episod 4

481 33 1
                                    

"Ayra! Ayra!" panggil Ariana. Cuba mengejutkan Ayra yang sedang tekun menarikan jarinya di atas keyboard laptop. Dia duduk melunjurkan kakinya di atas katil single. Seperti anda yang sedang membaca.

Ayra yang sedar akan dirinya dipanggil terus tubuh itu berpaling melihat gerangan si pemanggil.

"oh kak Ari, kenapa?" Ayra menyoal. Tampak muka Ariana sedikit berpeluh. Mungkin baru sahaja berlari pulang ke asrama?

"Ayraaa, Ayra boleh tolong akak tak?" Ariana. Kedua bahu Ayra dipaut perlahan. 

"tolong apa tu akak?" ujar Ayra. Minta tolong? Jarang-jarang kak Ari mahu meminta tolong darinya. Pasti ini hal yang mustahak!

"watak utama akak ada emergency call dari parents dia, malam ni ada persembahan yang hari keusahawanan tu. Akak.. akak tak ada pengantin.." Ariana menerangkan secara ringkas tentang apa yang diberitahu oleh watak utama tersebut akan ketidakhadirannya pada majlis itu.

"Jadi akak nak mintak tolong Ayra boleh? Tolong jadi watak utama tu please" Ariana merayu. Wajahnya di comelkan sebaik mungkin untuk mencairkan hati beku Ayra. Ayra pun boleh tahan beku juga.

"WHAT?" Ayra kaget.

"tolong la akak Ayra, akak dah tak tahu dah siapa patut akak mintak tolong, Ayra je akak ada" Ariana merayu lagi. Tolonglah percayakan akak. Detisnya di dalam hati.

"Tapi kan akak, Ayra tak hafal skrip pun lagi. Macam mana Ayra nak berlakon?" Ayra cuba menolak dengan cara yang baik.

"it's okay Ayra, akak ada" Ariana menayangkan wajah yakin kepada Ayra. Persoalannya sekarang ni? Mampu kah Ayra menghafal dialog kurang daripada 1 jam? Bolehkah dia berlakon tanpa rehearsel. Dan ini kali pertama dia naik ke pentas terulung itu.

>>>

"Pergi siaplah hayyan, kejap lagi sketsa tu nak mula kan" Fitri mengarahkan Hayyan yang masih helok baring di atas katil.

"sabar la Fit, awal lagi" hayyan masih meng skoll tik tok. Ada Video jedag jedug baru... Paku paku seng, paku lima dalam kain..

"nanti tak ada tempatlah goblok" Fitri membaling bantal busuk Hayyan tepat ke arah mukannya. headshot!

"yela yela" Hayyan terus bangun dari katil, telefonnya dicampakkan diatas katil dan kemudiannya dia masuk ke dalam kamar mandi.

>>>

Persembahan dimulakan dengan bacaan doa daripada ketua pelajar iaitu Ahmad.

Sekarang tibalah giliran sketsa bisik pada hati  daripada pelajar. By the way, ini adalah remake semata-mata.

Di atas dewan itu kelihatan seorang pelajar perempuan bernama Tasnim yang sedang menonton televisyen.

Ayra melangkah ke atas dewan, dia memulakan dialognya. 

"kau nak tahu tak kenapa aku buat semua ni? Sebab aku tak nak dia sedih je, and now kau dah beranak kan dah pun anak ni" ujar Ayra senada. Dia merapatkan jaraknya dengan Tasnim.

"apa akak cakap ni kak?" Tasnim jelas terkejut dengan tindakan Ayra. Wajahnya berkerut. Tiadak mengerti dia dengan bicara Ayra.

"aku nak kau tinggal kan dia" ujar Ayra. Terkesima Tasnim. Benarkah ini Ayra yang dia kenal?

Tiba-tiba datang seorang lelaki dibelakang Ayra, suaminya, Ryan. Malangnya apabila berbualan tadi di dengar Ryan.

"Ayra?" Ryan jelas terkejut dengan apa yang dikatakan Ayra. Wajahnya tersimpan beribu tanda tanya.

MR'S DAIYAN FITRI (C)Where stories live. Discover now