episod 35

505 21 1
                                    

5 bulan kemudian

Fitri memarkir moto Yamaha R15 sambil membawa seplastik tembikai. Dasyat kan bawak moto besar lepastu bawak tembikai pula.

"abangg!!" Ayra berlari anak menuju ke arah Fitri.

"ehh sayang jangan lari. Awak tu mengandung. Perut dah besar nanti jatuh nanti" pesan Fitri. Ayra terus memeluk tubuh tinggi itu. Fitri membalas pelukan isterinya.

"kenapa ni. Hm? Flower?" Fitri turut mengusap perut boyot Ayra. Kandungan sudah 5 bulan. 

"rindu" jawab Ayra sepatah.

"dah jom masuk. Kita makan tembikai?" ajak Fitri.

"jom" Ayra terus berjalan diiringi Fitri masuk ke dalam villa puan Tania.

"abang. Sayang dapat jemputan ni dari abang Harith. Ni pula dari kak Tasnim dengan abang Ryan" Ayra menunjukkan surat surat itu kepada Fitri

"wah jadi eh kak Tas dengan abang Ryan kahwin. Tak sia-sia. Dia try abang Ryan kan. Sayang?" ujar Fitri.

"betul"

>>>

Setibanya di majlis perkahwinan abang Harith. Ayra mencari kelibat Harith yang seronok berborak mesra bersama beberapa orang lain. Mungkin doktor juga.

"taniah abang Harith dan kak Aten" Ayra datang menegur Harith dan pasangannya.

"terima kasih Ayra. Wah dah besar dah perut. Berapa bulan ni?" tanya Harith. Melihat perut Ayra yang sedikit kedepan itu menarik minatnya. Gamaknya beginilah rupa isterinya ketika mengandung nanti?

"lima bulan dah bang" balas Fitri. Dia turut memgusap lembut perut isterinya.

"wahh. Dah besar dah baby" ujar Harith teruja. Dia senyum manis.

"korang dah makan belum?" soal kak Aten. Pasangan hidup semati Abang Harith.

"dah-dah. Ni kami nak pergi kenduri satu lagi pula ni" ujar Ayra. Ye ada satu lagi kenduri yang sama tarikh dengan majlis ini. Kenduri abang Ryan dan kak Tasnim.

"oh yeke. Hati-hati. Terima kasih tau datang" ujar Harith.

"tak ada masalah"

>>>

Pulang sahaja dari kedua kenduri kahwin itu, tiba-tiba kedengaran bunyi enjin moto Yamaha R15 dihidupkan.

"aik? Siapa pulak yang hidupkan motor aku?" Fitri berlari turut kebawah dan mellihat siapakah gerangan yang menghidupkan motornya.

"ya Allah Ayra?!" Fitri menghampiri Ayra.

"eh sayang turun" Fitri menujuk Ayra agar turun dari motor tersebut.

"alah Ayra nak jalan-jalan sekejap je dekat kawasan ni" Ayra. Dipulas pedal minyak itu beberapa kali. Panaskan enjin.

"tak boleh. Ayra kan mengandung?" Fitri cuba lagi memujuk dalam nada yang lembut. Karang mahu membahang mak buyung ni!

"alah. Bolehlah abang. Bukannya Ayra tak reti bawak pun" Ayra mencuba nasib sekali lagi.

"eh tak boleh. Nanti jatuh macam mana?" Fitri nada paling lembut digunakan.

"alaaa nak bawakkk" Ayra mula merengek. "Ayra nak bawak. Ayra nak bawak. Nak bawak jugakkk!" Ayra sudah seperti bayi merengek mahukan susu!. Tak kira nak naik juga!

"ya Allah. Okok abang bawak okeh?" akhirnya Fitri menukar strategi untuk memujuk isterinya.

"no! Ayra nak bawak!" Ayra marah. Degil tetap degil.

MR'S DAIYAN FITRI (C)Where stories live. Discover now