BAB 14

560 36 0
                                    

Hari minggu itu, Minho sengaja mengosongkan jadual waktunya meski kes pembunuhan yang disiasatnya bersama Hyunjin dan Seungmin langsung tak menemui titik terang. 

Dan itu semua dilakukan semata-mata untuk menemani sang adik melakukan check up di hospital.

Minho duduk menunggu di luar sedangkan Jisung berada di kamar rawatan. Awalnya Minho hendak masuk namun si adik berkeras menolak.

Tiba-tiba sebuah panggilan telefon masuk di telefon bimbit Minho.

Felix, temannya si adik yang kerap mengotorkan lantai rumah mereka dengan jejak kaki si ayam itu. Hampir setiap hari Felix akan datang bertandang, dijemput atau tak dijemput si ayam tak peduli. Tujuannya adalah bertemu Jisung.

"Hyung, Jisung mana?" Tanpa salam, tanpa tanya khabar dirinya, Felix terus bertanya perihal Jisung.

Ingatkan Minho untuk mencekik si ayam sampai deep voicenya semakin deep.

"Hospital. Check up." 

"Oh, lama lagi?"

"Tak pasti. Asal?"

"Aku ada depan rumah. Hehe, nak masuk tapi ada pengawal pendek muka macam perompak tak bagi masuk."

'Pengawal pendek?' Oh si Changbin.

"Bagi telefon kat dia. Biar aku cakap." Ujar Minho dan itu ini itu ini, setelah diberi green light dari Minho, Changbin akhirnya membenarkan Felix masuk.

Bukannya dia tak kenal, kenal sangat malah tapi sebagai seorang pengawal keselamatan yang berdedikasi dan berdisiplin, Changbin perlu lebih mengetatkan kawalan.

Kata Changbin, practise untuk jadi ayah yang tegas untuk anak-anaknya nanti.

Tepat saat Minho mematikan telefon, saat itu juga sosok kecil sang adik keluar dari kamar rawatan.

Minho segera berdiri. "Settle?" Tanya Minho.

Jisung pandang wajah abangnya sejenak sebelum kembali memutuskan kontak mata. "Dah."

"Kau nak pergi mana-mana lepas ini? Aku hantar." Minho cuba beramah mesra dengan sang adik.

Gelengan diberikan Jisung dan itu disambut keluhan berat dari Minho. Bukan dia tak perasan. Dia perasan sangat malah kalau si Jisung ini seakan menghindarinya. Apa si manis masih marah perihal ciuman di mall tempoh hari?

Jisung melangkah hendak pergi namun sepantas kilat tangannya disambar Minho.

"Apa masalah kau sebenarnya ini?" Minho sedikit membentak. Sepatutnya dia yang marah kerana Jisung dengan lancang menciumnya tapi kenapa si manis pula yang merajuk?

"Tak ada apa. Aku penat, nak balik." Berusaha menarik tangannya namun semakin kuat cengkaman tangan Minho pada pergelangan putih itu.

"Dah tiga hari, Han Jisung. Kau kenapa sebenarnya? Jantung kau bermasalah ke?" 

'Han Jisung.'

Jisung tersenyum pahit mendengar panggilan itu. Sehingga ke hari ini Minho tak pernah sudi memanggilnya dengan panggilan yang sepatutnya. Apa itu juga sebab kenapa Minho tak pernah ingin dipanggil abang olehnya?

"Kau patut tanya diri sendiri." Jisung menantang si abang.

"Maksud kau?"

"Kau tak pernah anggap aku adik pun selama ini kan?" Mata itu dah bergenang air meski dia cuba menyembunyikan.

Dapat dilihat reaksi wajah Minho yang berubah mendapat pertanyaan sebegitu oleh Jisung.

"Jangan merepek. Balik cepat, Felix dah tunggu kau." 

𝐒𝐎𝐔𝐋𝐌𝐀𝐓𝐄 [𝐌𝐈𝐍𝐒𝐔𝐍𝐆]Where stories live. Discover now