Selesai sahaja mereka makan. Majlis doa selamat pun berlangsung. Puan Zaiton hanya menjemput orang kampung dan ahli keluarga sahaja. Itu pun tidaklah berapa ramai.
Mereka memulakan majlis doa selamat dengan sederhana.
"Flower?" pelahan panggilan Fitri.
"ye?"
Lalu Fitri menghulurkan sepinggan mi goreng kepada Ayra. Ayra mengambil pinggan itu. Dia menjamu hidangan itu.
Ayra melihat seorang gadis yang berusia 18 tahun datang mendekati suaminya. Bukan main mesra lagi tu. Ayra mengabaikannya, mngkin jiran atau kawan baik suaminya ketika kecil? walaupun ada sedikit rasa cemburu di hatinya.
Setelah siap menjamu hidangan, Ayra berasa dahaga dan mencari air di khemah luar. Dia mengambil air teh panas yang disediakan itu. Selesai mengambil air dia terus berjalan memasuki rumah.
Tiba-tiba bukk
"ARGH" Ayra mengaduh sakit. Air panas yang dibawanya tadi tertumpah dan terkena pada lengan sebelah kirinya.
Kebetulan pada masa itu hanya tinggal jiran dan ahli keluarga sahaja.
"ya Allah kak Ayra. Kak Ayra ok?" ujar Yanti. Laju dia menghampiri Ayra.
"ya Allah kak. Tangan kena air panas ni kak" jawab Sarah pula.
Farah datang dan terus terjah anak makcik jah yang melanggar Ayra.
"kau ni Siti. Kau tak nampak ke kak Ayra bawak air panas. Kau tengok tangan dia. Dah melecur tau tak!" marah Farah.
"apa pulak. Dia yang jalan tak tengok tengok. Asal aku pulak yang kena ni!" Siti memarahi Farah. Punya tak nak mengalah dia tu.
"eh engkauu!" sikit lagi tangan Farah mahu naik ke muka Siti.
"kenapa ni Farah?" muncul Fitri entah dari mana. Farah ni jarang kalau ada majlis mesti ada saja pergaduhan. Mereka semua memandang ke arah Fitri. Mata Fitri pula tertangkap pada riak wajah Ayra yang mula berkerut menahan kesakitan. Matanya beralih pula pada tangan Ayra.
"ya Allah sayang. Macam mana tangan sayang boleh kena air panas ni?" tanya Fitri. Mukanya tampak risau.
"si-sikit je ni" Ayra. Fitri membelek-belek tangan yang melecur itu.
"haihh. Farah, tolong abang ambik ais. Korang boleh tolong lap kan tempat ni. Nanti ada pula yang jatuh. Flower ikut abang" ujar Fitri seraya menarik lengan Ayra ke arah dapur.
"kaulah ni Siti. Kalau ye pun cemburu tak payah la nak cederakan orang lain" marah Sarah. Dia turut menyilangkan tangannya didada
"tah. Tahulah dah lama suka Abang Daiyan. Eh abang Daiyan tu dah kahwin tau. Move on. Jangan nak jadi penyondol pulak" sapuk Yanti.
Siti membuat muka menyampahnya lalu beredar dari situ. Mungkin pulang ke rumahnya.
"apahal tu?" tanya huda yang tiba-tiba muncul.
"biar la dia. Semak je" kata sarah.
"eh aku dok perati je dia tadi. Tahu kan abang Daiyan dah kahwin. Sibuk berkepit dengan abang. Dah macam belangkas. Kalau aku jadi kak Ayra memang aku gayang si Siti tu" ujar Yanti geram.
"itu kau. Kalau aku. Aku culik. Aku baling kat dalam gaung. Lagi bagus" tambah Sarah.
"ish ish ish. Kalau aku. Aku terus headshot perempuan tak sedar diri tu" sambung Huda. Lalu mereka semua pun ketawa jahat. Hahaha
"Flower.. macam mana boleh jadi macam ni? Ha? Kenapa tak mintak abang tolong je? Tengok kan. Kalau mummy tahu macam mana?" ujar Fitri sedikit risau. Ini kalaumummynya dapat tahu. Mahu hilang kepala si Fitri tu.
"sikit je ni. Au.. au.." Ayra berdetis perlahan. Fitri mula menyentuh bahagian yang terkena air panas itu tadi selepas membasuhnya.
"sikit je sayang cakap? Jap Farah ambik ais" ujar Fitri.
Ayra kemudian menarik semula tangannya sambil berkata " ish. Kena air panas mana boleh letak ais. Lagi sakit la" dan dia terus menoleh arah lain.
"Flower? Flower marah abang ke?" Fitri mengejar langkah sang isteri.
Ayra terus berjalan masuk ke bilik mereka. Dia terus mencari losen pelembap agar kulitnya tidak bengkak.
Fitri yang melihat terus memandang sepi pemergian Ayra. "merajuk ke?"
"abang nah ais" Farah menghulurkan sebekas ais kepada Fitri.
"simpanlah balik" ujar Fitri. Kaki terus menuju ke biliknya.
"eleh. tak berterima kasih langsung Itulah abang. Lain kali tengok-tengok sekeliling. Kan akak dah jeles. Padan muka abang. Tidur luar la nampaknya" sempat dia menganjing abangnya.
Mendengar hal itu, terus mempercepatkan langkahnya ke bilik mereka.
Fitri mengetuk pintu. Tok tok tok. Tombol dipulas. Tidak berkunci. Fitri terus masuk ke dalam. Dia melihat sekujur tubuh sedang baring menghadap tangkap bilik.
"Flower?" Fitri
Tiada sahutan
"sayang marah abang ke? Okok, abang mintak maaf okay? Mesti sayang nampak abang asyik berkepit dengan Siti kan? Bukan abang tak cuba lari dari dia. Tapi dia yang sibuk je dekat dengan abang. Abang mintak maaf ye sayang?" ujar Fitri.
Tiada sahutan daripada Ayra
"kalau sayang merajuk lagi tak pe la. Abang tidur bawah je. Tak pun abang tidur luar" ugut Fitri. Laju tangan Ayra menarik tangan Fitri. Lalu dia menyuruh Fitri untuk duduk di sampingnya.
"tahu pun mintak maaf" kata Ayra. Mata masih lagi memandang tangan Fitri.
"meh abang tengok tangan tu. Sakit lagi ke?" dicapai perlahan tangan kecil Ayra.
"dah. Dah sapu losen dah"
Fitri meniup-niup tangan yang memerah itu. Ayra terus memeluk erat tubuh Fitri.
"sayang? Kenapa ni?" Fitri menyambut pelukan itu.
"entah. Saja nak peluk. Jom tidur?" ajak Ayra.
"hmm. Jom" Fitri. Fitri terus memeluk erat tubuh Ayra.
"goodnight Flower" ujar Fitri sambil mengucup dahi licin Ayra.
"baca doa tidurlah abang. Apa barang wish?"
"okok doa tidur ye? Bissmilah" selesai mengaminkan doa. Akhirnya mereka berdua diulit mimpi yang indah.
TBC
YOU ARE READING
MR'S DAIYAN FITRI (C)
RomanceKarya sulung Pertemuan mereka bagaikan deja vu, apabila seorang perempuan dalam usahanya untuk menurunkan berat badan telah dipertemukan oleh seorang jejaka tampan disebuah padang bola. "aduh! Siapalah makhluk yang sepak bola nii? Ish kuajar betul"...