Ayra membuka matanya apabila suara Puan Tania memanggilnya. Lekas dia menjatuhkan kakinya dibawah katil. Lalu dia berjalan mendekati pintu. Pintu dikuak sedikit.
"mummy?"
"Ayra bangun. Kejut Fitri tu. Sahur jom?" pesan Puan Tania.
Ayra mengangguk. Lalu pintu ditutup kembali, Ayra mendapatkan Fitri. Tubuh itu digoncang pelahan.
"abang? Bangun bang? Sahur?" kejut Ayra.
"hmm" hanya itu jawapan Fitri. Lalu dia mengucup pipi putih Fitri. Fitri terus membuka matanya.
"bangunlah bang. Nanti lambat. Semua dah ada dah tu" ujar Ayra lagi. Ee biawak ni tidur. Bukan reti bangun.
"erm. Ayra ni pagi-pagi dah goda abang kan?"
"mana ada"
"iya ke. Kenapa cium pipi abang?"
"nak suruh bangun?"
"dah jom la" lengan Fitri di tarik agar turun dari katil. Mereka melangkah keluar dari bilik dan menuju ke dapur.
Usai sahur. Mereka sekeluarga menunaikan solat subuh berjemaah. Sudah lama rasanya suasana begini tidak berlaku.
Keluarga puan Tania memutuskan untuk pulang pada hari ini. Selepas sahaja subuh mereka sekeluarga mengemas barang keperluan.
"awalnya balik, Tania?" tanya puan Zaiton apabila melihat Fitri dan Farhan mengangkat barang dan memasukkan kedalam bonet kereta.
"ibu. Petang ni saya ada meeting. Itu yang kena balik tu. Urgent katanya. Kalau ada si Fareq tu balik bolehlah dia tolong uruskan. Nak harap si Fitri tu. Lambat lagi la. Dia pun belajar lagi" kata Encik Adrian.
"tu la. Gatai sangat nak kahwin tu. Tolong papa dia tak mau!" sindir Puan Zaiton.
"tok maa??"
Farah, Farhan dan Ayra sembunyi tawa mereka. Padan muka abang.
"Iyan boleh je tolong papa. Papa kata dia nak bagi syarikat tu kat abang. Jadi Iyan tak kacaulah?" ujar Fitri lagi.
"eleh ye la tu" Puan Zaiton.
Mereka bersalaman. Ayra menyalam tangan Puan Zaiton. Lalu puan Zaiton memesan " jaga diri naa. Nanti mai sini. Tak pun raya sini je. Heret sekali si Dani tu sekali"
" insyaallah tok maa" kata Ayra
Lalu Ayra menyalam tangan mak long, mak ngah dan mak ucu. Seterusnya Sarah, Yanti dan Huda.
"kak. Kitaorang tak sabar nak tunggu junior abang keluar" laung Azhar dari tingkat atas. Dia duduk di beranda rumah kayu itu bersama beberapa orang yang lain.
"betul tu kak. kalau boleh yang comel-comel tau" ujar Epul pula. Memerah muka Ayra. Ada ke boleh minta macam tu? Ingat apa? Proses memejadian manusia tu sekali je buat terus molek? Banyak prosedur tahu?
"eh apa kamu berdua ni. Malu la kak Ayra kamu" marah Puan Zaiton.
"ala. gurau sikit je tok maa" ujar Epul.
"kamu tu. dah keje kan. Pergi cari bini sana. Sibuk kacau kak Ayra kamu. Dia belajar lagi. Nanti siapa nak tengok anak dia?" tanya Puan Zaiton
"abang kan ada?. Sapa suruh gatai sangat kahwin awal? Kena la bertanggungjawab kan. tak gitu Azhar?" ujar Epul sambil menepuk bahu Azhar.
"eh banyak boraklah kau" sapuk Sarah.
Epul mendekati Fitri. "bang ubat dah dapat kan?" tanya Epul separuh berbisik.
"dah dah. Cantik punyaa" bisik Fitri.
Lalu Azhar berkata " gudluck bang. Jangan kecewakan kitaorang" dengan nada perlahan. Sempat dijeling Ayra sekilas.
"bang bang. pengeras nya bang?" tanya Epul.
"insyaallah" Fitri turut menghulurkan 4 keping not 100 kepada Epul dan Azhar. Laju kaki Farhan mendekat mereka bertiga.
"aku tak de bang?" soal Farhan.
Fitri turut menghulur 2 keping not 100 kepada Farhan.Farhan senyum kemenangan. Abangnya ini banyak duit. Kongsi rezeki apa salahnya kan? Benar.
Selesai bersalaman, mereka memasuki perut kereta. Keluarga Encik Adrian pulang ke Kuala Lumpur pada pukul 8:30 pagi.
>>>
"ubat apa yang abang borak dengan dua ketul tu? Sampaikan Farhan pun join sekali?" tanya Ayra
"nothing lah sayang" ujar Fitri.
"eleh tak ada apa konon. kalau Ayra jumpa ubat tu. Ayra sumbat kat mulut abang banyak-banyak. Biar overdose" ugut Ayra. Tak nak bagitahu ye?
"haah. Overdose cintakan sayang?" Fitri mengeluarkan ayat cintanya.
"ceh. Geli dengar" meluat Ayra.
"sayang merajuk lagi ke pasal semalam?" soal Fitri.
"tak ada la. Dah la malas la cakap dengan abang"
"jangan macam tu sayang"
"ni abang nak tanya ni? betul ke motor tu Arwah khalef yang punya?" Soal Fitri. Cuba menukar topik.
Ayra mengangguk. "ye sebab Ayra ingat motor tu. Dulu abang jual sebab nak Ayra sambung belajar. And Ayra adalah orang yang first rasmi motor tu" cerita Ayra.
"really?... patut la sayang pandai bawak motor abang. rupanya dah pro dari dulu"
"tapi yang penting abang tetap kagum dengan Ayra. Dah la cantik. Pandai berlakon. Pandai masak. Senyum pun lawa. Mesti muka Ayra ada iras iras. abang Ayra kan?" duga Fitri.
"kalau abang nak tahu. Muka kitaorang ni macam copy paste tahu" ujar Ayra. Ayra memandang keluar tingkap.
"abang nak dengar cerita tak?" tanya Ayra.
"nak nak. mesti cerita pasal arwah abang Ayra kan? Fitri
Ayra mengangguk. Sempat Fitri menjeling Ayra sekilas sebelum matanya tertumpu semula di jalan raya.
TBC
YOU ARE READING
MR'S DAIYAN FITRI (C)
RomanceKarya sulung Pertemuan mereka bagaikan deja vu, apabila seorang perempuan dalam usahanya untuk menurunkan berat badan telah dipertemukan oleh seorang jejaka tampan disebuah padang bola. "aduh! Siapalah makhluk yang sepak bola nii? Ish kuajar betul"...