episod 2

541 34 0
                                    

Setelah tamatnya taklimat pada hari ini, semua pelajar berjalan keluar dari dewan. Ayra seperti kebiasaannya akan ke kafeteria untuk makan tengahari. Rutin setelah tamatnya kelas pagi. Perut pun sudah mogok beberapa kali di dalam kelas tadi.

Pada masa yang sama, Hayyan dan Fitri juga ingin keluar dari dewan itu dan terserempak dengan Ayra. Mereka berhenti dihadapan pintu keluar itu.

Melihat Ayra yang membuka pintu, laju kaki Fitri keluar dari dewan itu meninggalkan Hayyan yang masih lagi di depan pintu. Terkebil-kebil Hayyan. Ayra dan Hayyan saling berpandangan. Tergeleng kepala Hayyan dengan sikap Fitri.

Ayra geram dengan lelaki itu, terus dia mengomel sendiri 'eh mamat ni, dia ingat dia siapa? Raja ke nak kena buka kan pintu, ehh sabar je la' Lalu Ayra berjalan keluar dan terus berjalan ke kafeteria di universiti itu.

"Ya allah laparnya" Ayra. Lalu dia melihat menu yang berada di atas kaunter kedai itu. Mi goreng basah menjadi pilihan utama Ayra.

"Acik, mi goreng basah satu, dengan air teh o ais satu" pesan Ayra. Senyuman manis diberikan kepada mak cik itu.

"baik Ayra" mak cik itu terus membalas senyumannya.

Makcik Laila sudah mengenalinya sejak dia berada di sem satu lagi. Menu yang sering Ayra oder adalah Mi goreng basah. Jarang Ayra akan oder nasi. 

Selesai mengambil makanannya dia terus mencari tempat kosong. Meja paling hujung dan dekat dengan singki dipilihnya. Dia melabuhkan punggung di kerusi yang disediakan. Kemudian doa makan dibaca, sesudu mi disuap ke mulutnya. Ayra kelihatan bahagia.

Sedang Fitri dan Hayyan mencari tempat kosong untuk mereka makan, hanya ada dua kerusi kosong dimeja yang diduduki Ayra. Lalu Hayyan mengagahkan diri untuk bertanya. 

"Hi?" Hayyan menegur mesra. Tak lupa juga dengan senyuman manis di bibirnya.

Ayra yang melihat Hayyan bersama muka beku Fitri terus menjawab.

Ayra mengangkat muka, dia melihat dua orang jejaka yang tadi dimuka pintu dewan. Melihat makanan dan minuman yang dipegang mereka, pasti mereka mahu duduk disini.

"kosong, duduk la" Ayra mempelawa dua ketul lelaki itu duduk dimejanya. Tak lupa juga senyuman manis terukir dibibirnya. 

Hayyan agak terkejut dengan pelawaan itu. Dia belum memberitahu lagi bahawa mereka mahu tumpang duduk disitu. Lalu dia menghadiahkan Ayra dengan senyuman lagi manis bak potong kaki. Malah sikit pun Ayra tak terkesan.

Mereka duduk di situ. Hayyan mengambil tempat di sebelah Ayra manakala Fitri mengambil tempat bertentangan dengan Ayra.

Hayyan memulakan bicaranya.

"hi, nama saya Hayyan" Hayyan mulakan salam perkenalan.

"Ayra" balas Ayra.

"ohh Ayra, comel nama tu, macam orangnya" sempat Hayyan menjeling Fitri. Ayra hanya senyum memandang Hayyan sambil di perhatikan oleh Fitri. Panas saja hatinya.

"ohh ha yang muka beku ni, nama dia Fitri" Hayyan memperkenalkan rakannya yang sudah seperti ais itu. Tak bercakap dan hanya memerhati tindak-tanduk mereka berdua.

"ohh" Ayra tersenyum nipis kepada Fitri. Tetapi jelingan yang dibalas Fitri. 'eyyy. mamat ni! korek biji mata tu kang. gue dah senyum balas la balik!'

"maaflah Ayra. Fitri ni memang macam ni, beku orangnya. Senang cerita, tak ada perasaan. Tapi hati dia lembut je" ujar Hayyan. Tanpa basa-basi Fitri terus memijak kaki Hayyan. Harer betul.

