Seminggu itu pun berlalu dengan tenang dan tiada masalah sama sekali. Seperti yang dijanjikan, Fitri akan menjemput Ayra di tempat penginapannya, di Terengganu.
"Flowerrr!!!" Fitri berjalan ke arah isterinya.
"eh abang!"
Ayra menyalam kedua tangan suaminya. "lama dah tunggu Ayra?" Ayra memeluk tubuh Fitri. menghirup bau maskulin itu.
"tak adalah lama mana pun. Adalah dalam 1 jam 49 minit 30 saat macam tu" Fitri menyambut pelukan itu. Di peluknya erat. Risau punya pasal. Hari-hari video call.
"eh kira betul-betul ke tu?" Ayra melepaskan pelukan itu.
"tak adalah" Fitri mengangkat barang-barang Ayra masuk ke dalam bonet kereta Audinya.
Lalu Ayra melambaikan tangan ke arah Ariana yang berada di dalam bas.
"bye kak Ari!" jerit Ayra. Ariana hanya membalas lambaian serta senyuman manis.
Semasa dalam perjalanan ke rumah tok ma, Fitri. Ayra menceritakan sedikit sebanyak apa yang berlaku sepanjang seminggu mereka tidak bertemu.
"abang tahu tak? Ada orang ni an. Dia nak mintak nombor Ayra" cerita Ayra.
"really? Pastu Flower bagi ke?" Fitri sudah membuat muka cemburutnya.
"takk. Ayra cakap. Ayra dah ada boyfriend" Ayra menjeleng sekilas suaminya. Dia tersenyum sumbing.
"really? But kita dah kawin. Kenapa tak cakap sayang dah kawin?" mulut Fitri sudah panjang sedepa.
"malu" wajah Ayra kian bertukar warna.
>>>
Setibanya di halaman rumah kampung milik puan Zaiton, ibu kepada Puan Tania.
Ayra terus sedar dari lenanya "baru nak kejut" kata Fitri. Dia melihat muka keletihan isterinya. Bangun tidur pun comel!.
"dah sampai?" Ayra mengerdipkan matanya beberapa kali.
"ye. Jom sayang masuk" Fitri mengajak Ayra. Mereka sama-sama turun dari perut kereta dan melangkah masuk bersama Fitri. Salam diberikan.
" Assalamualaikum. Tok maa??" kuat Fitri memanggil dari luar. Dalam 10 saat. Salam di jawab dari dalam.
"waalaikummusalam" Puan Zaiton Wanita yang berusia 65 tahun itu melangkah keluar dari dapur.
"tok maa" panggil Fitri.
"eh Iyan. Cucu aku" Puan Zaiton berlari anak mendapat cucunya. Ya Allah rindunya cucu aku yang sorang ni! Handsome macam selalu.
Lalu Fitri menyalam kedua tangan wanita itu. Diikuti oleh Ayra disampingnya.
"ya Allah ni ke bini kamu Iyan?" Puan Zaiton. Iyan nama singkatan untuk Daiyan. Hanya puan Zaiton sahaja yang memanggilnya Iyan.
"iya. Ni Ayra tok ma" Fitri memperkenalkan isterinya. Ayra tersenyum manis melihat wajah cantik Puan Zaiton. Walaupun sudah berumur tetapi kejelitaannya masih dapat dilihat.
"Assalamualaikum tok ma?" Ayra. Lalu menghulurkan tangannya untuk bersalam.
Puan Zaiton menyambut tangan cantik Ayra dan berkata " waalaikumussalam. Cantik nya cucu menantu aku ni" Terukir di bibir mereka senyuman manis.
"ni, mummy kamu mana?" tanya Puan Zaiton. setelah kelibat anaknya tidak kelihatan.
"mummy dan yang lain dalam perjalanan. Nanti malam sampai la tu" Fitri melihat jam di pergelangan tangannya. hmm mungkin dalam pukul 8 ke 9 sampai la tu.
YOU ARE READING
MR'S DAIYAN FITRI (C)
RomanceKarya sulung Pertemuan mereka bagaikan deja vu, apabila seorang perempuan dalam usahanya untuk menurunkan berat badan telah dipertemukan oleh seorang jejaka tampan disebuah padang bola. "aduh! Siapalah makhluk yang sepak bola nii? Ish kuajar betul"...