episod 1

909 46 2
                                    

 Kebanyakkan pelajar akan melungkan masanya atau masa lapangnya dengan qada tidur. Tetapi tidak bagi Ayra. Hari yang cerah begini, elok dia isi dengan berjoging sendirian di sekitar kawasan universitinya. Al maklumlah hari cuti.

Biasalah bila lama tak berjoging banyak lemak yang terkumpul di dalam badan perlu di buang. Contohnya lemak dibahagian pipi. Automatik nampak cubby. Ish ish ish. Tak patut.

Ayra mengambil keputusan untuk melintasi sebuah padang bola sepak, dia melihat sekumpulan lelaki sedang warm up sebelum melakukan aktiviti bermain bola sepak.

Sedang Ayra berlari anak melintasi sebuah padang bola sepak itu. Seketul bola terkena tepat di kepalanya. Bak kata orang, Headshot!

"aduhh. Siapalah makhluk yang sepak bola ni. Ish kuajar betul" gumam Ayra perlahan. Dia mengusap bahagian kepalanya yang terkena bola tadi.

Sedang dia mengomel sendiri. Datang seorang lelaki kacak ke arahnya.

"excuse me miss. Boleh pass bola tu tak?" Fitri. Segak kacak lelaki itu menghampirinya dalam keadaan berpeluh. Dapat Ayra rasakan pandangannya sekarang ini seperti slow motion. Wajah tampan itu dipandangnya. Dia meneguk liurnya kesat. Sinar cahaya turut memainkan peranan penting pada masa ini. Bersinar sungguh lelaki dihadapannya ini. Ya Allah.

'eh Ayra! apa kau buat ni?' tersedar semula Ayra ke alam nyata.

Bagaikan déjà vu, Fitri seperti pernah melihat gadis berkaca mata ini di sebuah tempat tapi di mana ye?

Lalu Ayra membaling bola itu kepada jejaka dihadapannya dengan ganas sekali. Terperanjat lelaki itu dibuatnya.

"Ya allah. Garangnya" omel Fitri sendiri. Wajah bekunya masih lagi ditayangkan.

"Dah buat salah tak reti mintak maaf ek? Kau tengok ni tudung aku kotor kau tahu tak?" marah Ayra. Ah tak kiralah kacak ke tak ke? Ni ni tudung ni siapa nak ganti?

Mata Fitri terarah kepada tudung berwarna putih yang dipakai gadis berkaca mata ini. Nampak seperti tudung sekolah.

'Aik awek ni, dah masuk uni pun bawak lagi tudung macam ni?'

"Erm sorry. Siapa yang suruh kau pakai tudung warna putih macam tu. Padan muka" Fitri sempat menyindirnya. Dia turut tersenyum sinis.

"Ehh hello. Suka hati akulah nak pakai tudung warna apa sekali pun" Ayra berang dengan sindiran itu. Ni kuajar ni namanya!

"herm apa-apa jela" tanpa banyak kata. Dia mengangkat kaki dan terus beredar dari kawasan Ayra berdiri.

Melihat lelaki beku itu terus beredar. Ayra terus mengangkat kaki dan turut beredar dari situ.

"kua asam betul mamat tu. Siaplah dia kalau aku jumpa balik. Memang aku lumat-lumat dia.." Ayra omel sendiri. Kakinya dihentak-hentakan tanda marah. Walaupun dia tahu tiada siapa akan memujuk.

>>>

Pagi yang indah dimulakan dengan Bismillah, Ayra berjalan ke kelasnya seperti biasa. Sesampainya di Dewan kuliah itu, dia mengambil tempat di bahagian tengah dewan.

Di sini, Ayra tidak mempunyai teman, entah menganapa dia ingin menjadi introvert. Berpakaian simple dan sentiasa memakai baju berwarna gelap. Dah macam pergi berkabung pula.

Tetapi apa yang dia kesahkan. Oleh kerana itu, dia sering kali dibuli oleh rakan kelasnya iaitu Intan. Terkenang semula memorinya apabila dia pernah jatuh tersungkur akibat kecuaiannya ketika berjalan tetapi mata hanya tertumpu pada telefon pintar. Ulah siapa? semestinya Intan. orang tak cari gaduh. Sibuk nak cari gaduh. Perwatakan nya? seperti di mata orang normal Intan ini orangnya tak kalah cantik, bertubuh langsing, rambut keperangan-perangan, dan agak pandai.

