episod 14

364 26 0
                                    

Selesai mengambil barang keperluan harian Ayra, mereka pun kembali semula ke villa keluarga Fitri. Memang dipaksa weh untuk balik semula ke Villa itu.

Setibanya di villa itu, mereka berjalan masuk dan mendapati bahawa kesemua ahli keluarga di dalam rumah itu tiada.

"mana yang lain?" ujar Ayra. Kosong sahaja rumah. Kereta semua tiada.

Satu mesej sampai kepada Fitri. Tangan laju membuka aplikasi WhatsApp dan melihat mesej yang dihantar oleh Farah.

'kami dah gerak pergi resort, mummy suruh abang datang sini bawak akak, suruh join dinner ni, btw mummy cakap lagi, jangan lambat lambat nanti jiran jiran nampak abang berdua dengan kak Ayra. Nanti kahwin free baru tahu'

'ok' balasnya

"tak ada orang tak rumah" ujar Fitri. Dia kembali masuk ke dalam perut kereta.

"dorang pergi mana?" Ayra terus mengikuti Fitri. Dia duduk di tempat duduk hadapan. Fitri hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu.

"jom" sambung Fitri.

"pergi mana?" soal Ayra. Soalan dibiarkan seperti angin sepoi-sepoi bahasa lalu.

"nak pergi mana?" Ayra tidak putus asa.

"mummy tak bagi duduk kat rumah. Kan tak ada orang. Kau nak kita kena tangkap pastu kahwin free?" sambil mengangkat sebelah keningnya.

"melainkan la kalau kau nak?" sexy smirk.

Bisu Ayra tidak berkata. Akhirnya dia hanya mengikut sahaja kemana Fitri hendak membawanya.

>>>

Ayra perasan yang kereta Audi Fitri berhenti, lalu dia membuka matanya.

Dia melihat ke luar tingkap. Pantai? Lalu kembali mencari kelibat Fitri yang baru sahaja keluar dari kereta.

"kenapa kita datang sini?" tanya Ayra. Beg tangannya dipegang kemas.

"mummy kat sini" ujar Fitri. Kunci kereta dimasukkan ke dalam poket seluarnya.

"hah?" Ayra. Ayra terus mengejar langkah panjang Fitri.

"weh weh, kenapa mummy ada kat sini?" soal Ayra.

"kau ni banyak borak la" Fitri terus meninggalkan.

Ayra berlari anak mengejar langkah Fitri dan terus memberhentikan langkah Fitri. Lalu mendepakan tangannya menghalang Fitri untuk meneruskan perjalanannya.

"wait, cuba explain, kita nak pergi mana?" tanya Ayra tanpa berputus asa. Lalu Fitri menghembus nafas beratnya dan mendekatkan mukanya ke muka Ayra.

"sebelum benda lain jadi, kau ikut je aku, boleh?" ugut Fitri. Nada suaranya amatlah serius ye teman-teman.

"contohnya" polos Ayra bertanya, masih tidak mengerti. Member pun baru bangun tidur. Mamai tu tak hilang lagi.

Fitri berbisik di telinga Ayra "contohnya, hm macam cium bibir merah kau?" sexy smirk again gais. Delulu ke tu gais ek?

Terbeliak mata Ayra, muka tak perlu cakaplah sudah merah padam. Perjalanan mereka terhenti disebuah resort yang agak tersorok.

"ha sampai pun, dah nak maghrib ni Fit, kenapa lama sangat?" Puan Tania menyambut kedatangan Fitri dan Ayra.

"ada orang tu banyak tanya my" Fitri menjeling sekilas Ayra disebelah kirinya.

"ehh dahlah pergilah siap-siap. Baju kamu berdua ada kat chalet" ujar Puan Tania. Mereka berdua pun berjalan menuju ke Chalet yang menempatkan keluarga Puan Tania.

MR'S DAIYAN FITRI (C)Where stories live. Discover now