Hayyan berdetis kecil. "aduh" berkerut dahinya.

"kenapa?" soal Ayra. 

"tak.. tergigit lidah" Fitri tersenyum sinis. Makan tu Hayyan. Berani kau burukkan aku. 

"pasal semalam tu, Ayra jangan ambik hati ye, sebenarnya saya yang sepak bola tu, tup tup Fitri pula yang kena marah, sori tau" Hayyan meminta maaf. Ayra terus berpaling kepada Hayyan.

"oh awak ke yang buat? It's okay la. Tak sengaja kan? Saya okay saja" ujar Ayra . Dia tidak terasa pun pada Hayyan. Tapi pada Fitri YE.

Ayra menghabiskan makanannya. Dia meletakkan pinggan tadi di dalam besen yang telah di sediakan oleh pihak kebersihan.

"Okaylah, Ayra balik dulu ye. Jumpa lagi" Ayra berjalan meninggalkan dua ketul rakan baik itu.

"oh okok, bye" sempat Hayyan melambai tangan ke arah Ayra. Fitri pula hanya menjadi pemerhati.

Setelah kelibat Ayra tidak kelihatan Fitri terus menegurnya.

"bukan main mesra kau ek?" Fitri menyindir rakannya. Sesudu bihun disuap ke mulutnya.

"Hehe. Lawa tu weh" Hayyan memuji Ayra. Dia turut tersenyum manis. Dah macam orang angau saja gayanya. Fitri mengetuk meja. Menyentakkannya.

bom!

"ni dengarlah aku cerita ni. Dia marah aku sebab kotorkan tudung dia semalam. Dia pun satu pergi pakai tudung putih buat apa? Padan muka, pastu mula-mula itu aku dah mintak maaf dah. Pun kena jugak. Ehh sabar je la" cerita Fitri. Geram betul dia dengan gadis itu. Sudu yang dipegangnya digenggam kemas.

"hahaha dia marah kau. Pada muka! mulut tak ada insurans!" Hayyan menyindir semula Fitri. Berdekah dia mempertawakan Fitri.

"apa kau cakap?" Fitri berang dengan kenyataan yang betul itu.

"Tapi kau perasan tak? Dia macam tak ada kawan je aku tengok. Sorang-sorang je dia" Hayyan terus menukar topik. Air sirap diteguk rakus.

"tak reti berkawan la tu, tengok la dia layan kau macam mana? Dengan aku jeling-jeling je" sambung  Fitri senada.

"eyy, cemburu ke?" Pandangan mata helang dihadiahkan untuk Hayyan. Semakin galak Hayyan mempertawakan Fitri. Suka dia kenakan kawan sendiri. "bukan kau ke jeling dia dulu? Kau tu yang beku je, tak pandai ramah langsung, sebab tu lah dia tak layan kau" Hayyan memberi tahu lagi kenyataan.

"banyak la kau!" tempik Fitri.

Kedengaran telefon pintar miliknya berbunyi. Nombor tak dikenali. Terus Fitri mematikan panggilan itu. Buat semak je call-call orang.

"kau tahu? Anak cikgu Zainal yang sebaya kita tu?" Hayyan membuka cerita. 

"ha kenal. Perempuan tu kan?" 

"dah kahwin dah weh" ujar Hayyan.

"awal"

"aku dengar cerita, kahwin paksa. Tak tahulah" ujar Hayyan lagi.

"pandai je kau" duga Fitri. Hayyanmenayangkan wajah bekunya. 

"suka hatilah. Nak percaya ke tak nak percaya ke. Tapi tengok gambar ni" telefon bertukar tangan. Fitri mencapai telefon milik Hayyan. Terpapar gambar perkahwinan seseorang. 

"jantan tu, sebelah pengantin lelaki. Kau lupa dia siapa?" ujar Hayyan lagi. 

"mestilah aku kenal. Kahar" ujar Fitri. telefon itu diserahkan kembali kepada Hayyan. 

TBC































MR'S DAIYAN FITRI (C)Where stories live. Discover now