Setibanya di klinik, Ayra memberhentikan motorsikal itu secara mengejut. Dia terus memarkir motosikal itu di sebelah pintu kecemasan.
"kepala hotak kau. Bawak macam tu. Nak mati ke giler? Hah! Nak mati jangan libatkan aku!" bebel Fitri. Ayra pula hanya pekakkan telinga saja.
"relex lah bro.. KIta hidup lagikan? Wa lek wa piece yow" ujar Ayra. Sambil membuka helmet arnab.
"tengkorak kau" maka dengan jurus bebelan mak-mak. Mode membebel versi mak-mak on!
Orang tua membebel. Dah macam nenek kebaya saja gayanya.
>>>
"so macam mana abang Harith. Patah ke tangan dia?" tanya Ayra. Dilihat lengan Fitri yang sudah kemas dibalutnya.
"so for, tangan dia cuma terseliuh je. Lepas luka dengan bengkak ni sembuh. Bawaklah pergi urut" ujar Doktor Harith.
Lalu Harith memandang dua ketul manusia dihadapannya."abang nampak korang datang naik motor tadi. Ni siapa Ayra?" Harith memulakan sesi soal siasat.
"eh. abang silap tu bang. Bukan. Itu. Itu orang lain tu" Ayra cuba berdalih. Dijeling Fitri disebelahnya. bantu member kau ni ngok!
"betul tu bang, abang silap tu" mode drama king on!
"betul ke ni?" Doktor Harith sudah memeluk tubuhnya.
"eh Fit kau keluar jap" Ayra. Fitri memandang Ayra dan lelaki yang bernama Harith tadi dan berjalan keluar dari bilik itu.
"Ha terangkan la" Harith bersandar pada kepala kerusi. Mujurlah sekarang ini masih lagi tiada pesakit.
"ok macam ni. Tu. Tu kawan Ayra. Yes memang betul Ayra. Ayra datang dengan dia. Sebab.. ada lah sebabnya" jawab Ayra mahu tak mahu.
"Jangan tipu abang, Ayra" wajah Harith mula serius.
"Ayra tak tipu la" Ayra cuba meyakinkan Harith. Tolonglah percayakan dia.
"Ayra, abang faham perasaan Ayra, lepas keluarga Ayra tak ada, Ayra tak perlu berahsia dengan abang. Abang ada. Cerita la kalau Ayra ada masalah. Okay? Jangan keluar dengan entah siapa-siapa macam ni. Nasib abang yang jumpa Ayra. Kalau cik Dayah yang jumpa? Tak ke mengamuk dia?" Harith cuba memujuk.
"Ayra oklah, abang. Tu kawan Ayra je. Bukan siapa pun" dia sudah menundukkan kepalanya.
"kawan? Oklah abang percaya tu kawan Ayra. Tapi Ayra fahamkan. Dia tu lelaki? Ayra ni perempuan, naik satu motor macam tu? Kan tak elok kalau orang tengok?" Ayra mengeluh kecil. Benar.
"kalau ada apa-apa masalah bagitahulah ye Ayra? Abang ada kat sini" Ayra masih lagi berdiam diri.
"ni Ayra ada duit tak nak makan ni?" Ayra hanya mengangguk sekali. Lantas Harith mengeluarkan dompetnya. Dua keping Tanpa Ayra sedari, Fitri sudah membuka telinga mendengar perbualan mereka.wang not 100 ringgitdikeluarkan sebelum diserahkan kepada Ayra.
"tak pe abang, Ayra ada duit belanja. Abang janganlah risau" tolak Ayra secara baik.
"dengar cakap abang, ambik duit ni. Jangan kawan dengan lelaki tu lagi. Faham?" Ayra mencapai duit tersebut. Dia terus keluar dari bilik itu.
Terperanjat Ayra apabila Fitri berdiri dihadapan pintu. Mungkinkah Fitri mendengar segala perbualan tadi?
"aku oderkan kau grab, pastu aku bawak motor kau balik asrama? Bole?" ujar Ayra.
"kau merepek apa? Kan dah start cuti. Aku nak balik rumah aku" ujar Fitri.
"rumah kau?" Ayra
>>>
YOU ARE READING
MR'S DAIYAN FITRI (C)
RomanceKarya sulung Pertemuan mereka bagaikan deja vu, apabila seorang perempuan dalam usahanya untuk menurunkan berat badan telah dipertemukan oleh seorang jejaka tampan disebuah padang bola. "aduh! Siapalah makhluk yang sepak bola nii? Ish kuajar betul"...