Setelah memberi salam kedua, ketukan dari luar bilik mengejutkan Ayra.
"Ayraaa sayanggg?" ujar Kahar mersa sambil membuka pintu kayu itu. Pintu bilik dibuka. Kahar melangkah masuk ke dalam. Ayra masih lagi diatas sejadahnya.
"mesti kau lapar kan? Nah. Ni makan" ujar Kahar. Bungkusan nasi lemak itu diletakkan diatas nightstand.
"aku kenyang lagi" ujar Ayra tak berperasaan.
"it's okay Ayra, tapi makan tau sayang?"
"ok la. Aku nak kena balik rumah mummy balik ni. Jangan lari ya sayang sebab kat sini tak ada jalan keluar. Paling-paling pun sepuluh batu jauh tuu. Ok gudluck" ujar Kahar lagi. Kahar terus berjalan keluar dari bilik dan meninggalkan Ayra di rumah agam itu berseorangan.
Ayra buntu. Bungkusan nasi lemak itu dipandang kosong. Nak makan ke? Kalau dia bubuh racun macam mana? Lalu dia memeriksa setiap inci rumah itu. Dia meninjau setiap sudut perabot yang tersusun di rumah agam itu.
Kemudian dia masuk semula ke dalam bilik yang mula mula dia sampai di rumah agam itu. Oleh kerana dia sering menonton filem-filem misteri yang melibatkan penculikan maka dia memeriksa setiap sudut bilik yang dia duduki. Manalah tahu ada CCTV.
Setelah menutup lampu, dia terlihat lampu berwarna merah berkelip-kelip.
"gotcha!" lalu dia memusingkan patung beruang tersebut ke belakang.
"aku tak bodoh tau Kahar" ujar Ayra. Malam ini dia hanya memeriksa setiap inci dan sudut dirumah ini. Ada sesuatu yang dirancang oleh Ayra.
Subuh pun tiba, Ayra duduk di penjuru katil. Dia mengenangkan nasibnya selepas ini? Boleh ke buat semua ini? Berjayakah misiku untuk melepaskan diri?
Lalu pintu bilik itu dibuka dari luar. Ayra masih lagi duduk membelakangi Kahar. Bungkusan nasi lemak yang langsung tidak berusik itu dipandang kosong.
"sampai bila kau nak kurung aku Kahar?" Ayra. Tingkap yang terbuka itu dipandang sayu. Langsung dia tiada tenaga.
"sampai Fitri sedar akan kehilangannya kau"
"kau nak buat apa dengan dia hah!?" Ayra geram. Sudah seharian di tinggalkan Ayra seorang disini. Dari pagi lagi dia tidak makan. Ini dah nak masuk maghrib.
"ehh mana boleh bagitahu"
"kau tak takut ke kalau mummy dengan papa kau tahu kau buat aku macam ni?" ujar Ayra. Kahar masih diam tidak membalas pertanyaan Ayra
"kau tak takut ke kalau semua orang tahu pasal kau hah? Kau tak malu ke buat semua ni? Kau tak takut ke?" Ayra
"Ayra, pandang sini"
Ayra menoleh memandangnya dengan pandangan yang lemah. Dibawah matanya gelap akibat seharian menangis.
"Ayra, kau dengar sini ye. Aku tak kan lepaskan kau. Faham? Aku nak bagi dia rasa macam mana rasa kehilangan orang yang dia sayang" ujar Kahar. Dagu Ayra cuba dirangkulnya. Sempat Ayra menepis tangannya.
"ni semua ada kaitan dengan orang yang kau sayang ke?" Ayra bertanya lembut.
"dulu... ada seorang gadis yang aku minat.. dia comel gila. Aku pernah confess kat dia. Tapi satu hari Fitri. Dia.. dia keluar dengan gadis yang aku suka tu. Masa tu dorang tengah lintas jalan. Aku cuba tegur mesra gadis tu dari belakang and ada lori kontena tu laju je. And then.. she died.." cerita Kahar.
Ayra memandang Kahar dengan pandangan yang sukar ditafsir.
"aku tak rasa Fitri tolak dia. Mana mungkin Fitri akan buat macam tu" Ayra cuba memenangi Fitri.
YOU ARE READING
MR'S DAIYAN FITRI (C)
RomanceKarya sulung Pertemuan mereka bagaikan deja vu, apabila seorang perempuan dalam usahanya untuk menurunkan berat badan telah dipertemukan oleh seorang jejaka tampan disebuah padang bola. "aduh! Siapalah makhluk yang sepak bola nii? Ish kuajar betul"...