episod 16

342 30 0
                                    

Ayra mendekati Fitri sambil menangis. "ya Allah Fit, aku mintak maaf" tersedu-sedan dia menangis melihat Fitri yang tidak bermaya itu. 

"bu.. bukan.. salah kau.. kau-kau tak apa-apakan?" soalnya dengan nada tak bermaya. Dia memegang tangan kecil Ayra. Dengan kekuatan yang ada Ayra memapah Fitri balik ke chalet mereka.

Ayra mengetuk pintu rumah itu dengan kuat agar penghuni di dalam dapat mendengari mereka. Apabila pintu dibuka, muncullah Farhan. Farhan agak terkejut dengan wajah lebam Fitri. Bakpo lebam-lebam ni, Ya Allah.

"ya Allah abang!, macam mana boleh jadi macam ni?" Farhan cemas. Kini Farhan pula memapah Fitri ke arah sofa yang berada di dalam Chalet itu. 

"akak, abang? Macam mana boleh jadi mana ni?" Farhan menyoal.

"Fitri kena pukul. Dengan 5 orang lelaki. Tadi dia nak selamatkan akak, semua salah akak" lalu Ayra menangis lagi.

Tanpa banyak bicara Ayra terus mengambil ais yang berada di dalam peti sejuk dan menuamkannya di bibir Fitri.

Mendengar bunyi bising yang datang dari ruang tamu. Hal itu telah menyebabkan Puan Tania dan Encik Adrian pun keluar dari bilik.

"kenapa bising-bising ni?" Puan tania melihat anaknya yang kelihatan tidak bermaya itu.

"ya Allah kenapa ni Fitri?" puan Tania mula cemas melihat anaknya yang tidak bermaya. Dia menghampiri anaknya.

"kau kenapa ni abang?" ujar Farah yang tiba-tiba muncul. Tersedar daripada tidur kerana bunyi bising  yang datang dari luar bilik.

"Abang kena pukul" jawab Farhan.

"kes apa pula kali ni?" tanya encik Adrian setelah lama berdiam. Sepernya dia tahu bahawa anaknya suka buat masalah.

"Kahar, dia tak puas hati dengan Fit, sebab... sebab dia kalah lumba hari tu, lepas tu dia cuba kacau Ayra, tu yang Fit tumbuk muka dia" Fitri menerangkan secara ringkas.

"Fitri! Kamu berlumba lagi?" Puan Tania sempat dipukul lengan Fitri. Alamak kantoi

Senyum senget diberikan kepada mummynya.

"bertuah punya anak. Patutlah dia buat kamu macam ni...." dan seterusnya bebelan demi bebelan  terima oleh Fitri. 

>>>

Mereka telah bersiap-siap untuk pulang ke Villa milik encik Adrian. Manakala Ayra perlu pulang ke asramanya.

"tak pasal-pasal kena muka lembab. Lain kali berlumba lagi, suka cari masalah. Padan muka" sindir puan Tania.

"my.. Iyalah mummy. Fit salah" 

"Farhan, kamu bawak balik kereta abang kamu ni. Bawak sekali kak Ayra kamu balik asrama dia" arah Puan Tania.

"baik mummy" ujar  Farhan.

>>>

Maka mereka bertiga masuk ke dalam perut kereta Fitri dan terus bergerak menuju ke universiti. Dalam perjalanan, Ayra perasan bahawa Fitri langsung tidak memandangnya. Dia mengambil telefon pintarnya lalu menekan chat dengan Fitri lalu dia menaip.

'sorry'

Fitri melihat notifikasi di telefon pintarnya, namun dia hanya mengabaikan mesej tersebut. Mata terus dilelapkan. Farhan yang perasan akan tindakan pelik dari abangnya terus memalingkan muka ke arah jalan.

"apahallah orang tua ni. Merajuk ke?" gumam Farhan sendiri. 

Melihat tindakan Fitri, Ayra tak senang duduk. Dia masih lagi gelisah kerana Fitri mengabaikan mesejnya. Sampai hati kau Fitri....

TBC

MR'S DAIYAN FITRI (C)Where stories live. Discover now