episod 11

415 35 2
                                    

Ayra berjalan riang ke kelasnya sambil menyuap sekeping biskut coklat. Dia berjalan dengan agak perlahan hanya ingin menikmati pagi yang indah. Ditemani dengan burung burung yang berkicauan. Suasana nyaman

Sedang dia berjalan tiba-tiba

Pip

Pip

Melambung biskut di tangannya akibat terkejut. Apabila melihat gerangan yang mengejutkannya terus Ayra menjerit. "FITRI!"

Fitri yang mendengar akan namanya dipanggil tersenyum sinis. Semakin kuat dia memulas pedal minyak.

Ayra melihat kelibat seekor arnab yang menunggang motosikal laju meluncur dijalan. Rabbit tak guna. Punya laju dia pulas pedal minyak tu. Mung tunggu. Tercabut brake mung.

"siap kau Fit! Biskut aku... sob sob" Ayra meratapi biskutnya yang sudah menyembah jalan tar. Mung tunggu rabbit. Siap mung.

Sesampainya di kelas, laju kaki Ayra mencari gerangan itu. Belum sempat dia berjalan ke arah Fitri, Prof mereka sudah pun masuk ke dalam dewan. Terbantut niatnya yang ingin membalas dendm.

Ayra memandang Fitri dan membesarkan matanya tanda marah. Fitri yang melihat Ayra begitu terus menjelirkan lidahnya sambil mengenyit mata.

Ayra yang melihat itu terus berpusing ke hadapan sambil menahan malu. Wtf? Dia kenyit mata? Lahai? Kenyit-kenyit mata pulak si rabbit ni. 

>>>

Selesai sahaja kelas mereka, satu pensel box melayang terus ke muka kacak Fitri. POP. Terkesima satu kelas itu.

"Rasakan tu!" Ayra sambil menjelirkan lidahnya. Fitri bangun dan memegang pansel box itu, melihat Fitri bangun laju Ayra bergegas mengangkat begnya dan berlari keluar dari kelas itu.

"Woii!" jerit Fitri. Dia menggenggam erat bekas pansel itu.

Tidak banyak bicara, Fitri terus mengejar langkah Ayra. Awek ni cari gaduh ni! Biase ni.

Terbahak-bahak Ayra gelakan Fitri.

"Padan muka dia. Ha headshot kena. HAHAHAHA. Bazir biskut aku tadi..dah la lapar ni.." gumam Ayra sendiri. Ayra terus menuju ke arah kafeteria. Dia duduk disebuah meja, ingin menjamu juadahnya.

"Mana nak lari?" ujar Fitri sapara berbisik di telinga Ayra.

"makkkk!!!" jerit Ayra. Hampir dicuah siram limau kepada Fitri. Suka sangat terkejut-tekejutkan orang kan?

"kau pahal? Ni aku la!" ujar Fitri.

"ehh bongoklah. Terkejut aku!!!. Ish kau ni!" Ayra pukul tangan Fitri. Geram. Bekas pansel tadi diletakkan di atas meja. Laju tangan kecil itu cuba mencapai bekas panselnya semula. Tetapi Fitri lebih pantas.

"oo tadi kau baling pansel box kan aku. Ingat tak sakit ke hah!" Fitri. Geram. Bukan sakit je malu pun dapat. Satu dewan gelakkan dia tadi. 

"siapa suruh kau terkejut kan aku pagi tadi. Jatuh biskut aku!" marah Ayra. Dia surah bercekak pinggang.

"Org makan tu duduk! Bukan berjalan!" Fitri sindir Ayra. Sambil membuat memek muka.

"suka hati la. Aku dah lambat!" marah Ayra.

"jalan slow. Kaki pendek. Sebab tu la!"  sambung Fitri. Dia kemudiannya duduk bertentanggan dengan Ayra.

"eh hello. Kau tu naik motor. Aku tu jalan kaki tak sama okeh!!" marah Ayra.

"Alasan" 

"tak"

"Ye"

"tak"

MR'S DAIYAN FITRI (C)Where stories live. Discover now