"Jihan." Jisung menyeru si gadis yang baru keluar dari lif.
"Jangan pegang aku, anak haram." Jihan menepis kasar tangan Jisung di lengannya.
Jisung terpana melihat perubahan-perubahan keluarganya. Memang sebelum ini Jihan nampak tak menyukainya, namun tak pernah si gadis itu berkata sekasar ini.
"Kenapa jadi macam ini? Please Ji...cerita dekat aku." Jisung memohon agar Jihan memberitahu semuanya.
Jihan mendengus kasar. "Mama nak balik celebrate birthday kau. Papa tak boleh drive malam, Minho hyung dah tidur awal. Mama berkeras nak sambut anak bodoh macam kau ini-
Jisung terpejam mata mendengar panggilan Jihan ke dia.
-mama keluar nak guna teksi tapi tiba-tiba ada kereta langgar. Mama koma sebab kau."
Jihan lagi dan lagi menyalahkan Jisung.
Jisung yang saat ini tengah terpuruk semakin bertambah sedih bila mendengar sang ibu sanggup melakukan itu untuk menyambut hari jadi dengannya.
Jihan kemudian menolak kasar tubuh kecil Jisung sebelum dia berlalu menuju ke kawar rawat sang ibu.