BAB 42

632 53 6
                                    


"Minho, dah!" Seungmin menjerit geram bila pipi kekasih si adik dijadikan pelampiasan oleh Minho. Habis berdarah mulut si Changbin.

"KENAPA KAU BAGITAHU DIA?!" Minho mencekak kolar baju Changbin.

"Dia berhak tahu semua ini."

"ARGHH!" Sebuah tumbukan sipi-sipi hendak mengenai pipi Changbin.

"Jisung mana Lixie?" Seungmin berpaling ke adiknya.

Felix hanya mencebik lidah. "Tak nak bagitahu."

"BAGITAHU AKU BODOH!" Minho menghampiri Felix namun dengan cepat Seungmin menghadang tubuh kecil adiknya dari amukan Minho.

"Jangan sentuh adik aku."

Minho meraup wajahnya frustasi. Kesal dengan sikap seenak jidat Felix dan Changbin yang memberitahu lokasi Jisung ke Hyunjin.

Dan sekarang dia kembali kehilangan sosok manis itu.

Seungmin mengeluh nafas berat. Kepala adiknya diusap perlahan. "Aku tahu kau buat semua ini untuk Jisung, tapi tindakan kau tak betul dik. Kita tak boleh percaya bulat-bulat apa yang Hyunjin cakap. Macam mana kalau dia bukan abang kandung Jisung? Macam mana kalau itu semua muslihat dia untuk balas dendam kat Minho?"

Wajah Felix perlahan-lahan berubah. 

"Sekarang kau cakap dengan aku, Hyunjin bawak Jisung ke mana?" 

"Aku tak boleh-

"BANGSAT!"

"Jangan dekat dengan adik aku, Lee Minho." Seungmin kembali memperingati Minho bila si kucing kembali bangkit mengamuk. 

"Lobi terbiar hospital CS." Hospital lama milik Tuan Lee.

"Hah?" 

"Hyunjin dengan kawan dia bawak Jisung kat situ."

"Kawan?" 

Felix angguk.

Minho dan Seungmin saling berpandangan. "Kau tahu ke siapa? Pernah nampak?"

Gelengan diberikan Felix. "Tak, tapi dia pendek sikit dari Hyunjin hyung. Badan dia sado habis. Kalah Binnie hyung. Dalam kereta dia ada kot putih macam saintis-saintis selalu pakai."

Seungmin menggigit pipi dalamnya. Siapa temannya Hyunjin itu?























































///



Jisung saat ini terdiam tak mengerti. Satu persatu tahanan yang terikat di tembok itu dipandang dan berakhir pada Tuan Lee.

"Papa?"

"Jisung, tolong papa sayang."

Belum sempat dia berlari hendak menyelamatkan sang ayah, tubuhnya lebih dulu ditarik Hyunjin.

"Dia bukan papa kau Jisung. Papa dah lama mati."

"Siapa kau sebenarnya, Hyunjin? Kenapa kau buat semua ini?" Jisung cuba melepaskan diri dari genggaman Hyunjin. Dia masih tak mudah untuk mempercayai omong kosong Felix.

 Namun bukannya melepas, cengkaman Hyunjin semakin kuat sampai-sampai Jisung mengerang kesakitan.

"Lepaskan adik aku, Hwang!"

Hyunjin menurut. Kelibat lelaki yang sejak tadi menjadi misteri pada Jisung berjalan perlahan-lahan mendekat ke arah si manis. 

Jisung berundur sedikit kerana ketakutan.

𝐒𝐎𝐔𝐋𝐌𝐀𝐓𝐄 [𝐌𝐈𝐍𝐒𝐔𝐍𝐆]Where stories live. Discover now