episod 9

397 27 0
                                    

Kakinya terpelecok dan terus jatuh ke tebing, nasib baiklah sempat dia berpaut pada satu batang pokok. Fitri dan beberapa kru pendakian itu terus turut untuk menyelamatkan Ayra. 

Perkara terakhir sebelum dia tak sedarkan diri ialah suara tangisan seseorang. Tetapi dia tak ingat siapa orang itu.

>>>

Doktor yang merawat Ayra baru sahaja keluar dari wad untuk mencari waris pesakit. 

"siapakah waris pesakit?" soal Doktor. Laju Fitri dan Hayyan mendekati doktor itu. Wajah kerisauan Fitri langsung tidak dapat digambarkan lagi.

"saya kawan dia" balas Fitri.

"saya cari waris pesakit, ada datang ke?" ujar Doktor itu lagi.

"tak, pesakit tak ada waris" Hayyan pula berkata. Benar Ayra seorang yatim piatu.

"kamu kawan rapat dia ke?" tanya Doktor kepada Hayyan dan Fitri.

"yup, kami" serentak Hayyan dan Fitri berkata.

"sebenarnya begini, Ayra mengalami hentakan yang agak kuat di bahagian kepala, berkemungkinan besar dia mungkin akan kehilangan ingatannya. Dan, badannya penuh luka akibat jatuh dari curam kecil itu. Saya minta kamu semua bersabar ye. Jangan pernah putus doa untuk Ayra. Saya minta diri dulu" teringatkan kata-kata doktor itu tadi. Fitri mengengm erat tangannya.

Sekarang Fitri berada di dalam wad yang menempatkan Ayra. Lama Fitri memandang Ayra. Wajah calar itu dipandang sayu. Kasihan dengan nasib Ayra. Seorang diri. Tiada ahli keluarga.

"Ayraa, bangunlah, bila lagi kita nak berlakon macam selalu? Bila lagi kita nak gaduh hari-hari? Aku rindu nasi lemak kau. Bangunlah Ayra" walaupun dia tahu yang Ayra masih lagi belum sedarkan diri. Dia memandang wajah cantik Ayra. kepala Ayra berbalut. Ada sedikit lebam di bibir sebelah kiri Ayra.

>>>

"malam ni biar kak Ari jaga Ayra" ujar Ariana. Menawarkan dirinya untuk menjaga Ayra pada hari ini. Standard hospital. Lelaki sakit. Penjaganya boleh lelaki perempuan. Kalau perempuan sakit. Penjaganya hanya perempuan.

"Tapi kak kelas akak macam mana?" ujar Tasnim. Bimbiang sekirannya Ariana perlu hadir ke kelas. Kelas sudahlah tak boleh ponteng sekirannya tiada sebab yang kukuh.

"nim, esok akak kelas petang nim" ujar Ariana.

"Ok kalau macam tu akak jaga sampai tengah hari pastu tukar dengan nim, nim kelas pagi je esok" sambung Tasnim.

"baik nim" 

>>>

Kepalanya berasa sakit, pemandangan pertamanya setelah dia membuka mata adalah siling putih. Haruman bau ni. Ini hospital. Dia berada dihospital. Terasa segal-segal diseluruh badannya. 

"aku kat mana ni?" Ayra. Dia melihat sekeliling kawasan wad yang kosong itu. Sesekali dia memandang lengan yang ditusuk jarum drip.

"apa yang berlaku semalam?" gumamnya sendiri. Kepala yang terasa sakit menjadi tempat dia labuhkan tangan.

Ariana membuka pintu. Dia kaget melihat Ayra yang telahpun sedar. Lalu Ariana bergegas memanggil doktor.

Setelah pemeriksaan Ayra selesai. Ariana menyapa Ayra "hi Ayra. Kenal akak kan?"

Ayra yang melihat Ariana berkata begitu. Timbul idea bengongnya. Gelak jahat dalam hati dulu gais. 

"awak siapa?" Ayra ragu-ragu. Wajah polos turut dia tayangkan.

Tergamam Ariana disitu manakala roti di tangan jatuh ke lantai. Ayra tidak mengenali dirinya? Benarkah Ayra sudah hialng ingatan?

