episod 15

362 30 0
                                    

"okok ni serius ni aku nak bagitahu kau satu rahsia" ujar Fitri serius. Dia menepuk sekali lagi lantai disebelahnya meminta Ayra duduk disampingnya.

"hah? apa dia?" Ayra pun melabuhkan punggung disebelah Fitri.

"ak... ak.." berkerut kening Ayra. Ini apa pasal gagap pulak ni?

"ak.. aku.."

"aku apa?" Ayra menepuk lantai marmar itu.

"aku cinta kan kau!" Fitri jujur. Ayra memandang wajah merah Fitri. Jelas di wajahnya bahawa Fitri tidak berbohong.

Ayra ketawa kecil. "kau demam ke? kau ok tak?" risau la Fitri ni tiba-tiba saja.

"aku tahu pelik. Tapi aku suka kau. Aku cintakan kau sejak kita first time jumpa dulu. Kau adalah orang pertama yang buat aku tak keruan. Kau buat aku tak tenang. Mungkin dengan cara macam ni aku dapat kurangkan beban hati aku sekarang" luah Fitri. Matanya tampak bersinar.

Ayra tergamam mendengarkan ungkapan itu. Lalu dia ingin lari sempat Fitri memegang tangan kecilnya.

"aku dah lama simpan perasaan ni, sejak.. sejak sekolah rendah. Ingat tak? Aku pernah tanya kau berapa keputusan UPSR kau? Itu. Itu aku Ayra masa itu dekat dewan. Kau ingat?" Fitri cuba mengimbau kenangan lalu.

Ayra mengangguk perlahan. Melihat wajah Fitri yang merah itu.

"ye, aku tahu. Aku kenal itu kau. Tapi.. aku tak ada perasaan pada kau" bohong Ayra cuba menarik tangannya kembali.

"tak kanlah, sikit rasa cinta tu tak ada dalam diri kau Ayra?" tanya Fitri lembut. Cuba mencari kebenaran. Ayra menggeleng. 

"aku tak layak untuk kau Fitri" ujar Ayra. 

"apa maksud kau?" 

"kau sempurna Fit. Aku ni tak ada apa pun. Rumah? Keluarga? Dan harta. Aku tak ada semua tu" sambung Ayra.

"cinta? mungkin hati aku dah lama mati lepas.." laju Fitri memotong bicara Ayra.

"aku akan buktikan yang cinta aku tu benar! Aku akan buat kau jatuh cinta kat aku, Ayra" ujar Fitri.

Ayra memandang muka Fitri, dia berkata "hati aku dah lama mati Fit, kalau kau nak tahu. Aku pernah suka kau, dulu, tapi.. lepas kau tinggalkan sekolah tu, aku jadi mati rasa. Semua disebabkan aku tak boleh terima. Aku cuba cari kau semula. Tapi tak jumpa. And now, kau dah ada dekat sini. Depan mata aku. Aku masih lagi anggap kau sebagai seorang kawan Fitri. Aku.. Aku tak cintakan kau." ujar Ayra.

Fitri diam tak berkutik. Mungkin dia tidak bisa menjawab persoalan Ayra.

"kalau kau nak kita still kawan macam dulu. Jangan ungkit pasal ni lagi boleh?" ujar Ayra.

"aku cintakan kau Ayra. Tolong la.. bagi aku peluang untuk curi hati kau. Sekali ni aja. Please? Aku akan buktikan cinta aku pada kau langsung tak pernah pudah sama macam kita sekolah rendah dulu Ayra. Please?" rayu Fitri. Terasa pegangan tangan Fitri semakin melonggarkan, Ayra menarik semula lengannya. Tanpa menoleh, Ayra berjalan meninggalkan Fitri di situ.

>>>

11 buah mesej dihantar oleh Fitri. Ayra membuka Aplikasi WhatsApp dan melihat gambar-gambar yang diambil tadi.

Satu mesej masuk.

'sori. Pasal tadi. Aku tak kan ungkit pasal tu lagi'

Ayra membaca mesej daripada Fitri. Dan menutup telefonnya.

