Felix bernyanyi riang masuk ke dalam kelas. Tapi tiba-tiba tubuhnya ditarik seseorang.
"Sunwoo."
Wajah tampan salah satu crush dalam diamnya dipandang oh tapi tetap saja Changbin hyung di hati.
Kata Felix, crush itu boleh banyak tapi di dalam hatinya hanya muat satu. Lagipula apa nak dihairankan? Semua lelaki kacak di kolej ini semua dah dicop crush oleh Felix.
"Jisung macam mana?" Tanya Sunwoo.
Felix berdecih tak suka. Angkara si Jihan, habis satu kolej tahu apa jadi pada Jisung. Sebab mulut longkang si gadis yang mencanang perihal Jisung yang kononnya tidur dengan sugar daddy, satu kolej tahu perihal itu.
Mujur Felix sempat beritahu hal sebenarnya yang terjadi ke Sunwoo.
Jisung itu dipaksa! Bukan dia rela hati hendak melakukannya.
Dan berkat Sunwoo yang berpengaruh besar di kolej, satu persatu mula percaya pada Jisung. Sunwoo membebarkan fakta itu di sosial media miliknya menyebabkan satu kolej akhirnya tahu kebenaran. Tak sikit yang menyampaikan rasa kasihan pada manusia manis itu.
Hanya saja si Yuna yang berteman baik dengan si Jihan terus-terusan mengutuk Jisung sebelum-sebelum ini.
"Dia dah makin okey. Cuma trauma itu ada lagi, kalau doktor lelaki yang periksa, dia still menjerit-jerit takut." Jelas Felix.
Lelaki di depannya ini Kim Sunwoo. Ketua kelas yang bertanggungjawab, lelaki yang berhati nurani. Tiada sebab untuk Felix menyembunyikan apa-apa tentang Jisung darinya.
"Aku nak tengok dia, boleh?" Pinta Sunwoo.
Felix angguk. "Petang nanti tunggu aku depan pintu keluar."
"Thanks Lix."
"Sama-sama."
Kedua teman beza kelas itu kemudian melangkah menuju haluan masing-masing.
Si ayam yang berjalan tanpa sedar menabrak seseorang. Cepat-cepat dia meminta maaf.
"Sorry err-
-Yuna?"
Melihat siapa yang dilanggar, Felix rasanya hendak tarik kembali permohonan maafnya.
Pasti si gadis akan meledaknya seperti sebelum-sebelum ini.
"Buta ke?"
"Dahlah pendek, langgar-langgar orang."
Tambah lagi dengan kejadian Hyunjin yang lebih memilih hantar Yuna balik, Felix jadi kesal dengan gadis penyendeng ini. Felix yakin dirinya akan dihambur oleh gadis bimbo itu lagi.
Namun...
Sangkaannya meleset seratus peratus bila si gadis diva itu kini menjadi satu-satunya orang yang terbongkok-bongkok meminta maaf.
Yuna juga seperti orang ketakutan, tidak mahu langsung melakukan kontak mata dengan Felix sebelum si gadis berlari seperti orang melihat hantu.
Felix memiringkan kepala. Hairan melihat perubahan tingkah teman nan seorang. Kenapa Yuna takut dengannya?
Apa jangan-jangan ada 'sesuatu' di belakang?
Felix bergidik ngeri sebelum kembali meneruskan jalan. Malas memikir semuanya. Kalau benar itu gadis dah berubah, baguslah.