episod 3

484 33 2
                                    

Ayra berjalan ke arah pusat sukan yang berdekatan dengan dewan besar, dia cuba mengintai didalam pusat sukan tersebut lalu kelihatan Prof Alex disitu sedang mencari sesuatu.

"prof" tegur Ayra.

Lalu Prof Alex memusingkan badannya untuk melihat siapakah gerangan yang memanggilnya.

"oh Ayra, kenapa?" ujar Prof Alex.

"Prof cari apa tu?" soal Ayra. Prof nampak busy sangat saja. 

"saya kemas ni tadi, jatuh" ujar Prof Alex. Ayra terangguk-angguk sendiri.

"ermm boleh ke saya pinjam bola basketball?" Ayra bertanya. Tengah pisang tambah bosan gila ni?

"Boleh je, kenapa?" ujar Prof Alex membenarkan Ayra untuk meminjam bola tersebut.

"ye la takut prof tak bagi kan? Hehe" Ayra ragu-ragu. Geli hati Prof Alex. 

"boleh je kalau awak nak main, ni sorang je ke?" ujar Prof Alex lagi. Hairan dia, Ayra selalu sendirian. Tak berkawan ke budk ni?

"sorang je la, saya mana ada kawan Prof " ujar Ayra. dia melangkah masuk ke dalam pusat sukan dan mengambil satu bola keranjang bersaiz 6. Saiz normal untuk kategori perempuan.

"kamu kan dah 2 tahun kat sini? Tak cari kawan lagi?" Prof Alex, kon yang berada dibawah diambilnya sebelum disusun diantara kon-kon yang lain. 

"malaslah Prof, bukan semua orang kita boleh percaya, kan?" Ayra jujur. Kalau dah tak ada orang nak kawan? Tak kan nak paksa! woi reades! jom kawan! mahu kah? begitu?

"betul, tapi tak kan nak keseorangan je sampai bila-bila?" Prof Alex menyoalnya lagi. Tergeleng kepalanya dengan sikap Ayra.

"ala roommate saya kan ada?" Ayra cuba berdalih.  Roommate nya pun tak berapa ngam dengannya. kecuali kak Ariana.

"erm apa-apa jelah Ayra, yang penting kamu baik-baik saja, sudahlah saya nak kunci bilik ni, kamu hantar esok ye?" Prof Alex berura-ura untuk mengunci bilik stor tersebut.

"oh okk" sempat dia melambaikan tangannya ke arah Prof Alex sebelum dia meninggalkan Pusat sukan itu. Ayra akhirnya berjalan menuju ke gelanggang bola keranjang yang berada di Universiti itu.

"bawa~ aku pergi.. lari dari realiti.. bawa.. aku pergi" nyaninya. Bola itu turut dia bam sepanjang perjalanan menuju ke gelanggang bola keranjang. 

>>>

Gelanggang bola keranjang yang hanya bersebelahan dengan padang bola sepak menjadi destinasi dia berhenti. Dia meletakkan beg dan botol airnya ditepi gelanggang. Ayra membuat sedikit reganggan memanaskan badan sebelum dia melontarkan bola ke dalam jaring. Three point.

Oleh kerana dia seorang, telah pelbagai gaya dia menjaringkan gol. Lay up? three points dan banyak lagi.

Memandang gelanggang bola keranjang itu hanya bersebelahan dengan padang bola sepak, Dapat Fitri menagkap sesusuk tubuh genit yang keseorangan bermain basketball. Apabila semakin galak dia memerhatikan, rupanya dia mengenali si genit itu. Ayra.

'boleh tahan awek ni main, sorang je ke?' lama dia merenung gadis itu sehinggakan Hayyan yang memanggilnya. Dia langsung tidak mendengarkan akan panggilan itu.

Teruk sangatkah Fitri ni angau. tu la hari tu cakap orang angau tengok Ayra. Dia pun sama. Tahu la Ayra comel orangnya. Senyum manis. Mata tak kalah idaman para wibu.

"oi Fitri, seronok tengok Ayra. Kenapa?" sergah Hayyan. Dia turut tersenyum melirik melihat gelagat Fitri yang cuba berdalih.

"mana ada. Aku tengok burunglah, burung tu terbang lain macam" Fitri menafikan sekali lagi. Mana nak jujur kalau dah tengok awek?

"burung celah mana mat? Tak ada seekor pun burung sekarang ni. Fitri oi" bahu Fitri ditepuk perlahan. 

"Kalau kau minat dia, cakap je, aku boleh tolong" Hayyan mempelawa dirinya untuk meminta nombor telefon Ayra. Dada bidangnya turut ditepuk beberapa kali. 

"ah kau, lambat lagi" Fitri membaling bola itu kepada Hayyan. Sempat Hayyan menyambut bola tersebut, kalau tak habis calar mukanya yang kacak persis Lee Min Ho. begitu ke ejanya? idak tahu la sis.

"kalau kau tak nak dia biar aku try la, hehe" Hayyan cuba masuk tengah. Apa kurangnya dia? Se level dengan Fitri tau. Cuma malas melayan sahaja. Kuat mengayat juga si Hayyan ni.

>>>

Hayyan mengambil begnya. Dia turut memerhati Fitri yang sedari tadi mengambil beberapa keping gambar awan. Awan kelihatan cantik pada waktu ini. Awan senja orang kata. 

"Fit. Jom balik bilik, kejap lagi kena pergi Pusat Islam. Nanti lambat, kau dahlah mandi lama" ujar Hayyan. 

"ha, gerak dulu" ujar Fitri. 

"apa-apa jelah" diteguk air mineral itu sehingga habis lalu dia berjalan keluar dari padang bola meninggalkan Fitri.

Selesai mengambil beberapa gambar, Fitri tersenyum sinis. I know that's you.. Ayra. Finaly kita berjumpa kembali. Beberapa keping gambar di dalam telefonya dilihat kembali. Senyuman sinis terukir cantik dibibirnya. 

Dia terus mengejar langkah Hayyan yang jauh meninggalkkannya.  

>>>

Ayra melihat jam di pergelangan tangannya. Sudah pukul 6:50. Dia mengutip semula bola keranjang itu. Beg dan segala barangnya diambil. Dia kemudiannya berjalan pulang ke biliknya. 

Sebentar lagi dia perlu ke Pusat Islam, laju dia mempercepatkan langkahnya sebelum dia terlambat. Sudahlah magrib sekarang awal. Pukul 7.10 sudah masuk waktu magrib. 

TBC

MR'S DAIYAN FITRI (C)Where stories live. Discover now