Jam menunjukkan pukul 12 tengah malam. Melihat Farah yang sedang lena dibuai mimpi disebelah kanan Ayra, lalu selimut itu ditarik sehingga ke paras bahu Farah. Ayra mengambil cardigan labuh dan tudung bawalnya lalu dipakai, dia berjalan keluar dari chalet itu. Dia ingin mengambil angin malam.

Memandangkan semua orang sudah pulang ke chalet jadi Ayra perlu senyap-senyap keluar. Ayra berjalan ditepi pantai, dia melihat suasa pantai dimalam hari. Niat hanya ingin mengambil angin malam.

Tanpa dia sedar,i Fitri juga dalam perjalanan pulang ke chalet. Dia ternampak sesusuk tubuh yang cukup dia kenali berjalan seorang diri di tepi pantai. 

"Ayra?" gumamnya sendiri. Fitri kembali berjalan ke arah chalet. Tetapi telinganya menangkap suara seseorang.

"eh ni bukan awek yang si bangsat tu ke?" ujar Kahar. Kahar menghampiri Ayra. 

"hi kau ni awek si Fitri tu kan?" ujar Kahar. Dia cuma merapatkan jarak antara mereka.

Ayra diam, tidak mengerti dengan apa yang cuba Kahar sampaikan

"bu.. bukan" Ayra menafikan. Dia cuba berundur beberapa langkah ke belakang.

"tak payah menipulah. Aku kenallah kau, lama dah aku tengok kau ni. Cantik juga kau ni kan?" ujar Kahar. Dia cuba mencapai lengan Ayra.

"eh, jangan pegang akulah" Ayra cuba melarikan dirinya. Satu tumbukan padu kena tepat di muka lelaki itu.

Mereka semua memandang ke arah sesusuk tubuh lelaki. Lelaki itu menarik Ayra untuk berlindung dibelakangnya. Ayra hanya mengikuti lelaki itu.

"kau nak apa Kahar? Jangan kau usik dia" Fitri memberi amaran. Panas juga hatinya apabila dia melihat kekasih hatinya cuba diapa-apakan oleh musuhnya.

"waalaikumussalam, hebat salam perkenalan kau kan?" dia memegang bibir yang luka akibat ditumbuk Fitri. "okok, macam nilah, memandang rezeki aku jumpa kau kat sini, apa kata kita setel cara elok? Ok?" ujar Kahar. Tangan turut disilangkan ke dada.

"apa dia?" 

"senang, kau bagi awek kau tu kat aku, kira dendam ride hari tu setel? Boleh?" dia memetik jari dan anak-anak buahnya terus memegang Fitri. Berkerut wajah tampan itu.

Ayra terus ditarik ke dakapan Kahar. Ayra meronta-ronta minta untuk dilepaskan. Dada Kahar turut ditamparnya. "lepaskan aku!"

"kau jangan sentuh dia kahar!" marah Fitri. Dia cuba untuk melepaskan dirinya daripada sekumpulan lelaki yang memegangnya.

"lepaslah" Ayra masih lagi meronta-ronta.

"ehh diamlah perempuan. Kau jangan sampai aku bagitahu dia hal sebenar!" ugut kahar.

"kurang ajar kau" sebijik penumbuk melekat di pipi Kahar. 

"tak guna! Pukul dia!" arah Kahar. Fitri dibantai teruk oleh sekumpulan lelaki. Dia akhirnya jatuh terkulai, dia kelihatan sangat lemah disitu.

"sudahlah, jangan siksa dia lagi!" rayu Ayra. Tanpa dia sedari dia telah menitiskan air matanya.

Melihat keadaan Fitri yang mulai melemah itu Kahar mengarahkan kawan-kawannya untuk berhenti"cukup. Dah kang mati pulak anak orang kaya ni, dah jom bla" Mereka berenam pun beredar dari situ. 

Ayra mendekati tubuh yang terbaring diatas pasir. Dia cuba membantu Fitri untuk bangun. 

"FITRI!!!"

TBC

MR'S DAIYAN FITRI (C)Where stories live. Discover now