Minho merungut sebal bila dirinya dijadikan babu oleh adik sendiri. Mana taknya, dah dua jam mereka berjalan, Jisung hanya berlenggang sedangkan dia dipaksa menolak troli yang penuh dengan barangan si manis.
"Hannie, lama lagi ke?" Masuk kali ini dah sepuluh kali Minho bertanya soalan yang sama.
"Kejap lagi." Dan itu juga dah masuk kali kesepuluh Jisung mengulang jawapan yang Minho paling anti dengar.
"Kejap lagi, kejap lagi. Dari tadi pun kau cakap benda yang sama. Memang-
CUP
Minho mematung bibir si adik menyentuh permukaan pipinya. Wajah manis adiknya yang hanya seinci saja dari mukanya ditatap tak berdetak.
"Kan senang kau diam macam ini. Mulut itu tak habis-habis membebel." Jisung bersuara senang. Gembira bila melihat keterdiaman sang abang.
Tak lama kemudian si manis kembali berjalan, meninggalkan Minho yang masih diam mematung.
///
"Minho, kau okey tak?" Sebaik saja keduanya menaiki kereta, Jisung terus bertanya.
Risau melihat keterdiaman sang abang sejak ditegur dirinya tadi. Apa Minho marah?
"Hurm." Balas Minho singkat. Kereta dihidupkan sebelum perlahan-lahan mengundur.
"Boleh drive tak? Kalau tak, biar aku-
"Kau diam boleh tak?!" Stereng kereta dihentak Minho.
Jisung tersentak bila Minho tiba-tiba membentaknya. Dia hanya khawatir melihat Minho yang seakan susah payah hendak menekan minyak. Wajah berkerut Minho sejak berada di dalam mall semakin menambah rasa hairan di hati si manis.
Jisung akhirnya memutuskan untuk berdiam diri. Sesekali matanya mengerling pada wajah serius abangnya.
"Lain kali jangan cium aku sembarangan." Ujar Minho.
Si manis terdiam sejenak. Itu ke punca Minho bad mood sepanjang hari?
"Sorry." Ungkap Jisung sambil wajahnya menunduk. Tak sangka niatnya hendak bergurau dengan sang abang tadinya tak disukai oleh Minho. Sejak kecil dia sering bergurau dengan Minho seperti itu, tapi kenapa sekarang Minho mempermasalahkan hal itu?
Kereta tiba-tiba berhenti di sebuah stesyen minyak. Minho keluar sambil berkata. "Kau tunggu sini, aku nak pergi tandas."
Jisung angguk perlahan sebelum lagi dan lagi dirinya tersentak saat Minho menghempas pintu kereta. Apa kena dengan Minho hari ini?
///
Lenguhan berat dilepaskan Minho selepas menuntaskan 'tanggungjawab' nya. Sambil meraup mukanya kasar, Minho bersandar di pinggir sinki.
"Makin lama makin teruk kau, Minho." Desis Minho.
Tak sangka dengan ciuman ringkas dari adiknya tadi, dirinya dengan lancang boleh turn on di tengah-tengah mall. Dengan susah payah dia menyembunyikan dan berusaha untuk tetap tenang tapi sakitnya...oh gosh hanya tuhan yang tahu.
Minho memejamkan mata. Wajah manis adiknya yang tersenyum terus menjengah dan dengan cepat dia menepis itu semua.
"Kau layan dia baik-baik, aku janji lepas 10 tahun aku akan bagi benda yang kau nak."
Mata yang terpejam itu sontak terbuka. Perjanjiannya dengan Younghoon 7 tahun lepas tiba-tiba terngiang-ngiang. Jantungnya berdetak lebih cepat saat ini.