Ayra dijemput oleh Puan Tania untuk bermalam di villa itu. Pada mulanya, Ayra menolak. TApi nak buat macam mana? Di desak oleh seisi keluarga? Kita sebagai orang baik kena menuruti permintaan Puan Tania.
"Ibu dengan ayah Ayra kerja apa?" Puan Tania dan yang lain memandang wajah cantik milik Ayra. Ayra yang sedang mengunyah nasi itu terus berhenti mengunyah dan tersenyum.
"Family Ayra, dah tak ada dah" ujar Ayra sambil tersenyum. Walaupun perit tapi tetaplah senyum bestie.
Terkesima semua yang berada dimeja makan itu. Mereka tidak menyangka yang Ayra adalah anak yatim piatu. Sudah tiada kedua orang tua.
"Ya Allah Ayra, maaflah kami tak tahu" ujar Encik Adrian.
"it's okay, pa. Lagipun Ayra tak pernah bagitahu siapa-siapa" Ayra sambung bercerita lagi.
"Family Ayra, ibu, ayah, abang dengan adik Ayra semua meninggal dunia sebab kemalangan. Time tu dorang dalam perjalanan nak ambik Ayra kat sekolah. Masa tu hujan lebat gila. Abang yang drive. And than abang nampak ada budak lari lintas jalan. Abang cuba mengelak tapi... ya. Macam tu la.. Harith yang kita jumpa tadi tu kawan abang. Dia selalu ada kalau Ayra sunyi"
Puan Tania terus mendekati Ayra. Ditarik Ayra ke dalam pelukannya mendakap Ayra.
"Ya Allah Ayra. Kesian Ayra. Ayra...mummy faham perasaan Ayra. Mummy minta maaf ye? Anggaplah kami ni sebagai keluarga Ayra. Mummy tak kesah. Kan abang?" Puan Tania bertanya pendapat suaminya.
"ye, Ayra. Anggap je kami ni keluarga Ayra. Papa izin kan waktu cuti sem Ayra duduk sini" ujar Encik Adrian mengajak Ayra untuk tinggal bersama.
"Ehh buat susah-susah je, tak apa la, Ayra ada je mak saudara yang kat kampung yang masih jaga Ayra. It's okay" Ayra cuba menolak dengan cara baik. Tinggal bersama mereka?
Ayra menjeling Fitri disebelah. Fitri pula hanya menayangkan wajah tak berperasaannya sahaja.
"Ayra, Ayra boleh tinggal sini, kalau Ayra nak" ujar Puan Tania sedikit menujuk. Bahunya diusap perlahan.
Lama dia memandang memandang jari jemarinya sebelum dia mengangguk setuju.
>>>
"Akak, akak ni cantik la. Tudung senget pun still cantik" puji Farah. Tangan Ayra turut dia usap perlahan.
"hah! Senget. Kenapa tak tegur dari tadi Farah" Ayra malu melihat penampilannya yang tak semengah.
"hehe. Tapi still cantik" Farah memuji lagi.
Mereka duduk di atas katil queen milik Farah. Ayra melihat karya seni Farah. Cantik. Ada beberapa lukisan di atas Canva. Gambar keluarga itu. Keluarga kecil Encik Adrian.
"ni Farah buat ke?" tanya Ayra mendekati beberapa canva yang agak berselerak di atas lantai.
"yup. Ala yang tu buruk la kak" Farah berseloroh. Telefon pintarnya turut dimainkan.
"Ehh. Cantiklah Farah" puji Ayra lagi. Dia tersenyum sambil melihat potret keluarga Fitri.
"Fitri nampak hensem" puji Ayra perlahan. Wajah tampan tak berperasaan Fitri dipandangnya. Tetapi ada satu gambar masih belum siap.
"ni siapa Farah?" soal Ayra.
"oh itu abang sulung Farah.." balas Farah "akak. Akak macam mana bole kenal abang?" laju tangan Ayra ditarik semula ke arah katil.
"erm. Kitaorang satu sekolah?" jawab Ayra polos.
"ala kak. Ceritalah kak" pujuk Farah.
Krringggg. Kuat bunyi deringan telefon pintar milik Ayra. Ayra mengambil telefon pintarnya. Dan melihat nama yang tertera di atas. Pakcik sewel. Fitri.
YOU ARE READING
MR'S DAIYAN FITRI (C)
RomanceKarya sulung Pertemuan mereka bagaikan deja vu, apabila seorang perempuan dalam usahanya untuk menurunkan berat badan telah dipertemukan oleh seorang jejaka tampan disebuah padang bola. "aduh! Siapalah makhluk yang sepak bola nii? Ish kuajar betul"...