episod 22

352 28 0
                                    

Persembahan tadi mendapat tepukkan paling gemuruh daripada para penonton.

"terima kasih Ayra, Fitri dan Hayyan tolong kami, kami terhutang budi sangat" ujar Ariana sambil memeluk tubuh Ayra. Teruja dia apabila persembahan tadi mendapat sambutan daripada para penonton.

"eh kak. Kami pun suka-suka je. Nak berlakon ni. Takde apalah sangat. Kitaorang pun seronok berlakon. Walaupun tak berapa nak lawak" Ayra gelak dihujung ayat.

"abang Ryan kesayangan korang nak belanja makan esok. Korang ikut eh?" sampuk Tasnim. Ryan disebelah dijeling sekilas. 

"eh kau. Suka-suka lak kau" tempik Ryan.

"haah. Aku suka kau" Tasnim berkata polos.

Serentak 5 pasang mata itu tertumpu ke arah Tasnim.

Hayyan terus berdehem " jomlah balik. Aku ada kerja nak buat ni"

"jom-jom. Ayra.. jom" Ajak Fitri.

"ahh kak Ari pun nak ikut" ujar Ariana. Mereka berempat keluar dari dewan  meninggalkan Tasnim dan Ryan disitu. Tak mahu masuk campur. Urusan rumah tangga orang.

>>>

"hahahaha... gila-gila kak Tasnim ni. Selamba je dia cakap macam tu kat abang ryan" ujar Ayra. Sekarang mereka dalam perjalanan hendak pulang ke asrama.

"hahaha itu la tu. Aku pun nak try la nanti kat orang yang aku suka" Hayyan sudah mula berangan.

Mereka berempat turut ketawa sambil melangkah ke asrama masing-masing.

Kringgg... Ayra menerima panggilan telefon daripada puan Tania.

"eh mummy?" laju icon hijau ditekan.

"hello? Mummy?" Ayra.

"hello Ayra. Assalamualaikum!" tegur Puan Tania melulu. 

"waalaikumussalam ye mummy. Ada apa call Ayra, mummy?" balas Ayra.

"ni mummy ada cakap kat Fitri suruh bawak balik kamu. Tahun ni kamu raya sini ye?" pelawa Puan Tania.

"ya allah myyy.. puasa pun baru nak start minggu depan. Awalnyaa dah borak pasal raya" Ayra gelak di hujung talian

"tak. Mummy bagitahu awal. Saja. Oh ye kamu busy ke esok?" Puan Tania ingin mendapatkan kepastian.

"erm dorang ada ajak pergi makan esok, kenapa my?" 

"ouh ye ke. Nanti lepas makan datang rumah mummy boleh? Nanti Farhan jemput tau" ujar Puan Tania lagi.

"eh mummy" 

Terus panggilan dimatikan.

"ya Allah. Mummy ni" Ayra mengomel sendiri.

>>>

Mereka bertiga sedang menunggu Ariana dan Tasnim tiba di hadapan asrama pada pukul 10 pagi. Lama jugalah ye nak tunggu dua ketul tu ambil kereta. Ambil kereta ke buat kereta pun tak tahulah ye?

2 biji kereta myvi tiba. Myvi berwarna hitam dinaiki oleh Abang ryan dan kak Tasnim. Manakala myvi berwarna kuning dinaiki oleh kak Ariana.

Lalu Hayyan pergi bersama kak Tasnim dan abang Ryan. Manakala Ayra dan Fitri pula menaiki kereta kak Ariana.

Mereka pun tiba di sebuah restoran yang telah ditempah khas oleh Ryan.

" nah jemputlah duduk. Korang buat apa lagi berdiri kat situ? Nak kena bentang karpet merah baru nak duduk?" ujar Ryan mengambil tempat. Lalu semua mengambil tempat masing-masing.

"terima kasihlah abang ryan, berlanja kitaorang ni" 

"sama sama Ayra" balas Ryan.

Setelah makanan terhidang, mereka menjamu hidangan itu dengan dibacakan doa oleh Hayyan.

