episod 20

396 29 0
                                    

Fitri memandu kereta Audi menuju  ke rumahnya. Fitri mencempung Ayra untuk masuk ke rumahnya Fitri meletakkan Ayra di sebuah sofa. Dia mengambil kotak kecemasan dan melabuhkan punggungnya di sebelah Ayra.

Ayra yang sedang memeluk kakinya memandang muka kasihan Fitri.

"kenapa kau lari?" soal Fitri. Soalan dibiarkan sepi.

Lalu Fitri menarik kaki Ayra untuk mencuci lukanya.

Takut-takut Ayra menghulurkan kakinya.

"nasib baik aku dah tahu kau dekat mana. Aku tak sangka pula kau lari makin dalam. Tengok ni kan dah luka" ujar Fitri sambil mencuci luka Ayra. Agak dalam juga luka Ayra. 

"Fitri..." Ayra

Fitri mengangkat muka memandang wajah merah Ayra.

Lalu air mata milik Ayra jatuh. Dia menangis teresak-esak.

"hey hey... jangan nangis Ayra. Kau dah selamat okay. Aku kan adaa" pujuk Fitri.

"finally... selama 4 tahun aku simpan rahsia tu. And aku bagitahu juga... akhirnya..." Sambung Ayra. Sambil mengeka air matanya.

"hey hey.. it's fine right? Itu dah ajal Lew. Kita dah tak boleh buat apa. Don't cry. Ayraa. I can't see your tears. That make me fell shit. Please don't cry?" Fitri memujuk. Eyy nak peluk tak boleh.

"dah-dah, ni pergi ganti. Siap-siap la. Nanti aku hantar kau balik" Fitri menghulurkan satu plastik baju kepada Ayra. Ayra menyambut plastik tersebut.

Laju tangan Ayra menarik tangan Fitri.

"terima kasih, Fitri" Ayra tersenyum nipis.

Fitri tersenyum manis. Lalu dia memandang tangannya yang masih dipegang Ayra.

Ayra pun melepaskan tangannya "boleh aku tahu lebih pasal Lew? Apa kaitan Lew dengan korang?" soal Ayra ragu-ragu.

"kalau dah tiba masanya aku bagitau okay?" ujar Fitri lemabh lembut.

"tapi aku nak tahu" Ayra tidak putus asa.

"Ayra??" Fitri. Ayra terus mengunci mulutnya. Baiklah. Tapi nanti aku akan paksa kau juga!

Fitri bangun dan terus berjalan keluar dari rumah itu.

Melihat kepergian Fitri. Ayra masih lagi ingin mengetahui tentang kejadian itu. Dia bangun dan menuju ke bilik yang menempatkannya. Lalu dia terus membersihkan diri.

Selesai membersihkan diri. Dia turun ke bawah dan melihat Fitri yang sedang menghidangkan makanan untuknya.

"Ayra. Makanlah dulu" pelawa Fitri. "aku tahu kau tak makan lagi. Muka kau nampak cengkung" ujarnya lagi.

Ayra mengambil tempat duduk berhadapan dengan Fitri. Dia menjamu juadah selepas membaca doa makan.

>>>

"Fitri.." panggil Ayra sayu.

"ye?" 

"macam mana kau boleh tahu aku kat rumah banglo Kahar?" Ayra memandang sisi wajah Fitri yang tekun memandu.

"ingat tak time aku kejar kau tu? Time tu aku pelik kena kau hilang macam tu je. Lepas tu aku cuba chat dan call kau. Tapi dapat miss call je. Lepas tu aku cari kau kat kelas. And aku ada jugak tanya-tanya roommate kau. Dorang kata kau tak balik pun. Pelik lepas kelas tu aku terdengar perbualan Kahar dengan kawan dia. 'simpan je la dulu perempuan tu. Ye ye dia dekat banglo aku. Okok yee' aku terus cari tahu keberadaan kau. Pastu aku jumpa kau" ceritanya.

Suasana sepi sebentar.

"aaa.. aku aa-ku tak tahu nak cakap macam mana. Tapi terima kasih tau" Ayra gugup.

"sama sama?" Fitri turut ditelingkan. Comel-comel anjing gitu? Anjing pun comel tau. Tapi perkataan anjing orang nak mencarut. Ok la cute cute puppy gitu.

