Mereka tiba di universiti itu pada pukul 3:30 petang. Nasib ketika itu tidak berapa ramai orang berada di universiti kerana adanya pulang ke kampung dan ada yang keluar outing. Seperti mereka.
Mereka berjalan beriringan menuju ke arah asrama perempuan yang bertentangan dengan asrama lelaki. Perjalanan dari pintu pagar dengan asrama boleh tahan jauh juga.
Kini Fitri merasakan agak canggung kerana mereka dua tidak berbicara sepatah kata. Terus tak ada topik nak borak. Kosong. Kosong. Segala kata cacian..
"Dulu kau sekolah mana Ayra?" Fitri menyoal. Belakang lehernya turut digaru walaupun tidak terasa gatal. Kalau tengok si Fitri ni. Dia yang banyak bertanya. Apa sifat perempuan ada dalam dirinya? Selalu perempuan je yang suka bertanya. Betulkah?
"hm sekolah menengah ke?" soal Ayra. Lalu Fitri mengangguk.
"Aku sekolah biasa je. Nama sekolah tu Alam megah 2" Ayra, Fitri menjatuhkan kepalanya beberapa kali dan memuncungkan mulutnya lalu bertanya lagi.
"sekolah rendah?"
"sama je nama sekolah Cuma tukar belakang, alam megah 3" sambung Ayra.
Sah, tak salah lagi, jadi betul la si Ayra ini kenalannya ketika berada di kedua-dua sekolah itu. Hashtag first crush.
"engkau pulak sekolah mana?" Ayra kini bertanya. Belum sempat Fitri menjawab, tiba-tiba mereka dijerkah dari belakang oleh Hayyan.
"HAH!"
"OH MAK KAU!" Ayra terkejut sambil membuat gaya Ultraman. "Ultraman terbang-terbang!"
Terbahak-bahak Hayyan dan Fitri mengetawakan Ayra.
"Hahaha Ayra!" Hayyan, Fitri masih lagi tersenyum melihat gelagat Ayra yang membebel kepada Hayyan. Ayra sudah bercekak pinggang. Gaya marah macam mak-mak.
"ishh Hayyan!! Awak ni!" marah Ayra. Sempat di tampar lengannya. Geram
"Sorrylah Ayra, Saya tak sangka yang awak akan terkejut sampai macam tu" Hayyan menghabiskan sisa tawanya.
"nasib baik saya tak ada penyakit jantung" Ayra memegang dadanya. Laju jantungnya berdetak.
"hehe, sorry" lalu Hayyan mencantumkan kedua dua belah tangannya memohon maaf. "lorang baru balik dating ehh?" duga Hayyan.
"mana ada, kami nak tengok wayang tadi. Tapi tak ada cerita best. Last last kami pergi makan saja" ujar Ayra. Fitri turut menjatuhkan kepalanya beberapa kali.
>>>
Selepas kelas pada hari ini, dia, Hayyan dan Fitri pergi ke teater yang berada di universiti itu.
Sesampainya di sana mereka disambut mesra oleh kak Tasnim. "hii Ayra"
Ayra tersenyum menampakkan gigi yang tersusun cantik itu apabila melihat akak Tasnim.
"akak Tasnim, akak nampak kak Ari tak?" soal Ayra.
"oh ada, kejap ya akak panggil" Tasnim mencari kelibat Ariana.
Ayra berjalan ke arah Fitri dan Hayyan lalu bertanyakan soalan itu sekali lagi. Walaupun semasa perjalanan ke sini sudah hampir 10 kali dia bertanya soalan yang sama.
"betul ke ni korang nak berlakon ni?" soal Ayra.
"ya allah Ayraa, dah dekat 100 kali ni awak tanya soalan itu pada kami, yaa kami nak berlakon" ujar Hayyan. Cuba menyakinkan Ayra.
"kau?" tanya Ayra apabila melihat Fitri yang hanya senyap disitu. Lalu Fitri mengangguk mengiyakan pernyataan itu.
"okay" Ayra. Kurang sikit rasa gugupnya. Risau ada yang lupa dialog pula. Sempat Fitri dan Hayyan mengeling sesama sendiri. Hanya codinh antara mereka berdua.
"hai geng!" ujar kak Ariana yang baru tiba.
