episod 17

344 29 1
                                    

Setibanya di hadapan asrama perempuan, Ayra keluar bersama beg di tangannya. Dia melambaikan tangan ke arah Farhan dan Fitri. Kereta yang dipandu Farhan bergerak meluncur laju keluar dari universiti itu.

Hanya Farhan sahaja yang melambainya. Sedangkan Fitri, dia hanya menjeling tajam ke arah Ayra.

Ayra meletakkan begnya di sisi katil. Dia melabuhkan badannya di atas katil. Entah mengapa apabila dia melihat tindakan Fitri tadi. Cecair jernih keluar dari celahan matanya.

Dia mula menangis. Mungkinkah kerana jawapannya semalam telah mengubah Fitri. Adakah mereka tidak akan rapat seperti sebelum ini? Ketukkan pintu kayu itu menyentakkannya. Pintu itu dikuak dari luar.

"Ayra?" ujar Ariana. Laju Ayra menglap sisa air mata yang tertinggal.

>>>

Hari ini Ayra bangun awal untuk masakkan makanan kesukaan Fitri. Apa dia? Mestilah nasi lemak. Dengan penuh kasih sayang dia meletakkan sambal yang sudah dibungkus itu ke dalam bekas. Timun yang telah dipotong kecil itu disusun kemas di dalam bekas.

Dia menghidu aroma nasi lemak itu. "mmm wangi. Mesti sedap ni" puji Ayra sendiri. Tersenyum manis dia melihat hasil air tangannya.

Ayra berjalan riang membawa bekal di tangannya untuk diberikan kepada Fitri. Harap-harap Fitri suka masakkannya. 

Dia mendail nombor Hayyan untuk mengetahui keberadaan mereka dimana. Setibanya di kafeteria dia menghulurkan bekas makanan itu kepada Fitri dan turut tersenyum melihat Fitri. 

Dengan tiba-tiba Fitri menampar bekas makanan itu. Bekas itu terjatuh dan segala isi didalamnya habis terkeluar. Bertaburan nasi-nasi diatas lantai.

Hal itu telah mengejutkan Ayra serta Hayyan. Ayra memandang muka bengis itu. Dipandang tepat ke arah mata hazel itu. Mengapa Fitri?

"AKU TAK PERLULAH BEKAL NI DARI KAU! JANGAN KACAU AKU LAGI! DENGAR TAK?!" tengking Fitri di hadapan Ayra.

 Tercengang Hayyan melihat perwatakkan dan tindakan Fitri tadi lalu dia memandang wajah beku Fitri. Fitri pun mengambil semua barangnya lalu beredar dari situ. Meninggalkan Ayra dan Hayyan yang masih lagi cuba mencerna tindakkan tadi. Ayra hanya membatu dan memandang nasi-nasi yang bertaburan tadi.

Apabila dilihat sekeliling. Ramai orang mula membuka cerita tentang mereka. Ayra cuba meneutralkan wajahnya. Senyuman manis terukir diwajahnya.

"hehe. Tak de apa la tu. Dia period kut. Sebab tu la marah marah. tak ada apa lah" ujar Ayra bagi menenangkan keadaan.

Ayra tunduk mengutip semua nasi yang jatuh itu dengan air mata yang mengalir. Mengeletar hebat tangannya semasa mengutip semua nasi yang bertaburan itu. Dia turut dibantu oleh Hayyan.

"Ayra.. sabar ye?" Hayyan cuba memujuk.

Setelah selesai mengutip kesemua yang berada dilantai Ayra terus beredar dari itu dengan tangisan yang kian lebat.

>>>

Ayra disahkan pulang kerumah makciknya kerana demam. Sudah seminggu dia tidak hadir ke kelasnya. Alasan apa yang digunakannya? MC sahajalah jawabnya.

"haih! Rindu Ayra. Kan kak tasnim, kak ari?" ujar Hayyan. Dia menongkat dagunya sambil menyedut sirap ais. Mereka berlima sekarang berada di kafe.

"ye akak pun rindu Ayra. Akak mesej pun jawab sepatah je. Takpun dia react je" mata mereka beralih ke arah Fitri.

"lah. Kenapa pandang Fit pulak?" Fitri pun tidak pernah bertanya khabar kepada Ayra selepas kejadian seminggu lepas.

"Fit tak tanya khabar dia?" soal Ariana. Fitri hanya diam dan langsung tidak menjawab soalan Ariana. Mereka merenung lagi tempat yang biasa diduduki Ayra.

