BAB 52

769 43 2
                                    



Lima tahun kemudian...

Jisung yang hendak menuruni tangga serta-merta dicegah Minho.

"Kan aku dah kata, jangan turun seorang-seorang." Minho kemudian menuntun tangan sang isteri.

Jisung tergeleng-geleng bila sang suami kelebihan hormon protektif ini terlalu takut. Bahkan dirinya tak dibenarkan memasak, mencuci baju, bagi Bbama makan dan seribu satu tugasan yang diblacklist Minho.

Sampai sahaja mereka di ruangan bawah, Minho berlutut setara dengan perut Jisung.

"Baby tak boleh nakal-nakal, jangan susahkan mummy, jangan bagi mummy penat. Daddy balik lambat hari ini, jadi hero lindung mummy untuk daddy boleh kan?" Minho mengusap-usap sembari berinteraksi dengan permata kecilnya di dalam sana.

"Boleh daddy. Jimin kan good boy." Jisung mengecilkan suara, meniru suara sang bayi.

Minho mengucup perut sang isteri sebelum kemudian berdiri. Dahi putih Jisung dikucup lama.

"Kalau nak apa-apa minta tolong Felix, minta tolong mama. Tak pun call aku. Jangan buat seorang-seorang. Faham?"

"Kalau nak makan pun kena call kau? Tolong pegangkan sudu, boleh?" Jisung menjungkit-jungkit kening, sengaja menguji aras ke'proktifan' sang suami.

"Kalau itu boleh buat kau penat, why not?"

"Aku gurau je, hyung." Jisung tak habis fikir dengan tingkah sang suami. Dia hanya mengadung lorh, bukannya lumpuh separuh badan.

"Aku tak main-main, sayang. Kalau betul kau tak larat, telefon aku. Aku boleh suruh Jeongin uruskan yang lain."

Jisung memandang wajah serius Minho. Nampak jelas kalau sang suami tak main-main dengan ucapannya.

Pernah suatu hari Jisung menelefon Minho, bertanya di mana Minho meletakkan garam. Mendengar kalau si isteri masuk dapur hendak memasak, Minho bersikeras menyuruh Jisung pesan secara online.

Namun si manis yang kukuh hendak menyiapkan makan malam untuk mereka berdua tanpa sedar mengundang aras ke'protektifan' Minho meningkat.

Tak sampai 10 minit, kereta sang suami dah pun tepat berada di halaman rumah. Dengan wajah berantakan penuh penat si kucing masuk terus merampas senduk yang dipegang si isteri. Jisung diminta duduk memerhati sembari dirinya yang menyambung tugas memasak.

"Minho."

Minho yang hendak melangkah terus berpaling. Menghampiri si manis lantas mengusap rambut Jisung.

"Kenapa?"

"Jangan penat-penat. Nanti kau sakit." Pesan Jisung. Jujur, si manis khawatir dengan tahap kesihatan suaminya.

Pagi perlu keluar bekerja, tengah hari balik memasak untuknya. Petang mereka tak pernah absen mengunjungi Chris dan malam pula hanya setelah dirinya tidur lena barulah Minho turut sama lelap.

Minho tersenyum sembari tergelak nipis mendengar ucapan Jisung. Kedua tangan isterinya digenggam.

"Aku tak kisah berpenat untuk kau, sayang. Aku buat semua ini untuk kau, untuk anak kita. Kan aku dah janji, sebelum Jimin lahir, aku nak langsaikan bayar rumah ini. Lagipun apa guna suami kalau aku boleh senang-senang tapi kau berpenat ke sana sini bawa anak kita dalam perut."

Hidung kecil sang isteri ditarik lembut. "Aku yang sepatutnya pesan macam itu dekat kau."

Tiada alasan untuk Minho tak berpenat. Semenjak hari malang untuk mereka itu, memang diakui kerjayanya terganggu. Sang atasan seakan hilang kepercayaan pada Minho dan berakhir dengan dia yang hanya diberi tugas-tugas kecil.

𝐒𝐎𝐔𝐋𝐌𝐀𝐓𝐄 [𝐌𝐈𝐍𝐒𝐔𝐍𝐆]Where stories live. Discover now