Esok harinya, Jisung seperti biasa bersarapan dengan keluarganya yang lain.
"Adik-
"Ye ma/ ye mama?"
Jihan dan Jisung saling berpandangan. Keduanya menyahut yang bersamaan.
Puan Lee tergelak melihat interaksi mereka. Bagi dirinya, itu sungguh comel.
"Jisung."
"Ouh, mama ini. Lain kali panggil lah Jisung. Jangan panggil adik, confius tau." Ujar Jihan.
"Jisung kan adik jugak. Mama dah biasa panggil dia macam itu." Ujar Puan Lee.
"Ye, tapi itu kan sebelum Jihan ada." Jihan menggumam perlahan. Wajahnya tertunduk entah kerana apa.
"Tapi-
"Sayang..." Tuan Lee memotong bicara sang isteri. Minta Puan Lee mengiyakan sahaja permintaan anak bongsu mereka oh lebih tepatnya anak kandung mereka.
"Lepas ini papa panggil Jisung, Ji...Jihan papa panggil adik. Boleh?" Tuan Lee bertanya lembut menyebabkan kepala si gadis yang tadinya tertunduk kini terangkat gembira.
"Boleh! Kan memang Jihan yang sepatutnya adik." Jihan berucap senang.
Tanpa sedar kalau ada hati yang tergores mendengar ucapan lepas si kecil."Ma, Ji tunggu dalam kereta." Jisung kemudian berdiri, bersalaman dengan ibu ayahnya sebelum berlalu meninggalkan keluarga kecil yang kelihatan bahagia itu.
Minho dalam diam memerhati kelakuan Jisung. Hatinya sedikit tak enak melihat perubahan sikap si manis. Dia mahukan Jisung yang dulu, yang banyak mulut, yang kerap pot pet pot pet walaupun saat tengah bersarapan.
///
BRRR
"Yuna!"Felix menjerit terkejut saat tubuh temannya disimbah air.
Jisung yang sedikit menggigil segera dihadang mengguna badan kecilnya. Wajah diva si samseng Felix pandang penuh jengkel.
"Kenapa kau meroyan pagi-pagi? Kena reject?!" Jerit si ayam tak puas hati.
Nasib saja tandas itu tak ramai orang, kalau tak mahu satu sekolah tahu kejadian barusan.
"Sedap tak rasa air basuhan mop, Han Jisung?"
Han Jisung.
Jisung mengangkat mukanya, terkejut mendengar panggilan itu.
"Kenapa? Terkejut?" Yuna tertawa mengejek. Di sebelahnya ada Chaeryoung dan Lia yang hanya tertawa lepas melihat aksi teman mereka barusan.
"Sepatutnya itu air yang kau minum hari-hari kat pusat asuhan dulu kan?" Lagi dan lagi Yuna meledak teman satu batchnya itu.
"Apa masalah kau perempuan? Merepek pagi-pagi, meroyan macam orang hilang akal. Dah gila?" Felix berjalan menantang Yuna.