Minho menanti penuh sabar khabar baik tentang sang isteri.
Semalam, lepas diberitahu Hyunjin kalau Phyto Kapsul berjaya dihidupkan, air matanya terus mengalir laju. Seakan ada sirna untuk kembali melihat Jisung tersenyum kembali seperti sediakala.
Minho memeluk tubuh Hyunjin, mengucapkan terima kasih yang tak putus pada si llama kerana sanggup berhabis berbillion demi menyembuhkan Jisung.
"Dia adik aku, Minho. Memang tugas aku untuk jaga dia."
Hyunjin sendiri menyuarakan rasa kesalnya kerana lambat bertindak. Sangkanya lepas Jisung bersalin baru dia akan memberitahu Minho perihal berlian itu. Tapi siapa sangka kalau si adik memerlukan kapsul itu lebih awal.
Malam itu juga mereka memindahkan Jisung ke ruang privasi. Berkat Juyeon dan Jeongin yang membayar mahal untuk menyewa sebuah wad di hopsital, Jisung akhirnya berjaya dibawa masuk ke dalam kapsul.
"Nanti mummy dah sembuh daddy bawak Jimin jalan-jalan. Kita ajak mummy tengok pokok sakura ye sayang." Minho mengagah-agah putera sulungnya.
Hyunjin yang melihat Minho kembali hidup tersenyum dalam diam.
Nyatanya, Jisung memang sosok terpenting dalam kehidupan seorang Lee Minho.
Tak lama kemudian Yiren dan Soojin keluar dari ruangan.
Minho dan Hyunjin segera menghampiri mereka.
"Isteri aku macam mana?" Tanya Minho penuh khawatir,
Yiren tersenyum. "Detak jantung dia dah normal balik. Tapi still dia perlukan tiga bulan untuk penuh total dari penyakit dia."
Minho hampir terduduk saking gembira mendengar khabar baik tentang Jisung, mujur sahaja Hyunjin sempat menahannya.
"Terima kasih, terima kasih
Beribu ucapan terima kasih Minho lontarkan pada kedua saintis berbakat dari negara China itu.
Berlian yang menjadi sumber utama tenaga Phyto Capsule itu dulunya habis diguna untuk penyembuhan Chris dan Hyunjin. Minho yang awalnya membeli kapsul tersebut untuk proses rawatan Jisung terpaksa menabung dengan keras demi membeli semula berlian tersebut.
Tekad Minho untuk menyembuhkan Jisung terlalu kuat sehingga dia sanggup bekerja larut pagi demi mendapat hasil lebih. Sebahagian besarnya disimpan demi membeli berlian tersebut dan sebahagian kecil diguna untuk menampung kehidupan mereka sehari-hari.
Namun malam tadi, Hyunjin tiba-tiba datang bersama kapsul lengkap dengan berliannya memberitahu ke Minho kalau dirinya dah pun mendapatkan berlian tersebut.
"Dia dah sedar, kalau kau nak jumpa dia pergilah. Tapi aku sarankan jangan bawa Jimin, takut baby bising nanti ganggu dia." Ujar Soojin.
Mendengarkan itu, Minho laju saja memberi si anak ke Hyunjin sebelum dia masuk, menemui sang isteri yang terbaring menatap ke arah kapsul yang terbuka.
"Hannie..."
"Hyung."
Keduanya saling berbalas pandang sebelum Minho berlari menghampiri Jisung, bibir si isteri dikucup lama. Menyatakan kerinduan dan besarnya rasa takut akan kehilangan Jisung dari hidupnya.
Jisung yang awalnya terpejam mata merasai momen indah itu terkejut bila dirasakan asin di sekitar pipinya.
"Minho, kau menangis?" Jisung melepaskan pagutan.
"Aku takut hilang kau, Hannie. Jangan buat macam itu lagi." Minho menangis tersedu-sedu di ceruk leher sang isteri.
Jisung tersenyum hei jujur dia hampir tertawa. Kenapa si suami terlalu cengeng?