episod 8

455 32 0
                                    

Disebabkan Hayyan berjaya memujuk Ayra, dengan rela hati Ayra pun pergi ke acara perkhemahan itu. Bukan sebab apa? Hayyan telahpun membayar tambang untuknya. Mahu tak mahu dia perlu pergi kem perkhemahan itu.

Ayra membawa beg galas dan kelengkapan perkhemahan menuju ke arah tempat mereka berkumpul. Kalau bukan disebabkan Hayyan yang memaksanya, pasti masa-masa begini akan dia manfaatkan dengan qada tidur.

Semasa di dalam bas Ayra mengambil tempat disebelah tingkap, lalu Fitri mengambil tempat disebelah Ayra. Bukan apa. Ini semua ulah si Hayyan. Dia yang memaksa Fitri untuk duduk bersama Ayra. Sedikit hairan tetapi Ayra tetap berbuat tidak mengerti apa apa.

Ayra sedar akan dirinya diperhatikan oleh Fitri sedari mula perjalanan hingga kini.

"ada apa-apa ke kau nak bagi tahu aku?" soal Ayra.

Terkejut dengan pertanyaan itu, Fitri terus menggeleng. Dia turut acah-acah menutup tangannya menggunakan kekura tangannya.

"Ye la, dari tadi asyik curi-curi tengok aku je. Kau ok tak? Ke kau tak selesa. Kalau tak aku pindah tempat Hayyan je" Ayra berura-ura untuk bangun. Laju dihalang Fitri.

Fitri membalas "takk aku tengok tingkap je. Bukan aku tengok kau, perasan" wajah bekunya memainkan peranan penting dalam situasi begini.

Ayra membuat muka menyampahnya lalu berkata " kau nak duduk tepi tingkap tak?" kemudian Ayra bangun. Fitri juga bangun dan mereka bertukar kerusi.

"aku nak tidur jap, nanti dah sampai kejut, kalau aku tak bangun kau pijak je kaki aku" Ayra memberi arahan.

Fitri pun mengangguk dalam menyumbatkan telinganya dengan earphones.

Setelah 10 minit tiba-tiba kepala Ayra jatuh pada bahu Fitri. Apa tajuk cerita China tu? Put your head on my shoulder? begitulah lebih kurang. Kaku Fitri disitu, bukan setakat kaku? bernafas pun rasa suah sangat ni. Dia juga menghidu haruman yang datang dari Ayra. Wangi. 

Lalu dia mengigit lidahnya sambil berkata didalam hati, sabar Fit, anak orang ni.

Tidak lupa juga dia mengambil beberapa gambar selfie bersama Ayra semasa bahunya menjadi tongkat kepala Ayra.

>>>

Sesampainya di destinasi tapak perkhemahan itu. Mereka dikejutkan dengan suara Hayyan yang memanggil Fitri dan Ayra.

"oii bangunn!!! Amboiii sweet ehh tidur ada orang nak sandarkan kepala. Seronok la" Hayyan sedikit menyindir. Beg galas dibahunya dipegang kemas.

Fitri yang mendengar bicara Hayyan itu terus membuka matanya. What? Lalu dia melihat ke arah Ayra yang hampir sedar itu. Terus dia menegakkan badannya.

Ayra yang masih khayal itu terus bertanya kepada Fitri.

"kita dah sampai?" Ayra, lalu matanya melihat ke arah Fitri, dan beralih ke arah Hayyan di sebelahnya.

"ye Ayra dah sampai. Sedap eh bahu Fitri tu sampaikan, dah sampai pun boleh lena lagi?" Hayyan. Senyum mengusik. Tergeleng kapalanya beberapa kali.

Tegak Ayra dibuatnya. Lalu dia memandang ke arah Fitri sambil membuat muka peliknya.
Ayra pun bergegas turun dari bas. Dia terus turun meninggalkan Fitri dan Hayyan di  dalam bas.

>>>

Malam hari pun tiba. Ayra bangun ditengah malam kerana perutnya sakit. Malam-malam begini boleh sakit? haiya. Mahu tak mahu dia gagahkan diri untuk bangun juga. 

"aduhai. Perut, malam-malam macam ni la kau nak sakit?" gumam Ayra.

Lalu dia melihat rakannya yang nyenyak tidur di sebelahnya. Tidak sampai hati pula dia ingin mengejutkan rakannya itu. Lalu dia mengambil lampu suluh, zip khemah dibuka, dia berjalan keluar dari khemah, tak lupa juga zip khemah itu di zip semula.

MR'S DAIYAN FITRI (C)Where stories live. Discover now