episod 26

345 27 0
                                    

Keluarga pak long, pak ngah, dan keluarga pak ucu pun telah tiba di rumah kampung milik puan Zaiton. Semua orang berkumpul di ruang tamu dan ingin berkenalan dengan menantu baru. Ayra.

"ni la Ayra, orang nya comel sahaja. Umur dia pula sama dengan Fitri" Puan Tania memperkenalkan Ayra.

"hah.. cantik betullah kak Ayra ni. Macam model" ujar Yanti. Salah seorang anak kepada pak ngah.

"haah. Bila tengok balik, memang cantik macam model" sambung Huda. Anak kepada Pak Ucu.

"memang model pun. Bukan setakat model je. Nii pelakon tauu" celah Farah setelah lama menyepi.

"hah? Serius la. Cerita apa belakon?" sampuk Epul. Ada pelakon dalam rumah ni?

"ehh tak de la. Akak belakon teater je kat uni akak. Mana pernah berlakon dalam tv tu semua" ujar Ayra.

"ouh"

"akak. Ajar la kitaorang macam mana nak jadi cantik macam akak?" ujar Sarah, anak pak long.

"senang je. First main basketball pastu. Tunjuk semua skill yang ada. Lepastu nanti muncul la stalker..." laju tangan Fitri menutup mulut Ayra.

"kenapa? Betul apa?" Ayra memandang muka Fitri.

"shhuu. Kantoilah" Semua yang melihat adegan itu terus ketawa terbahak-bahak.

"hahaha. Aduii comellah korang ni" kata mak long dan mak ngah serentak.

"sudahlah tu. Mari la kita masak. Lepas maghrib ni nak buat doa selamat. Anak dara oi. Tolong tok ma ni jom" ajak puan Zaiton.

"baikk!" kata keempat orang cucu perempuannya.

"Ayra nak join?" celah Ayra. Basuh pinggan pun jadilah.

"boleh.. tapi pergi bazar dengan abang sana" arah Farah.

"ala. Tapi akak nak tolong dekat dapur" ujar Ayra. 

"ok. Tapi akak basuh potong buah je"

"baik" teruja dia. Akhirnya dapat juga dia membantu. Dari pagi dia offer diri. Sorang pun tak mahu bagi dia tolong.

Maka, kaum hawa pun melangkah ke arah dapur bersama sama. Manakala kaum lelaki pula, hendak menyusun kerusi dan meja di bawah khemah di luar rumah.

Jam menunjukkan pukul 6:30 petang. Ayra keluar mencari kelibat suaminya.

"abang?" panggil Ayra.

"yes. Flower? Kenapa?" 

"tolong angkat periuk kat belakang dengan Epul ke. Siapa-siapa la. Berat tu" 

"Epul pergi bazar dengan Azhar. Farhan! Jom" mereka pun mengangkat periuk besar itu.

Setelah Epul dan Azhar pulang dari bazar. Ayra melihat Azhar membawa motor Yamaha MT-15 milik Epul.

Ayra terpegun melihat motor itu. Macam kenal "Epul?. Motor Epul ke?" tanya Ayra. 

"ni?" jari telunjuk menunjuk kepada Motor disebelahnya.

"haah. Motor Epul" Epul mengangguk beberapa kali.

"Epul beli mana motor ni dulu?" soal Ayra.

"oh. Epul beli kat sorang brother ni. Kalau tak silap nama dia. Khalef. Khalef Haiden" cerita Epul.

Terbeliak mata Ayra.

"laaa. Seriuslah Epul. Itu. Itu Arwah Abang Ayra tu" 

"laa yeke. Hmm kebetulan sangat" 

"Epul akak nak bawak boleh. Rindu ah nak bawak motor ni!" 

"reti ke?"  berkerut kening Epul. Kecik molek ni nak bawak motaor besar? Boleh ke? Ayra menghidupkan enjin motosikal itu sambil memulas-mulas handel.

Fitri yang terdengar enjin motor dihidupkan terus melangkah keluar dari rumah.

"eh sayang?" 

"abangg!!" Ayra menjawab mesra.

"sayang nak pergi mana?" soal Fitri.

"ronda-ronda kampung. Abang nak ikut?" pelawa Ayra.

"biar Abang bawak" Fitri melangkah ke arah isterinya.

"tapi Flower nak bawakk" Ayra bernada manja. Manja kali dia.

"tapi bahaya la" Fitri.

Ayra pun memulas-mulas handel minyak itu. "abang nak ikut tak nak. Tinggal kang" ugut luu.

"yeye nak naik la ni" Fitri. Kemudian dia naik juga ke atas motor tersebut.

Gear dimasukkan lalu clash dilepaskan perlahan-lahan dan vooommm..

"slow sayangg!!!!" Fitri memeluk kuat Ayra di belakang.

>>>

Setibanya di rumah milik Puan Zaiton. Semua ahli keluarga telah berkumpul di dalam rumah. Menunggu kepulangan pasangan itu. Apabila mendengar enjin motor di matikan semua mata ke arah pasangan itu.

"abang dah kata slow kan?" marah Fitri. Tapi masih lagi dengan nada lemah lembut.

"lah. Lek ah. Siapa yang suruh lembu tu duduk situ. Nasib baik tak langgar" 

"sayang tu bawak macam kena kejar lembu dah kenapa?" sambung Fitri.

"Ayra yang bawak?!" kuat Puan Tania bertanya.

"err. Mummy.. relex ni semua salah. Ayra my. Jangan salahkan Fitri. Dia dah halang tadi tapi Ayra yang degil my" Ayra mengaku bahawa dia yang bersalah dalam hal ini. 

"sudah! Siap kamu berdua ye malam ni. Pergi siap sekarang. Dah nak berbuka dah. Ehh dua ketul ni!" Marah Puan Tania.

"sudah la tu sayang" pujuk Encik Adrian.

"tengok awaklah ni" Ayra mengiku suaminya.

"eh abang pulak. Sayang la" mereka sambil membalas.

"sudah! Tercegat apa lagi. Pergi mandi sana! Cepat!" arah Puan Tania.

Maka mereka berdua pun tergesa-gesa menuju ke bilik mereka dan mandi. Semua yang berada di situ ketawa melihat pasangan tersebut. Itulah pasal. Kahwin dengan kawan baik sendiri kan? Begitulah jadinya.

"maaflah semua. Dua ketul tu minat dorang sama. Motor besar. Saya dah halang dah. Naik jugak. Ehh geram betul" ujar Puan Tania.

"alah. Biasa la tu Tania. Angah dengan abang dulu pun macam tulah juga nya" mak ngah bersuara.

"serius la" serentak semua orang yang berada di ruang makan itu.

TBC

MR'S DAIYAN FITRI (C)Where stories live. Discover now