"hai kak Ari" ujar mereka bertiga.
>>>
2 minggu kemudian, tibalah persembahan muzikal dari mereka, Fitri sebagai watak utama, Ayra sebagai watak pembantu utama dan Hayyan sebagai watak tambahan.
Dalam persembahan ini mereka menggunakan aspek seperti bayangan.
Lalu bermulalah lagu yang bertajuk old love yang dinyanyikan khas oleh Fitri. Manakala bagi chorus yang perempuan dinyanyikan khas oleh kak Tasnim. Tasnim menggantikan Ayra kerana, Ayra tidak pandai menyanyi.
Pada malam itu dewan dipenuhi oleh semua peringkat pelajar, tidak lupa juga dengan lecturer yang mengajar disitu.
Persembahan dimulakan dengan chorus
When you are here, the stars disappear...
Nothing can outshine the dress that your wear
We should be dancing
cause girl you look stunning...
Let's spend the night together till reach the morningMemperlihatkan Ayra yang sedang bersembang mesra dengan Hayyan, lalu Hayyan memberikannya sejambak bunga. Dalam tak sedar, Fitri di belakang melihat mereka dengan adegan itu.
Fitriterus mengangkat kaki dan beredar dari situ. Dia tidak melihat bahawa Ayra tidak mangambil bunga tersebut.
Lagu terus dinyanyikan, memperlihatkan Fitri yang patah hati disitu menyanyikan lagu.
Dalam tak sedar Ayra mendengar lagu yang dinyanyikan oleh Fitri, lalu dia menyambung lagu itu, ingat ye kawan-kawan lagu tu dinyanikan oleh kak Tasnim.
When I'm with you like déjà vu
I realize that dreams came true.
We keep on talking for the moment that we live in
Let's keep drinking till the moon disappear
You are the one, the one that moment.
the one that will still by my side till I gone,
the love of my life and I sacrificed
just the moment we last long forever
that is old love...Di kala itu Fitri memusingkan badannya dan mata mereka bertembung. Mereka menyanyi lagu tersebut sehingga habis.
Dalam tak sedar Intan juga turut menonton sketsa musikal itu. Dia mengemgam erat tangannya menandakan dia sedang marah. Apa yang dia boleh buat? Rasa cemburu? pastinya.
>>>
Selesai sahaja mereka turun dari pentas, kak Tasnim serta ahli yang terlibat dalam sketsa itu mengucapkan tahniah kepada Ayra ,Fitri dan Hayyan kerana telah menjayakan persembahan ini.
Sedang Ayra bersembang dengan kak Ariana, dia terdengar perbualan Hayyan dan Fitri.
"Kau pergi kan, perkhemahan tu?" Hayyan bertanya kepada Fitri.
"tengok la dulu, aku tak sure" ujar Fitri. Matanya hanya fokus pada telefon pintarnya.
Lalu Hayyan berbisik pada Fitri, "kalau aku berjaya pujuk Ayra, kau ikut ehh?"
Lalu dengan berlagaknya Fitri berkata, "pujuk la, pujuk" Sempat Hayyan menghadiahkannya dengan senyuman belagak.
Hayyan berjalan ke arah Ayra lalu bertanya kepada Ayra. Dengan lafaz bismilah.
"Ayraa, Ayra pergi tak perkhemahan tu?" ujar Hayyan.
"perkhemahan mana eh?"
"lah yang ke gunung ledang tu" Ayra sedaya-upaya untuk mengingat.
"er.. tak kot" balas Ayra.
"ala kenapa?"
"pendaftarankan dah tutup?"
"ada satu lagi seat cancel" pujuk Hayyan.
"ala ayra jom laaa, nii Fitri nak suh Ayra teman diaa nii" Hayyan sambil berbisik kepada Ayra. Hayyan turut membuat muka comelnyaa.
"What?" Ayra buat muka peliknya. Dah kenapa orang tua tu?
TBC
YOU ARE READING
MR'S DAIYAN FITRI (C)
RomanceKarya sulung Pertemuan mereka bagaikan deja vu, apabila seorang perempuan dalam usahanya untuk menurunkan berat badan telah dipertemukan oleh seorang jejaka tampan disebuah padang bola. "aduh! Siapalah makhluk yang sepak bola nii? Ish kuajar betul"...