Seungmin dan yang lain bersiap di posisi. Beberapa anggota SWAT dan snipers dikerah bersembunyi.
Tak lama kemudian sesosok tegap dengan Doktor Kim yang menjadi tebusan berjalan keluar.
Beberapa anggota polis wanita sampai terpejam mata melihat kondisi Doktor Kim saat ini. Kedua matanya buta dengan jari kaki dan tangan yang dah tak terlihat bentuk.
"Bangchan..." Gumam Seungmin.
Sungguh tak disangka...
Lelaki yang dikagumi kerana kewibawaan dan ketegasannya selama ini ternyata seorang penjenayah yang kejamnya tak mampu dibayangkan.
Beberapa anggota polis yang hendak menembak dihalang Minho. Dia kemudian melangkah menantang Bangchan.
"Lepaskan dia, Chris."
Chris tersenyum menyeringai. Ternyata Minho dah tahu identiti sebenarnya.
"Kalau aku tak nak, kau nak buat apa detektif?" Chris memprovok Minho. Todongan pistolnya semakin ditekan ke kepala Doktor Kim.
"Kau bagi kerjasama dengan kami, aku akan pastikan hukuman kau diringkan. Kau tahukan jenayah yang kau buat ini balasan dia hukuman mati." Minho cuba mengumpan musuhnya namun hanya tawa mengejeklah yang dibalas Chris.
"Mati? Aku dah lama mati, Lee Minho. Aku tak pernah hidup semenjak bapak kau kucar-kacirkan semuanya! Setiap malam aku tak boleh tidur fikirkan adik-adik aku. Aku dah macam mayat hidup termenung seorang-seorang bayangkan mak dengan bapak aku." Chris menggeram marah.
"Aku tahu. Bapak aku jahat, aku percaya cakap kau. Tapi apa kaitan yang lain-lain ini dengan kau? Diorang tak bersalah." Minho masih cuba bernegosiasi dengan Chris.
Kalau mahukan ayahnya, yah ayahnya saja. Jangan diseksa tahanan lain akibat dendam Chris dengan Tuan Lee.
Chris menyeringai ngeri. Bagi Seungmin dan yang lain, senyuman seorang psikopat seperti Bangchan itu lebih menakutkan dari Jin Hyuk, si pembunuh terkenal 7 tahun lalu.
Doktor Kim menangis tertahan bila Chris mengusap-usapkan pistolnya diseluruh wajah penuh darah itu.
"Bapak kau yang bunuh adik kau sendiri Minho."
Perlu seminit untuk Minho mencerna maksud bicara Chris. "Apa maksud kau?"
Bukannya menjawab, Chris malah menekan pelatuk pistol, meminta Doktor Kim yang menjelaskan.
Takut-takut Doktor Kim akhirnya membuka mulut. "Aa...aku-aa
TOK
"Cakap betul-betul bodoh!"
Kepala Doktor Kim diketuk geram. Marah sungguh Chris bila si doktor seakan takut-takut hendak bercerita perkara sebenar.
Doktor Kim yang ketakutan dirinya akan dibunuh sontak bersuara lancar.
"Aku jumpa adik kau dalam bilik kerja aku. Chris tinggalkan adik kau kat situ, aku telefon bapak kau. Tuan Lee takut pihak polis syak sesuatu bila anak dia tiba-tiba dipulangkan balik. Dia suruh aku bunuh budak itu. Dia tak nak polis tahu ada operasi pemindahan jantung illegal yang dibuat bawah arahan dia."
Minho terpempan.
"Tak! Bapak aku tak kan buat macam itu."
Chris tersenyum miring melihat reaksi Minho. Apa si detektif masih tak percaya kalau ayahnya seiblis itu?
"Mayat bayi yang kau jumpa itu memang bukan mayat adik kau. Aku yang ganti mayat itu dengan mayat budak lain. Aku yakin kau takkan mudah-mudah percaya adik kau dah mati. Kau akan cari adik kau suatu hari nanti. Dan berkat maklumat dari kau, aku dapat jumpa adik kandung aku balik, Minho."