Fitri berjalan ke kelasnya seorang dirinya ikuran Hayyan yang terpaksa pulang ke rumahnya atas alasan kematian salah seorang ahli keluarganya.
Intan bersama beberapa orang rakannya sedang berbual dibahu jalan, dan salah seorang daripada mereka terlihat kelibat Fitri.
"Intan? tu crush kau. Dia sorang tu. Pergilah tegur" ujar rakannya. Mereka tersenyum-senyum sumbing.
"ish! Korang ni.. Malulah" ujar Intan. Member tu sudah tersimpul-simpul malu.
"pergilah cuba nasib, tegur dia" ujar salah seorang rakannya lagi. Tubuh kecil itu ditolak mendekati jejaki yang sedang berdiri meneliti papan kenyatan yang berada di ruangan kaki lima itu. Dia cuba memberanikan dirinya untuk menegur Fitri.
"Hi Fitri" mesra intan menyapa sambil tangan dihulur untuk bersalaman. Fitri berhenti disitu. Melihat tangan itu tanpa rasa ingin menyambutnya. Sempat dia menjeling Intan.
Dia tidak mengendahkan Intan yang berada disitu dan terus berjalan masuk ke kelasnya.Intan agak terpinga-pinga dengan hal yang berlaku. Fitri langsung tidak menghiraukannya? Siap jeling lagi. Dia mengempal erat tangannya tanda marah. Kakinya terus melangkah ke arah rakan-rakannya yang berada tidak jauh dari situ.
"sia-sia je, dia tak layan" ujar Intan.
"maaflah Intan, mana kami tahu, biasanya kalau kau tegur lelaki, mesti dorang takkan abaikan kau macam tu"
"aku dah kata sebelum ni, Fitri tu lain" kaki laju meninggalkan rakan-rakannya.
>>>
Selesai kelas pagi itu, Fitri berjalan menuju ke kafeteria, dalam perjalanan itu, telefon pintarnya berbunyi kuat, menandakan ada orang menelefonnya.
Laju dia mengankat panggilan itu. Mummynya. Kusyuk bercerita dengan mummynya sehinggakan dia berlanggar dengan seseorang yang membawa kotak.
"aduh" Fitri mengaduh sakit.
"ehh sori" ujar lelaki itu. Selesai meminta maaf, lelaki itu terus beredar dari situ.
"nasib baik cakap sori! kalau tak hilang biji mata kau!" omel Fitri sendiri. Fitri melihat lengannya yang terluka akibat perlanggaran itu. Bukan main tajam lagi bucu kotak itu. Lukanya tidaklah dalam, teteapi menitis jugalah darah.
Fitri melangkah ke arah klinik kesihatan yang berada kurang dari 50 meter dari tempat dia berada sekarang.
Tiba sahaja di klink itu, pintu kaca itu ditolak. Tetapi langsung tiada orang didalam, jam dipergelanggan tangan dilihat, patutlah. Sekarang adalah masa rehat. Dia terus mengambil kotak berisi ubat gamat dan plaster yang tersedia disitu. First aid.
Tiba tiba kedengaran bunyi sesuatu jatuh, dia mengintai di katil sebelah. Kelihatan seorang gadis yang sudah selamat berada dilantar marmar. Mata mereka saling bertatapan, lama keadaan begitu. Berubah tona warna milik Ayra. Lalu Fitri gagah kan dirinya untuk menghulurkan bantuan.
Dia memimpin tangan Ayra untuk duduk semula di atas katil. Nasib baik mood Ayra baik pada hari ini. Dia memandang wajah kacak Fitri.
"terima kasih" Ayra berkata sambil tersenyum nipis kepad Fitri.
Bagaikan terkena senapang gajah. Telinga Fitri memerah. Mungkin terpahan dengan senyuman mengancam Ayra? Sabar Fit! gumamnya.
Fitri hanya mengangguk. Tiba-tiba mata Ayra tertangkap pada darah di lengan Fitri yang menitis terkena pada cadar katil, laju dia menahan Fitri.
"asal dengan tangan kau?" Ayra risau melihat bahagian lengan Fitri yang mula memerah itu. Hujung lengan baju Fitri turut kotor dek kerana darah yang menitis.
YOU ARE READING
MR'S DAIYAN FITRI (C)
RomanceKarya sulung Pertemuan mereka bagaikan deja vu, apabila seorang perempuan dalam usahanya untuk menurunkan berat badan telah dipertemukan oleh seorang jejaka tampan disebuah padang bola. "aduh! Siapalah makhluk yang sepak bola nii? Ish kuajar betul"...