BAB 50

750 49 13
                                    




"467!"

Minho yang baru hendak terlena dikejutkan dengan panggilan pengawal sel.

467 itu nombor pengenalan dirinya.

Minho kemudian berdiri, memerhati bagaimana si lelaki bertubuh kekar itu membuka mangga jeriji besi yang dihuninya.

"Ada pelawat nak jumpa."

Hanya itu yang diberitahu si pengawal sebelum dirinya dituntun ke ruangan berkaca.

Gerakan Minho terhenti sejurus mengetahui siapa yang hendak menemuinya.





Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Chris."

Chris tersenyum menyapa Minho sebelum menghampiri si kucing yang masih terpinga-pinga.

"Tapi macammana? Sepatutnya 3 bulan untuk kau sembuh sepenuhnya."

"Then biarkan kau mati tergantung sedangkan aku baring sedap-sedap dalam kapsul itu?"

Minho diam tak berdetak. 

"Jeongin dah cerita semuanya. Aku hargai apa yang kau buat tapi aku takkan biar kau mati sia-sia. Biar aku yang bertanggungjawab."

"Kalau kau rasa aku buat semua ini sebab kau, kau silap Chris. Aku buat semua ini untuk Jisung."

Giliran Chris yang dibuat terdiam mendengar bicara penuh tegas MInho.


Hari itu...

 Chris dan Hyunjin sempat dibawa Minho ke makmal rahsia Tuan Lee. Phyto Capsule yang sepatutnya Minho gunakan pada si manis, Minho lebih memilih menyelamatkan Hyunjin dan Chris dahulu. Kerana si kucing yakin, adik manisnya masih boleh diselamatkan memandangkan tembakan yang dilepaskan Jisung ke diri sendiri tadinya hanya sipi-sipi mengenai bahu. Hanya saja Jisung pengsan akibat tubuhnya yang terlalu lemah kerana banyak menangis.

Dan Minho tak nak orang yang dicintainya itu semakin bersedih seandainya dia tak dapat menyelamatkan Chris dan Hyunjin.

Peristiwa itu berlaku dalam sekejap. Jantung Chris terlalu lemah sehingga Yeri menyangka kalau si saintis dah pun tewas.  Dengan kecanggihan kapsul yang dibelinya, Minho berhasil meneutralkan detak jantung Chris.

Setelah Chris kembali normal, barulah Minho menggantikan tubuh Chris bagi menyelamatkan Hyunjin pula. Namun keduanya memerlukan sekurang-kurangnya 3 bulan untuk sembuh total.

"Biar aku tebus silap yang bapak aku buat selama ini. Papa dah rampas kebahagiaan yang sepatutnya dia rasa dengan kau, dengan Hyunjin dengan mak bapak kau orang. Ini je yang aku mampu buat untuk tebus semua salah keluarga aku dekat dia. Bila aku dengar sendiri dari mulut dia kalau dia bencikan aku, aku bahagia. Sebab aku tahu dia mampu hidup tanpa aku lepas ini."

𝐒𝐎𝐔𝐋𝐌𝐀𝐓𝐄 [𝐌𝐈𝐍𝐒𝐔𝐍𝐆]Where stories live. Discover now