Melihat wajah sedih Ariana, Ayra sudah tidak dapat menahan tawanya. Dia gelak terbahak-bahak.

"Hahaha apalah kak Ari ni. Mesti la Ayra kenal" ujar Ayra bersama sisa tawa yang tinggal.

"ish budak nii. Risau akak" merajuk Ariana. Ayra tersenyum melihat Ariana yang sedang membebel ke arahnya.

"akak.. Ayra laparlah, dah-dahlah tu membebel" kata Ayra sambil memegang perutnya.

"lain kali jangan buat akak risau. Akak ni risaukan kamu tahu? Dia boleh bergurau macam tu pula" bebel Ariana lagi sambil memberikan Ayra sebuku roti.

"Ayra, kejap lagi Fitri nak datang tau" pesan Ariana. Ayra menyambut huluran roti itu. Dia kemudiannya dibantu oleh Arianan untuk duduk.

"Akak bagitau Fitri ke Ayra dah sedar?" soal Ayra. Secubit roti berperisa coklat itu masuk ke dalam mulutnya.

"ouh belum lagi, saja nak suruh dia terkejut tengok Ayra dah sedar ni" sambung Ariana. Dia duduk dikerusi yang telah dsediakan.

"baguslah kalau macam tu." Ayra senyum jahat.

"kenapa?" soal Ariana .

Ayra senyum misteri memandang Ariana, ha ada-ada saja la idea gila Ayra ni. 

>>>

Fitri dan Tasnim masuk ke dalam wad yang menempatkan Ayra. Fitri mendekati sebatang tubuh yang sedang kaku diatas katil. Wajah lebam itu dipandang sayu sekali lagi. Dia menarik kerusi sebelum melabuhkan punggung di situ.

 "akak nak turun bawah kejap. Kamu temanlah Ayra ye?" ujar kak Tasnim. Fitri mengangguk.

Seperti biasa lakonan kena mantap. Ayra memejamkan matanya dan menunggu masa untuk dia kena kan Fitri. Nak tengok sejauh mana Fitri rindukannya. Dengar cerita dari kak Ariana Fitri menangis semalam masa Ayra masuk hospital. 

"Ayra.. bangun la.. bila kita nak gaduh hari-hari lagi?" ujar Fitri. Di pandang sayu .

Ayra hanya mampu tergelak di dalam hati hahaha ada orang rindu nak gaduh la.

"Ayra. Aku nak bagitau something ni, aku rasa masa ni sesuai untuk kau tahu. Kalau kau dah sedar nanti. Malu la aku nak bagitahu" ujar Fitri. Berdebar-debar dia ingin menyatakan rahsia yang sudah lama tersimpan.

Ayra sudah tertanya-tanya ha apa dia tu Fitri. Cepat la bgitahu.

"Sebenarnya.. sebenarnya.. sebenarnya aku.. aku sukakan kau!" ujar Fitri sambil memandang muka Ayra. 

"aku tak tahulah macam mana aku boleh ada hati dengan kau? Aku pun pelik. Tapi aku nak pendam saja. Tak nak bagitahu kau. Aku takut kalau aku bagitahu kau, kau lari dari aku. Walaupun aku tak dapat memiliki kau. Aku lagi takut kau larikan diri dari aku. Aku tak sanggup. Biarlah kita kekal sebagai kawan" luah Fitri panjang lebar. 

"kau? Kau tak boleh dengar aku kan?" 

'Fitri apa kau cakap ni?' 

Ayra terkejut akan penyataan itu. Jatung dia berdegup laju. Kebetulan pula dia masih lagi belum membuka alat pengesan jantung itu.

Fitri terkejut akan peredaran jantung Ayra ketika itu.

"ehh kenapa ni? Ayra? Aku ada salah cakap ke? Kau? Boleh dengar aku ke Ayra?" ujar Fitri cemas. Laju Fitri ingin bangun untuk mencari Doktor.

Secara tiba-tiba Ayra memegang tangan Fitri. Fitri terkejut akan pegangan tangan itu lalu dia menoleh. Ha kau, lagi terkejut dia. Ayra dah bangun. Tetapi mata Ayra berair? Kenapa?

"Ayra?" 

TBC

MR'S DAIYAN FITRI (C)Where stories live. Discover now