episod 23

370 28 0
                                    

"alah kak, janganlah takut, abang boleh bimbing akak punya. Lagi pun 2 hari lepas kali ke seratus tahu dia cakap yang dia suka sangat kat kak Ayra. Mummy pun dah naik pening tau. Akak terima jelah ye?" ujar Farah. Dia melabuhkan punggungnya di atas katil. Tangan kanan Ayra dicapainya.

"hmm. Akak tak tahu la Farah. Tapi semua orang dah tahu ke?"ujar Ayra sambil merenung tangannya.

"maksud akak?  Ouh kak Ariana, kak Tasnim, Abang Hayyan dan Abang Ryan eh? Dah. Dorang dah lama tahu. Tapi diorang rahsiakan. Abanglah yang suruh" ujar Farah.

"jadi mereka akan datanglah esok?" Ayra memandang wajah Farah. 

Farah menangguk. Lalu puan Tania masuk ke bilik Farah sambil membawa dulung berisi inai.
Puan Tania di bantu oleh Farah untuk memakaikan inai di jari Ayra.

>>>

"aku terima nikahnya, Ayra Elisya binti Abdul Aziz dengan mas kahwin 900 ringgit di bayar tunai" ujar Fitri.

"sah?"

"sah"

"sah"

"alhamdulillah" mereka semua mengangkat tangan mengaminkan doa. Yang dipimpin oleh iman tadi.

Fitri memandang Ayra sekilas sambil tersenyum manis.

>>>

"Ayra.. tunggu apa lagi hulurlah tangan tu kat suami Ayra" ujar Puan Tania.

"dia malu tuu" usik Farhan.

Mengeletar tangannya semasa dihulurkan kepada Fitri. Fitri menyarungkan cincin emas itu dijari manis Ayra. Sungguh cantik. Kini tangan berganti, Ayra pula yang akan menyarung cincin di jari Fitri.

Selesai acara itu, pasangan suami isteri yang sah itu bersalaman, Ayra mencium tangan suaminya kemudian Fitri mencium dahi Ayra. Sebagai jurugambar yang baik. Farhan memaksa mereka untuk kekal dalam keadaan begitu sedikit lama. Biar semakin merah wajah kakak iparnya.

Fitri membisikkan sesuatu di telinga Ayra "thank you Flower became my wife" Memerah muka Ayra.

>>>

"tahniah Ayra, Fitri. Akhirnya kahwin juga kamu berdua ye?" ujar Ariana. Ayra dan Fitri dipandang silih berganti.

"tahniah Ayra"ujar Tasnim.

"terima kasih kak sebab sudi datang majlis Ayra yang terkejut ni" Ayra bergurau.

"sama-sama. Tapi akak tak terkejut tau" tawa pecah dari mereka.

"ha kamu Fit. Jaga Ayra ni betul-betul ye. Akak tahu Ayra nangis cari akak, siaplah kamu akak kerja kan!" Ariana memberi amaran berserta penumbuk kepada Fitri.

"baik kak" Fitri siap menerima segala bencana.

"taniah Fitri" ujar Ryan.

"taniah bro, semoga ramai junior kau keluar nanti. Buat junior yang comel-comel tau" sampuk Hayyan. Bahu Fitri turut dipautnya.

"thanks do datang. Insyaallah insyaallah, terima kasih support" Ayra, Ariana dan Tasnim menjeling tajam mereka berdua.

>>>

Ayra masuk ke biliknya, selesai membersihkan diri Ayra melabuhkan punggung di birai katil. Dia membuka telefon pintarnya. Ramai sekali orang yang mengtagnya di Instagram. Dia menekakan butang like. Banyak juga yang comment positif. Ada juga yang cemburu dengannya. 

'hensum betul suami akak ni'

'patutnya suami dia kahwin dengan aku'

Apa gila komen macam ni? Nak attention ke? Laki aku tu.

MR'S DAIYAN FITRI (C)Where stories live. Discover now