episod 6

444 31 1
                                    

Seperti yang termaktum dalam perjanjikan semalam. Hari ini mereka keluar outing ke Sunway Piramid untuk ke pawagam.

Sesampainya di sana, mereka ke pawagam dan melihat pada skrin yang disediakan. Terdapat beberapa cerita mengisahkan horror dan bunuh-bunuh. Tak banyak cerita tempatan pada hari ini. Langsung tiada yang menarik.

"Nak tengok cerita apa?" Ayra. Tiada cerita menarik hari ini. Lagi pun Ayra cuma minat cerita misteri dan babak-babak penculikan.

"aku ok je mana-mana pun" Fitri. Dia layan saja semua cerita.

"tak ada cerita best la, ni semua bosan" balas Ayra. Tak mahu dia bazirkan duitnya pada cerita yang dia tak minat.

"habis nak buat apa sekarang?" ujar Fitri. Ayra tersenyum sumbing. hehe.

"jom, tengok Popular nak?" Ayra. Laju dia menarik beg yang dipakai Fitri. Fitri yang seperti lembu di cucuk hidung, hanya mengikuti Ayra. Popular adalah sebuah kedai buku yang selalu berada di mall-mall besar.

Mereka berjalan ke kedai buku bernama Popular, sedang mereka berjalan ada empat pasang mata yang mengenali mereka melihat kemesraan itu. Babak apabila Ayra dan Fitri sedang gelak sakan terhadap benda random. Padahal mereka sedng gelakkan pasal keychin panda Fitri pemberian adik perempuannya.

"kau tengok tu Intan, patut la tak layan kau, dia suka si Ayra tu la" ujar Kaseh. Mereka memerhati dari belakang.

"ish, kau tunggu Fitri!" ujar Intan. Mereka berdua berjalan keluar dari Sunway Piramid. Kakinya turut dihentak-hentakkan. Kau ingat ada orang nak pujuk kau?

>>>

"Wow, ada cerita baru baii!!!" ujar Ayra, sambil membelek-belek novel fiksyen yang berada di rak itu. Persis kanak-kanak yang bermain di playground.

Fitri hanya mengikuti Ayra, dia melihat gelagat Ayra yang teruja melihat novel novel baru itu.

"kau rasa, yang mana? King Haider atau Dia tetap sempurna atau Seseorang untuk aku?" Ayra bertanya pendapat Fitri. Fitri hanya memndang wajah bersinar Ayra. Penuh dengan harapan untuknya memilih.

"mana-mana je la" Fitri. Wajah beku ditayangnya. Aku ni bukan obses dengan novel. Kenapa kau tanya Ayra?

"ish kau ni aku tanya ni. Jawab je la" Ayra geram. Nak tanya pendapat pun tak boleh.

"err, King Haider?" ujar Fitri.

"ala tapi macam nak beli , seseorang untuk aku" Ayra. Mulutnya sudah memuncung.

"ni weh, aku nak tanya ni" soal Fitri.

"apa dia?" 

"ada ke seseorang untuk kau? Single je aku tengok" sindir Fitri. Ayra mengepal erat tangannya. Bengang dia dengan sindiran Fitri. Sungguh menyusuk kalbu. Monyok terus Ayra.

"ala.. tapi macam nak Seseorang untuk aku" sambil membelek-belek novel di tangannya.

Ada juga beberapa mata melihat pergaduhan kecil itu. Sempat Fitri menangkap seorang gadis memandang tanpa lepas. Mungkin tergoda dengan ketampanannya? Fitri hanya menjeling gadis itu. Awek depan ni pun tak setel setel lagi ni..

"kalau macam tu, ambik la yang itu" Fitri. eyyy si kenit ni. Tadi suruh pilih la. Mintak pendapat la. Ni apa pulak ni?

"ish, susah la ceni, aku nak tiga-tiga ni!" ujar Ayra. Dia merenung ketiga tiga novel itu. memikirkan novel mana yang patut dia beli.

"ambik je la tiga-tiga senang" potong Fitri.

"tapi duit aku tak cukup" tepuk dahi Fitri dibuatnya. 

"ish kau ni" Fitri geram. Semakin ramai pula yang memerhatikan mereka berdua.

MR'S DAIYAN FITRI (C)Where stories live. Discover now