Tak kalah beza dengan Ayra, rupanya juga agak menawan, tinggi serta bertubuh langsing, berkaca mata, bertudung, pendiam dan agak aktif bersukan. Sukan kegemarannya ialah basketball. Sukan yang paling digemarinya sejak dibangku sekolah lagi. Terlalu banyak memorinya dengan sukan itu. Rakan yang paling dia tidak pernah lupa ialah Fareq. Senang cerita si Fareq ni geng bawang Ayralah. Tetapi sayang, kewujudan Fareq langsung dia tidak mengetahui hingga ke hari ini. 

Kelas dimulakan seperti biasa dengan dihadiri lebih daripada 100 orang pelajar, sebenarnya bukan kelas, tetapi taklimat. Ayra seperti biasa duduk di tempatnya dan menyumbat earphones ditelinganya.

Fitri tiba di dewan itu bersama Hayyan 5 minit sebelum kelas bermula. Masuk sahaja ke dalam dewan itu, matanya tertangkap sesusuk tubuh yang paling dikenalinya. 'awek spek mata ni? kejap dia satu jurusan dengan aku ke?'

Lalu dia mengambil tempat selang dua baris daripada tempat Ayra. Fokus Ayra hanyalah pada taklimat yang disampaikan oleh penceramah luar. 

Matanya tetap memerhatikan gerak-geri Ayra di situ. Serta gaya pemakaian Ayra diteliti dengan
detil, bertudung gelap, berbaju kurung gelap malahan beg, botol air, earphones juga berwarna gelap. 'aik awek ni. Nak pergi ziarah orang mati ke apa?'

Hayyan yang perasan akan perwatakan Fitri yang berubah itu terus bertanya

"kau kenapa?" soal Hayyan. Hairan dengan rakannya yang satu ini. Malahan dari semalam lagi si Fitri ni pelik.

"oh, eh tak ada apa" Fitri menafikannya.

Mata Fitri masih lagi melekat pada seketul tubuh selang beberapa meja dihadapannya. Hayyan melihat kepada seseorang di hadapannya lalu berkata

"kau tengok Intan ke?" Hayyan cuba berteka teka dan tet! salah!

"bukan la, kau nampak tak awek yang pakai tudung bawal warna hitam tu?" Fitri menafikannya sekali lagi. Jari telunjuknya di tunjukkan ke arah Gadis yang kusyuk mendengar lagu.

"mana?" Hayyan mencari susuk tubuh seseorang yang ditunjukkan Fitri.

"alah yang semua benda yang dia pakai warna hitam tu la, nampak tak?" ujar Fitri lagi. Ditarik kepala Hayyan untuk melihat pada sesusuk tubuh wanita.

"oh awek tu, eh bukan semalam kau sepak bola kena kepala dia an, ha kenapa dengan awek tu?" Hayyan berkata sambil memandang wajah beku rakannya.

"bukan aku kan yang sepak terkena kepala dia semalam. Kau yang buat, aku yang kena kau tahu?, garang siak awek tu" Fitri mula bercerita.

Perbualan itu terhenti apabila teguran dari Prof Maria menyentakkan mereka.

"awak dua orang yang dekat belakang tu? Sembang apa? Nak kongsi dengan saya?" ujar Prof Maria. Semua mata memandang mereka berdua termasuk Ayra. Dia hanya memerhati dua jejaki yang di sebut oleh Prof Maria. 

"tak.. Tak ada apa Puan. Ada lipas tadi, itu yang saya bagitahu dia tu" ujar Hayyan. Tipu sebenarnya. Ala tipu sunat. Kira halallah kan? 

"betul ke?" ujar Prof Maria lagi. Ayra sempat menangkap pandangan mata Fitri terhadapnya. Lalu dia hanya berpaling ke arah pentas. Malas mahu menatap mata bersama orang tua gila tu. Patut ke dia gelarkan. 'bukan masalah aku'

"tolong beri perhatian ye pelajar. Taklimat ini penting untuk kamu" sambung Prof Maria lagi. 

"Jap lagi la aku sambung" bisik Fitri. Dia terus membuka buku catatannya tangan menjadi tonggak dagunya bersandar. Matanya hanya tertumpu pada gadis itu dan bukannya pada taklimat pada hari ini.

TBC  

















MR'S DAIYAN FITRI (C)Where stories live. Discover now