BAB 8

581 39 5
                                    

Keesokan harinya lagi dan lagi Tuan Lee dan isteri menitipkan Jisung pada Minho untuk dijaga. Kedua suami isteri paruh baya itu perlu menghadiri mesyuarat conference yang diadakan di hotel itu.

Berakhirlah kini dengan tangan si manis yang digenggam erat bila Jisung tak berhenti-henti berlari. Minho yang kewalahan mengejar nak tak nak terpaksa menggenggam erat tangan si adik.

"Kita nak pergi ma-wahh!! Tembok besar panjang! Lancau!"

Minho auto membungkam mulut Jisung bila perkataan barusan berhasil memancing mata tajam pengunjung tempatan di sana.

"Jangan sebut bukan-bukan."

"Tapi lancau tu maksud dia cantik."

"Siapa ajar kau?"

"Changbin hyung."

Bodoh si pendek. Minho mengumpat dalam hati mengenang pengawal rumah mereka nan seorang. Berani-berani sungguh itu manusia mengajari adiknya yang bukan-bukan.

"Lancau tu perkataan tak baik, Jisung. Jangan disebut lagi." Minho kemudian menuntun sang adik menaiki tangga ke tembok besar China itu.

Salah satu diantara 7 keajaiban dunia yang tak pernah terlintas pun dalam diri Minho untuk menjejaknya.

Bukan kerana apa, hanya saja dia itu terpaling malas untuk sekadar berjalan-jalan tanpa tujuan yang tak jelas.

Cuci mata?

Huh, buang masa sekali.

Setiap kali ibu dan ayahnya pergi bercuti, Minho lebih rela menghabiskan masa berkutat depan laptop dan fail, mencari keberadaan sang adik.

Tapi entah kenapa hari ini, dia rela-rela aja kakinya kesakitan berjalan jauh menempuh tembok besar yang panjangnya astaga mahu mati rasanya.

"Minho, jom lumba!"

Kerana si kecil itu. Si manis persis tupai yang saat ini berlari girang itu punca dia berakhir di sini.

Jisung adalah alasan kenapa dia sanggup bangun pagi, berjalan entah berapa belas kilomenter dari hotel semata-mata hendak menemani si kecil ke Tembok Besar China ini.



















///

"Kenapa orang China bina tembok besar panjang?" Tanya Jisung.

"Tembok Besar China, Han Jisung. Bukan tembok besar panjang." Minho membetulkan kesalahan sang adik tanpa sedar kalau raut si manis sedikit berubah.

'Han Jisung?'

"Zaman dulu negara China dengan Mongol berperang. Maharaja China waktu itu arahkan semua rakyat untuk bangunkan tembok itu. Kau rasa berapa panjang tembok ini?"

Jisung nampak berfikir sejenak sebelum mendepakan tangan sebesar-besarnya. "Panjang ini."

Si kucing tergelak mendengar jawapan penuh yakin adiknya. Rambut Jisung diusak-usak. "Lebih dari 2000 km Ji. Orang zaman dulu habiskan masa 10 tahun untuk siapkan tembok ini. Kau percaya tak kalau aku cakap dalam tembok ini ada mayat-mayat pekerja zaman dulu?"

"Mayat?"

"Hantu."

Sontak si manis mendadak beku. Apa dia berdiri atas hantu? Sekelilingnya ada hantu?

Sekali lagi Minho ketawa melihat perubahan wajah adiknya. Comel.

"Minho?"

Tawa Minho auto terhenti seiring dengan pandangannya dan Jisung tertuju pada seseorang.

𝐒𝐎𝐔𝐋𝐌𝐀𝐓𝐄 [𝐌𝐈𝐍𝐒𝐔𝐍𝐆]Where stories live. Discover now