BAB 20

581 36 1
                                    

Pagi itu, Jisung bangun lebih lewat dari biasanya kerana tadi malam si manis tidurnya saat jarum menunjukkan angka 4.

Itu semua semata-mata kerana si manis sibuk menyiapkan hadiah untuk Minho. Balutan hadiah yang diraskan tak kemas, Jisung buka berkali-kali sehingga dirasakan sempurna. Barulah si tupai itu tidur dengn tenang.

Hari jadi Minho hyung.

Notification di lock screen handphonenya dipandang. Si manis segera bangun, mencuci muka ala kadar sebelum berlari ke ruangan bawah. Hadiah Minho disorok di belakang badannya.

Tepat saat dia melangkah ke tingkat bawah, suara ahli keluarga yang tengah meraikan sang abang menyapa pendengarannya. Si manis tersenyum menghampiri mereka semua yang berada di area kolam renang.

Namun langkahnya terhenti saat melihat sosok asing dalam keluarga mereka.

"Jihan?" 

Puan Lee yang baru menyedari kehadiran si manis segera menghampiri anaknya. Pipi itu dikucup sejenak. "Bangun dah? Mama saja tak nak kejutkan Ji, penat sangat ke malam tadi?" 

Puan Lee tadi pagi berniat hendak mengejutkan Jisung, namun sebaik melihat wajah kelelahan anaknya dalam tidur, dia tak tega hendak membangunkan sang anak.

Namun pandangan Jisung tak lari dari melihat wajah Jihan...

Minho saling bertukar pandang dengan kedua ibu bapanya saat melihat keterdiaman Jisung.

"Ji, kau tahu kan aku dah jumpa adik kandung aku. Jihan, adik aku." Minho cuba mencairkan suasana.

Jihan kemudian menghampiri Jisung. "Hai Jisung." 

" 

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.



Jisung tersenyum canggung. Puan Lee mengisyaratkan agar Jisung menyambut huluran tangan anaknya.

Jihan tiba-tiba memeluknya, erat. 

Perlahan-lahan cuba mencerna apa yang terjadi, Jisung akhirnya membalas pelukan Jihan. Nyatanya kepulangan sosok yang sangat si manis takutkan ini tak seburuk yang disangkakan.

Sangkanya Jihan akan marah kerana dirinya digantikan selama ini.

"Terima kasih, Jisung. Terima kasih jagakan mama dengan papa aku. Terima kasih dah jadi adik yang baik untuk Minho hyung." Jisung terkejut saat bahunya terasa basah. Jihan menangis?

Semua yang ada di situ tersentuh melihat interaksi keduanya. Mata Jisung bertembung dengan mata milik sang ayah.

Kenapa raut Tuan Lee ketus sekali?

Puan Lee mendekat ke arah anak-anak manisnya. Dahi Jisung dan Jihan dikucup lama.

"Anak-anak mama." Ujar Puan Lee. Sungguh dia terharu dengan momen yang sejak lama dia impikan ini.

Pandangan Jisung kemudian bertemu pandang dengan Minho. Setelah sekian lama, Jisung dapat melihat kembali garis senyum sang abang untuknya. Senyum yang tulus dapat dirasainya saat ini.

𝐒𝐎𝐔𝐋𝐌𝐀𝐓𝐄 [𝐌𝐈𝐍𝐒𝐔𝐍𝐆]Where stories live. Discover now