BAB 33

599 35 0
                                    


Cat dinding makmal itu berserakan bila Hyunjin melepaskan amarahnya.

Sakit akibat menumbuk keras dinding itu tak dipedulikan. Seiring dengan rasa sakit di tangan, lebih sakit yang dirasa hatinya setelah mendengar cerita Minho.

"Bodoh! Minho bangsat!" Dinding kembali ditumbuk berulang kali.

Wajah lebam penuh darah Minho tadinya menerawang. Rayuan Minho yang mahu bertemu Jisung tak diendahkan.

"Bagi aku jumpa Jisung."

"Langkah mayat aku dulu." Dan Hyunjin meninggalkan ruang sepi rumah Russel dengan seribu rasa dendam di hatinya. Ikutkan hati, mahu dibunuh itu kucing satu tapi mujur saja akal sihatnya mencegah.

"Hyunjin."

"APA?!"

Si wanita berkot putih itu ketakutan setelah dijerkah tiba-tiba.

Hyunjin mengeluh, menyesal akibat kelepasan membentak teman sejawatnya.

"Sorry Yeji. Aku tengah stress. Kenapa?" Tanpa berselindung Hyunjin mengakui dirinya tertekan di depan gadis itu.

Yeji tersenyum mengerti. "Result darah dah keluar. 100 peratus darah milik Han Jisung., anak angkat tuan Lee Min Hyuk."

Dan si saintis wanita itu terkejut bila Hyunjin tiba-tiba terduduk. Si detektif meraup wajahnya kasar, raut frustasi dan marah jelas terpampang di wajah itu.

Yeji kehairanan. Apa hubungan Hyunjin dengan mangsa yang bernama Han Jisung itu?

"Kau okey?" Tanya Yeji prihatin.

Hyunjin mengangguk lemah. 

"Boleh tak aku minta tolong something?" Tanya Hyunjin.

Yeji angguk.

"Tolong periksa DNA dua rambut ini mirip ke tidak." Hyunjin mengeluarkan dua helai rambut yang diletak dalam kantung plastik. 

"Err tapi aku kena minta izin Tuan Bangchan-

"JANGAN!"

Yeji semakin aneh dengan tingkah temannya ini. Harus ah tidak, lebih tepatnya wajib. Wajib untuk semua pekerja lab itu meminta izin Bangchan terlebih dahulu. Buatnya ketua saintis itu tahu dia menyalahguna alatan untuk tujuan peribadi, mahu mati dipenggal oleh ketua bengis nan seorang.

"Please Ji. Kali ini, tolong aku. Aku merayu sangat-sangat." 

Yeji jadi tidak tega dengan perlakuan Hyunjin saat ini. Hyunjin yang kasar dan tak pernah tersenyum itu sanggup berlutut dengan wajah penuh mengharap sangat-sangat membuat hati wanitanya terusik.

"Haih, fine."

"Thanks Ji. Sayang kau."

Yeji tersenyum. Kelibat Hyunjin menghilang dari pandangan Yeji. Ke mana temannya itu hendak pergi, Yeji malas ambil tahu. 


'Sayang kau jugak Hyun.'












///


"Felix cakap dari pagi Ji tak makan. Tak ada selera ye sayang?" Puan Kim mengusap lembut rambut teman anaknya.

𝐒𝐎𝐔𝐋𝐌𝐀𝐓𝐄 [𝐌𝐈𝐍𝐒𝐔𝐍𝐆]Where stories live. Discover now