BAB 51

758 44 3
                                    

Sebulan kemudian...

"Dengan ini mahkamah memutuskan untuk menggantikan hukuman gantung sampai mati kepada hukuman penjara seumur hidup...

Jisung terpejam mata tak mahu menghadam apa yang dibicarakan sang hakim sehinggalah

TOK

TOK

TOK

Sejurus hakim membunyikan paluannya, setitik demi setitik air mata si manis mengalir laju di pipinya.

Melihatkan itu, Hyunjin segera menarik sang adik ke dalam pelukan.

"Kita lawat dia hari-hari Hannie. Aku janji." Ujar Hyunjin.

Jisung mengangguk lemah.

Masa terus berlalu sehinggalah di mana polis datang hendak membawa sang abang  ke dalam jeriji besi.

Jisung terus berlari menghampiri sang abang. Tanpa sempat ditahan Yeri, tubuh kecil itu lebih dulu memeluk Chris erat seakan tak mahu langsung berpisah.

"Dengar cakap Hyunjin. Jangan lawan cakap dia, nanti lepas aku keluar, aku bawa kau pergi London. Deal?"

 
Jisung tersenyum dalam sedihnya mendengar bicara Chris yang terkesan cuba kedengaran ceria.

"Aku tak nak pergi London."

"Dah itu?" Tanya Chris.

"Urmm Kota Kinabalu! Aku nak tengok bunga rafflesia." Sejak dulu Jisung memang menggemari bunga terbesar di dunia itu.

"Kau tempah lah tiket awal-awal. Aku keluar terus pergi, tolong pack kan baju aku siap-siap." Chris dan Jisung masih saja sibuk bergurau. Dalam hati keduanya berharap agar masa berhenti biar memori indah ini kekal selamanya sebelum Chris berakhir mendekam dalam penjara untuk jangka waktu yang sangat lama.

Chris berusaha sehabis mungkin untuk terlihat tegar di hadapan sang adik. Namun sebagai abang, dia tahu kalau wajah ceria Jisung yang mengoceh itu ini sebenarnya hanyalah topeng untuk menutup rasa sedih atas perpisahan mereka selepas ini.

"Lepas itu aku nak berdiri atas menara KLCC. Kau dengan Hyunjin hyung kena tangkap gambar dengan aku, kau berdiri kat kanan, Hyunjin hyung berdiri kat kiri aku."

"Habis aku nak campak mana?"

Jisung, Hyunjin dan Chris sama-sama berpaling ke arah si pencelah.

"Minho hyung!" Jisung sontak memeluk erat tubuh tegap abang angkat ups maksud Jisung sang kekasih.

Minho tak tinggal diam. Wajah putih Jisung dikucup berkali-kali. Sungguh dia merindui tupai manisnya.

"Aku keluar dulu." Ujar Hyunjin tiba-tiba. Tanpa menunggu jawapan sesiapa, detektif galah itu menonong keluar dari ruangan.

Chris yang mengetahui badai bergelora dalam hati adik angkat nan seorang hanya tersengih dari kejauhan.

Nak buat macam mana...

Minho yang lebih dulu kedepan dan menyatakan rasa cintanya pada si manis dan tanpa siapa tahu kalau jawapan si Jisung di hari itu ternyata berpihak ke Minho. 

Sungguh sebuah kejutan baik bagi Chris mahupun Minho. Nak tak nak Chris terpaksa memberitahu Hyunjin untuk mengurungkan niatnya melamar Jisung.

Lagipun si adik angkat nan seorang masih tak tahu kalau ada seseorang yang sedang menunggunya sampai saat ini.

"Ji..."

Wajah Jisung yang tersenyum sedari tadi perlahan-lahan mula berubah bila nada Chris turut sama berubah serius.

𝐒𝐎𝐔𝐋𝐌𝐀𝐓𝐄 [𝐌𝐈𝐍𝐒𝐔𝐍𝐆]Where stories live. Discover now