"Kau nak pegi mana?" Minho yang baru balik bertembung dengan Jihan di luar pintu. Hairan melihat si adik berdandan cantik.
Baru sahaja dia menjemput Jihan pulang dari kolej tadinya lah si adik malah hendak keluar lagi.
"Jumpa kawan." Bersahaja Jihan menjawab.
"Siapa?"
"Adalah."
"Semalam kan kau dah keluar, cukuplah itu. Hari ini ikut aku jumpa mama."
"Alah hyung, semalam itu sekejap. Lagipun semalam aku keluar dengan Hyunjin hyung. Jalan-jalan mall je."
"Hyunjin?"
Jihan angguk. Kasutnya disarung.
"Jisung ada sekali ke semalam?" Laju Minho bertanya.
Jihan terdiam sejenak sebelum menjawab. "Ada."
Bohong.
Dan seterusnya Minho terdiam. Bahkan saat Jihan menonong keluar pun Minho hanya endah tak endah.
///
Jisung saat ini menata pinggan dan cawan di atas meja. Kari ikan yang dimasak sendiri kemudian dihidang.
Selepas ini dan kedepannya, dapat dipastikan kalau dia yang akan menjadi sosok pembantu di rumah ini kerana nyatanya, semua pembantu dan orang gaji di rumah ini terpaksa dihentikan kerana faktor ekonomi sang papa.
"Kau balik dengan siapa tadi?" Minho yang baru menuruni tangga tiba-tiba bertanya ke Jisung.
"Seungmin hyung."
Minho berdecih mendengar jawapan sang adik. "Kau memang gatal kan. Semalam keluar dengan lelaki lain, hari ini balik dengan lelaki lain."
Jisung tergamam mendengar bicara Minho. Semalaman, dia hanya terperap di dalam bilik seharian.
"Aku tak keluar rumah langsung semalam." Jisung membela diri.
"Tak payah menipu, jalang. Berapa ramai lelaki kau nak mainkan?" Minho mendekat ke arah Jisung.
Hampir-hampir saja air mata menitis di pipi itu mendengar bicara kasar Minho tapi laju dia tahan.
Dia dah berjanji untuk kuat. Untuk kuat demi sang mama. Jisung nak buktikan pada ibunya kalau anak cengengnya ini mampu jadi sosok sekuat sang mama.
"Aku memang tak jumpa siapa-siapa semalam. Tak percaya kau tanya Felix- arghhh Minho sakit!"
Jisung mengerang kesakitan saat lengannya digenggam Minho kuat. Kesan luka akibat perbuatan bejat sang ayah, kesan dibuli Yuna tadinya dan sekarang Minho turut sama mencengkeram kesan lebam itu.