>>>

"Ayra? Tak nak balik asrama ke?" tanya makcik dayah. Adik kepada ibu Ayra. Dia melihat anak buahnya yang termenung duduk ditangga di hadapan rumah. Dia duduk disamping Ayra.

"Ayra malulah nak hadap orang lagi cil Dayah" adu Ayra. Makcik Dayah menghampiri Ayra. Dia memeluk erat tubuh itu.

"Makcik, kalaulah Ayra tak tolak Oxford dulu mesti Ayra dah berjaya kan sekarang?" ujar Ayra.

"apa cakap macam tu Ayra. Ayraa.. Semua orang ada rezeki masing-masing. Mungkin belum masanya untuk Ayra keluar dari Malaysia? Lagipun dulu Ayra tolak Oxford sebab nak jaga acik kan? Taknak biarkan acik sorang-sorang dekat Malaysia?" ujar makcik Dayah.

"Ayra rindu ibu"ujar Ayra. Air mata sudahpun memenuhi ruang mata. Menunggu untuk jatuh sahaja ke pipi mulusnya.

"shu.. acik pun rindu ibu kamu sayang" pujuk makcik Dayah.

>>>

Ayra melangkah ke arah kelasnya seperti biasa hari ini. Dia cuba mengabaikan gosip-gosip liar dari orang ramai. Kuatkan diri kau Ayra. Dalam perjalanannya ke kelas. Dia terserempak dengan Fitri. 

"alamak, Fitri. Apa aku nak buat ni?" gumamnya sendiri.

"Ayra ke tu?" Fitri cuba mendekati tubuh yang kaku itu. 

"alamak, dia datang sini.." laju Ayra berpusing dan terus membuka langkah seribu. Lari dulu derr.

"AYRA!" kuat Fitri mengmanggilnya. 

Fitri cuba mengejar langkah Ayra tetapi malangnya gagal kerana Ayra masuk ke tandas perempuan. Tak kan la Fitri nak masuk sekali an? karang di cop pervert! Lalu dia mengambil inisiatif untuk tunggu Ayra keluar dari tandas.

Setelah hampir 10 minit, akhirnya Ayra pun keluar dari tandas. Dia kaget akan figure Fitri di hadapannya yang sedang memandangnya. Dia memandang mata hazel itu. Berkelip-kelip dia memandang Fitri.

"eh gajah terbang" dia menunjukkan jarinya dibelakang Fitri. Fitri terus menoleh ke belakang. 

"mana ada gaja.." apabila Fitri berpusing semula, Ayra sudahpun lesap dari situ. Hamperh punya Ayra.

Fitri mempercepatkan langkah lalu mendepakan tangan menghalangi Ayra untuk terus maju.
"Ayra stop!" Fitri.

Ayra berhenti berjalan dan menunggu apa yang hendak Fitri katakan.

"aku nak mintak maaf pasal haritu. Aku salah aku tahu. Tapi aku ada sebab kenapa aku buat macam.." Fitri

Pap.. terhenti kata kata itu akibat tamparan itu. Terasa berpijar di pipi sebelah kiri Fitri.

"sebab apa hah?! Aku dah tahu semuanya lah Fitri?! Aku tak sangka kau macam ni. Pervert!" ujar Ayra.

Fitri terkesima dengan kata-kata Ayra. Dia tidak mengerti dengan apa yang Ayra katakan. Ayra senyum sinis

"kau ingat ni drama ke Fit? Ehh Kahar dah bagitahu akulah. Kerja kotor kau selama ni. Kau ingat aku nak percaya kau?" ujar Ayra lagi. Sungguh dia tidak percaya dengan Fitri sekarang ini. Punah segala kepercayaanya. Dia merenung tajam anak mata milik Fitri.

Fitri mencengkam kuat bahu Ayra. "kau bagi tahu aku sekarang! Apa yang Kahar bagitahu kau?"

"eh lepaslah Fitri!" Ayra cuba meronta.

"bagitahu aku Ayra" desak Fitri.

"aku cakap lepaskan aku Fitri!" Ayra terus menepak kelangkang Fitri. Fitri terus jatuh terkulai di lantai. Ayra terus berlari dan meningalkan Fitri disitu. 

Dia kemudian berhenti disebalik dinding. "fuh selamat" Ayra cuba meneutralkan nafasnya. 

"Ayra?" panggil seseorang. Ayra berpusing kearah orang yang memanggilnya itu. Mulutnya ditekup oleh seseorang. Dia cuba meronta. Dan dengan sekelip mata pandangannya menjadi samar-samar.

TBC

MR'S DAIYAN FITRI (C)Where stories live. Discover now