7 tahun berlalu...
Selama tujuh tahun ini, Jisung tumbuh membesar jadi seseorang yang sangat amat manis. Di usianya yang menginjak 17 tahun, Puan Lee hanya mampu tergelak bila anak bongsunya pulang ke rumah dengan wajah cemberut.
"Dapat surat lagi?" Duga Puan Lee yang dibalas anggukan oleh Jisung.
"Pergi buang cepat. Kalau abang nampak, mengamuk dia nanti."
Jisung cepat-cepat menurut arahan ibunya. Keduanya masih teringat amarah Minho saat mengetahui kalau adiknya mendapat surat cinta dari pelajar kolejnya.
Malam itu juga Minho ke rumah si dia, menceramahi lelaki itu sekaligus melarang si dia mendekati adiknya lagi.
///
"Siapa bagi?"
Jisung terkejut saat Minho tiba-tiba merampas surat yang baru dibacanya.
"Sunwoo. Budak kelas aku."
Minho memandang tajam wajah adiknya sebelum membaca surat 'cinta' dari temannya si adik. Mahu muntah rasanya membaca bait-bait ayat dalam surat itu. Penuh dengan pick up line aneh-aneh. Dasar bocah zaman now.
"Bagi nombor dia."
"Hah? Kau nak buat apa?"
Minho diam tak menjawab. Hanya wajah datarnya yang terpasang.
Sumpah demi apa, Jisung sangat takut melihat wajah amarah sang abang nan satu. Kenapa Minho perlu marah-marah?
"Bagi nombor Sunwoo kat aku."
Bimbang amarah Minho semakin memuncak, nak tak nak nombor si ketua kelas terpaksa diberi.
Tak lama kemudian Jisung lihat si abang marah-marah saat telefonnya tak diangkat Sunwoo.
"Kau nak pergi mana?" Jisung laju bertanya, mengekori langkah Minho keluar rumah.
"Rumah Sunwoo."
"Eh kenapa-haishhh hyung!"
Dan berakhir malam itu Jisung menonton dari dalam kereta saat si ketua kelas terbongkok-bongkok meminta maaf pada Minho kerana berani-berani menganggu si adik. Padahal dah jelas-jelas Jisung bilang kalau itu semua langsung tak menganggunya tapi Minho yang berkeras.
Jisung hanya mampu menggeleng pusing melihat sikap protektif si abang.
///
Petang itu, Minho yang membuat janji dengan Hyunjin akhirnya menarik nafas lega bila bayang si galah muncul.
Keduanya kembali bertemu atas satu kes melibatkan pembunuhan seorang doktor yang identitinya tak dapat dicam. Seluruh muka habis hancur, kulit jari dan kaki juga habis disiat. Itu semakin menyukarkan pihak kepolisian untuk mengecam identiti mangsa.
"Apa yang kau dapat?" Hyunjin seperti dulu, masih dengan aura kemusuhannya terus menyerang Minho dengan soalan.
Rokok diselipkan ke mulut, asap berkepul keluar sembari menunggu jawapan Minho.
Minho tertawa remeh melihat tingkah Hyunjin. "Kau ingat senang-senang aku nak bagi? Hurm?"
Sebuah smirk terhasil dari wajah Hyunjin. Wajah detektif yang entah kenapa tak pernah disukainya itu ditatap tajam. Jujur saja, Hyunjin tiada alasan yang jelas untuk membenci Minho. Entah kenapa sejak pertama kali bertemu Minho lagi, perasaan tidak suka itu muncul sendiri. Seakan ada sesuatu pada Minho yang menyebabkan aura negatif mengalir di benak Hyunjin.