🍁 - Bab 53

3.1K 93 23
                                    

Dua minggu kemudiaan..

Tiba hari pernikahan mereka.. sangat berdebar mereka saat ini terutamanya Ellysha. Adakah ini keputusan yang benar dan terbaik bagi mereka dengan masalah yang dihadapi oleh Ellysha, mudahnya dia berkahwin.

Orang ramai mula datang ke rumah mewah itu, pintu pagar di buka luar untuk tetamu yang hadir , hanya keluarga terdekat, keluarga jauh dan kawan karib sahaja yang datang. Kelihatan juga keluarga Syafiq iaitu Sophia, Rashida dan Qamal juga ada.

Kenapa mereka perlu ada ? Kenapa? Ellysha mula rasa perasaan benci menguasai diri apabila nampak pasangan suami isteri itu tetapi perlu mengawal diri daripada perasaan marah menguasai diri ini. Ini mesti Aryan yang jemput, Syafiq kawan baik Aryan. Jika Sophia masih boleh diterima. Tapi kenapa kena Rashida dan Qamal.

Sah-sah Rashida dan Qamal akan mengenali dirinya apabila Aryan menyebut akad nikah mereka sebentar nanti. Dia betul betul sudah bertawakal. Kalau mereka berdua nak tahu siapa diri sebenarnya Ellysha, Ellysha dah tak kisah, tapi jangan Aryan.

Sekurang-kurangnya Qamal ada menjadi saksi..

Kedengaran Tok kadi juga sudah bersedia. Aryan juga sudah bersila dihadapan Tok Kadi tersebut. Nafasnya mula berdebar debar. Sempat lagi dia menjeling ke arah Aryan yang sibuk bersembang sementara bersama Tok Kadi.

Tidak dinafikan Aryan memang nampak sangat segak tambah-tambah lagi dengan berpakaian Baju Malayu. Aishh.. Ell.. apa yang kau merepek ni bisik hati Ellysha. Sebenarnya dia malu , takut dan berdebar. Macam mana seseorang yang sempurna boleh jadi suami kepada gadis yang serba kekurangan .

Suara tok kadi menyapa bisikan hati Ellysha.

"Bersedia?" Soal Tok kadi.

Semua mata memandang ke arah mereka. Tidak ada seorang pun tertinggal untuk detik-detik ini. Ellysha nampak Aryan angguk tanda sudah bersedia. Ya Allah, tenangkan lah hati ku.

Tangan mereka mula bersalam.

"Syed Aryan Mikael Bin Tan Sri Amar"

"Ye saya.." balas Aryan.

"Aku nikahkan engkau dengan Nur Ellysha Qaisara Binti Muhd Qamal dengan mas kahwinnya RM 55,000 tunai.."

Dalam masa yang sama.. riak wajah Rashida dan juga Qamal berubah apabila mendengar nama tersebut. Syafiq dan Sophia mengeluh apabila perasan akan perubahan pada muka mereka berdua. Dari jauh Ellysha dan Errysha juga sedar.

"Aku terima nikahnya Nur Ellysha Qaisara Binti Muhd Qamal dengan mas kahwinnya RM 5500 tunai.." sebaik sahaja habis akad..

"Sah?" - Tok Kadi

"Sah"

"Sah"

"Sah"

Balas orang sekelilingnya.

Dengan sekali akad sahaja, mereka sah menjadi pasangan suami isteri.

Qamal dan Rashida masih dalam kebingunan.

Adakah itu dia? Ya , mungkin dia bisik hati Rashida.

Ell? Betul ke ni anak ayah hanya tanda tanya pada Qamal.

Mereka menghabiskan semua itu dengan bacaan doa. Dan bersama sarung cincin berserta sesi bergambar. Dapat dilihat air mata mula mengalir pada wajah Marina teruja. Ellysha juga sudah bertakung air mata tapi perlu ditahan. Kau kuat Ell.. kau mana boleh menangis !

Mereka berdua dah kenal siapa kau dan Errysha yang sebenar . Jadi kau kena kuat ! Jangan menangis! Jangan mudah memaafkan perempuan yang dah hancurkan hidup kau .

Beautiful SufferingWhere stories live. Discover now