Tersenyum manis Fitri memandang Ayra.

"ehhh kau kenapa?" Ayra pelik dengan sikap Fitri. Seriaulah dia. Senyum macam dapat hadiah saja gaya si Fitri ni.

"hah? Tak tak ada apa pun" matanya kembali fokus kepada pemanduannya.

"emm apa-apa je la" 

"ya Allah betullah tak ada apa pun?" Fitri. Tawa kecil keluar dari mulut Ayra.

>>>

Setibanya di rumah makcik Ayra, Ayra turun dari kereta diikuti Fitri. Pintu kereta itu ditutup perlahan. Haira dia melihat ada banyak kereta terparkir dihalaman rumah makciknya.

"wah macam ramai je ni? Ada kenduri ke?" soal Fitri. Selipar juga banyak di tangga rumah kayu itu.

"eh tak tahu" Laju kaki melangkah masuk ke dalam rumah.

" assalamualaikum makcik" Ayra

" waalaikumussalam, eh ayra?" Makcik dayah

"eh aa-abang Harith?"Ayra. Kaget dia melihat Harith dengan rombongannya. Ramai pula tu.

"apa semua ni abang?" Ayra. Wajahnya jelas cuak

Mata mereka terus memandang tajam ke arah Harith. Terutama sekali Fitri.

"abang rasa.. dah tiba masanya abang beritahu hasrat terakhir arwah abang Ayra dulu" Harith memberikan surat terakhir arwah Khalef kepada Ayra.

Dia membuka surat itu. Setiap patah kata ditelitinya.

Kepada : Ayra adik kesayangan abang

Daripada : Abang Khalef

Abang harap akan ada seseorang yang akan jaga adik sepenuh hati. Macam mana abang jaga adik, sayangkan adik, manjakan adik dan bahagiakan adik. Jadi maafkan abang kalau pilihan abang tak sesuai dengan citarasa adik. Abang dah amanahkan Harith untuk menjadi imam adik, jadi suami adik yang sah. Abang harap adik akan bahagia dengan dia. Abang sayang adik sangat-sangat. Miss you my little sunshine..

Ayra mengalihkan air mata saat membaca surat terakhir arwah abangnya.

"abang?.." Ayra memeluk erat surat itu. Air matanya turut diseka beberapa kali.

"abang tahu.. Ayra masih muda.. Abang akan tunggu Ayra untuk Ayra terima abang. Abang Cuma.. Cuma nak tunaikan hajat terakhir abang Ayra je" ujar Harith. Dia tidak mahu memaksa Ayra berkahwin dengannya tanpa rela. 

Sayu mata Fitri memandang wajah yang memerah itu. Lalu mata mereka bertentangan sama sendiri. Fitri hanya diam. 

"maafkan Ayra abang harith. Tapi Ayra berhak menentukan masa depan Ayra. Ayra.. Ayra dah jumpa kebahagian Ayra. Ayra akan kahwin dengan Fitri" Jelas Ayra. Terbungkang mata Fitri. Apakah ini benar? Tunjuk kan lagi. Tunjukkan lagi.

Harith tersenyum memandang Ayra.

"kalau itu yang mampu membuatkan Ayra bahagia dan rasa selamat. Abang.. abang izinkan Ayra dan Fitri berkahwin.. Ayra berhak untuk tentukan kebahagiaan Ayra sendiri" ujar Harith tersenyum manis melihat Ayra dan Fitri.

"dan abang pun berhak menentukan kebahagiaan abang. Ayra tahu.. Abang tengah bercinta dengan kak Aten kan?" duga Ayra. senyuman sumbing terukir dibibirnya.

"how?" Harith jelas terkejut.

"Ayra nampak abang. Abang tak boleh sorok daripada Ayra" ujar Ayra. Fitri disebelah turut dijeling sekilas. Malu sebenarnya apabila di berkata begitu. Fitri memang pernaah mengungkapkan perasaannya kepada Ayra. Tapi pada ketika itu, Ayra yang menolak. 

Fitri hanya membalah dengan senyuman manis. "Mummy plan seterusnya akan bermula mummy" gumam Fitri sendiri.

TBC





MR'S DAIYAN FITRI (C)Where stories live. Discover now