BAB 18

544 38 6
                                    


Keadaan Jisung dah semakin membaik. Si manis dah pun diizinkan untuk discharged.

Puan Lee lah yang paling sibuk sekali menyambut kepulangan si anak. Bilik Jisung yang dulunya berada di tingkat atas kini dipindahkan ke lantai bawah. Tak nak Jisung kepenatan menaiki tangga katanya.



Dan setelah sekian lama Jisung cuti dari pengajiannya, hari ini dia berkeras hendak pergi meski sempat dihalang oleh mama dan papanya.

"Morning mama." Jisung dengan beg galasnya menyapa sang ibu.

Pipi putih Puan Lee dikucup sekilas sebelum kedua beranak itu menikmati sarapan mereka. 

"Mama kenapa?" Jisung kehairan melihat sang ibu yang hanya mengelamun. Semenjak dia keluar dari hospital, raut tua itu kerap kali nampak seperti kegusaran.

Puan Lee tersenyum nipis. Rambut anaknya diusap sayang. "Tak ada apa, sayang."

Setelah itu mata tua itu berkerinyit saat Jisung mengasingkan dua sandwich dalam pinggan berasingan. 

"Adik nak bawak bekal?" Sangka Puan Lee anaknya ini hendak membawa sandwich itu ke kolej.

Jisung menggeleng. "Ini untuk abang." 

Puan Lee tersenyum hangat mendengarkan itu. Segitu sayangnya Jisung pada Minho...

Dia sengaja tak menyediakan sandwichnya si Minho kerana anak itu jarang sekali sarapan di rumah.



Setelah jam hampir menunjukkan angka 7, Jisung segera mengemasi semua barang-barang sekolahnya.

Tak lama derap kaki dari lantai atas kedengaran. Siluet sosok sang abang dengan baju kerjanya menuruni tangga.

Pinggan berisi sandwich untuk Minho segera Jisung ambil. Membawanya mendekat ke Minho.

"Minho, kamu tolong hantar adik pergi kolej." Puan Lee bersuara sembari mengucup sekilas pipi putih anak bongsunya.

"Adik? Ho mana ada adik. Adik kan dah meninggal 10 tahun lepas." Minho menyindir bicara sang ibu saat di hospital dulu.

Jisung tersentak mendengar bicara Minho. Wajah ibunya dipandang lama. Perlahan-lahan pinggan itu kembali diletakkan di atas meja. Si manis tertunduk sedih mendengar bicara Minho. Dia tahu, dirinya tak akan dan tak pernah dianggap adik oleh lelaki itu.

Puan Lee menggertap giginya marah, kecewa dengan bicara kurang ajar si anak. 

Melihat reaksi sang ibu, Minho nak tak nak terpaksa mengalah. "Aku tunggu kat kereta."

Tanpa menyentuh makanan yang dihidangkan, Minho menonong keluar menuju keretanya.










///



Minho langsung tak berniat menghidupkan enjin keretanya. Di sebelah, ada Jisung yang dari tadi hanya tunduk.

Tiada lagi lawak bodoh dari Jisung sebagai sarapan pagi Minho setiap hari.

"Sorry." Sebaris ayat dari Minho berhasil menyebabkan si manis mengangkat muka. Minho memohon maaf?

𝐒𝐎𝐔𝐋𝐌𝐀𝐓𝐄 [𝐌𝐈𝐍𝐒𝐔𝐍𝐆]Where stories live. Discover now