>>>

Selesai makan Fitri dan Ayra dijemput oleh Farhan di restoran itu. Fitri mengambil tempat dibahagian depan penumpang. Manakala Ayra di bahagian penumpang belakang.

Semasa dalam perjalanan ke villa keluarga Fitri. Ayra bertanya "kau rasa-rasa kan kenapa mummy suruh kita balik eh?"

"entah. Mummy nak kahwin kan kita kot" jawab Fitri polos. Matanya hanya menghadap ke jalan raya. Farhan di sebelah hanya dapat menyembunyikan senyum sahaja. Malas dia mahu masuk campur urusan abangnya. 

Setibanya di Villa milik Puan Tania, mereka di sambut baik oleh Farah dan juga Puan Tania.

"dah sampai pun. Kenapa lama sangat?" soal puan Tania. Risaulah juga kalau apa-apa jadi kan? Kereta habis minyak tengah jalan ke? Terlanggar dek babi ke?

"jalan jem my" jawab Farhan.

"ouhh. Dah-dah jom masuk" pelawa puan Tania. Mereka mengambil tempat di sofa borak-borak kosong sambil menunggu kepulangan Encik Adrian.

Jam menunjukkan pukul 5:30 petang Encik Adrian menandakan sudah tamat waktu bekerja. Mungkin sebentar lagi encik Adrian akan pulang ke villa. 

Encik Adrian mengambil tempat di sebelah isterinya dia menyilangkan kakinya. Gaya-gaya bos besar rumah ini.

"ok. Semua dah ada dah pun. Jadi mummy mintak semua berkumpul hari ni sebab ada berita gembira" ujar Puan Tania teruja.

"berita apa tu my?" soal Ayra.

"papa dengan Mummy dah lama plan semua ni. Kami nak satukan Ayra dan Fitri " ujar puan Tania tanpa menotok tambah. 

" what?" Ayra terkelu. Apa? mimpikah ini?

"mummy risau, Fitri selalu angkut kamu kemana-mana. Nanti apa pula cakap orang kan? Jadi apa salahnya kamu berkahwin. Fitri suka kamu. Kamu suka Fitri juga kan?" soal Puan Tania. Wajah polos itu dipandang dengan penuh harapan.

"tapi mummy, macam mana dengan keluarga Ayra yang lain?" tanya Ayra.

Encik Adrian tersenyum manis.

"Ayra janganlah risau. Mereka semua setuju. Kami dah lama dah masuk meminang, cuma Ayra je yang tak tahu" kata Encik Adrian. Dia melihat wajah blur blur biawak Ayra. Memang blur sangat Ayra sekarang ini.

"hmm tapi Ayra still belajar lagi. How about my class?" Ayra

"Ayra ramai je orang yang kahwin time belajar. It's okay, papa dengan mummy risau pasalnya anak mummy ni kan selalu bawa kamu keluar malam-malam. Kalau kamu dah kahwin tak adalah kami risau sangat. Buatnya kamu belum kahwin tiba-tiba kena tangkap basah macam mana? Macam mana keluarga Ayra nak letak muka. Kami pun akan menanggung malu juga?" lalu mata memandang wajah Fitri dan Ayra silih berganti. 

Ayra hanya mengangguk. Ada benarnya apa yang mummy cakap. Fitri tersenyum lalu berkata "betul tu Ayra. Benda yang baik tak perlu dilewatkan"

Mereka semua ketawa mendengar bicara tadi.

"bang kau takut sangat an kak Ayra kena rembat. Ala... paling-paling pun aku je yang rembat" ujar Farhan yakin. "kan kak kan?" sempat dia menjeling abangnya.

"kauuu.. nak makan ni? She's mine!" sambil menayangkan penumbuk kepada Farhan.

"jadi my, bila tarikh nikah kami?" soal Ayra.

"esok" jawab mereka serentak.

"WHAT!" 

TBC

MR'S DAIYAN FITRI (C)Where stories live. Discover now