Ellysha menurun tangga dengan menggalas beg dibelakangnya. Dia dah lambat nak ke kolej, nasib baik ada setengah jam lagi untuk sarapan, Ellysha menuju ke arah dapur. Kelihatan mak Som tengah membasuh pinggan.
"Morning Mak Som.." tegur Ellysha dengan suara yang cerita, beg galas diletakkan diatas kerusi lagi satu dan dia duduk diatas meja tersebut.
"Ha.. Qaira. Lambat bangun hari ni.."
"Ah tula.. sembang dengan Qisya sekali dengan Aydan sampai lupa nak bangun. Yang Qisya tu bukannya nak gerakkan Qaira pun, dia awal-awal lagi dah blah, Mak Som" jawab Ellysha senyum.
Ellysha mengambil nasi goreng, itu dan dia letak di atas pinggannya. Sesuap, dua suap.. dia nampak Amar tengah menuju ke arah dapur, hanya senyuman sahaja mampu dihadiahkan olehnya.
"Qaira.. kenapa tak pergi kolej lagi?"
"Qai bangun lambat tadi.." jawabnya ringkas
"Ouh.. kalau macam tu papa gerak dululah. Papa pun dah lambat nak masuk office ni" beritahu Amar "Err sebelum papa lupa nak bagitahu, kereta Qaira belum siap baiki lagi, so, hari ni papa dah minta Aryan tolong hantarkan Qaira kolej. Kalau dah lambat tapi dia still tak turun, Qaira gerak dia okey. Tak pun ambil je kunci kereta dia, bawak lari je kereta tu. Papa pergi dulu"
Amar ketawa sedikit kemudian dia pergi berlalu lari situ. Ellysha senyum sehingga kelibat Amar hilang, bawak lari kereta Aryan? Mahu dimakinya nanti. Ellysha sambung makan..
"Qaira, Mak Som pergi siram potong bunga kejap. Nanti dah siap makan panggil lah Ryan tu hantarkan kamu. Takut dia tidur balik" Kalsom senyum.
Baru sahaja Kalsom tiba dipermukaan pintu, kakinya terhenti apabila dia hampir terlanggar seseorang. Ellysha memandang ke arah Kalsom kerana terdengar perempuan tua itu bersuara, lihat wajah lelaki tersebut.. mula muncul muka menyampah.
"Takpa Mak Som, nanti Ryan hantar dia.."
Kalsom hanya okeykan sahaja dan Kalsom terus pergi dari situ dengan terburu-buru. Aryan memandang sehingga Mak Som hilang dari pandangannya lalu matanya laju memandang Ellysha.
"Sayang.. tolong buatkan aku air Milo panas" kata Aryan dengan selamba badak dia, dan dia duduk dihadapan Ellysha.
Ellysha yang dengar itu agak terkejut apabila lelaki itu mengatakan perkataan sayang tapi dia hanya buat taktahu sahaja. Ellysha memandang kiri kanan depan belakang untuk melihat siapa yang malang sangat dipanggil sayang dari mulut lelaki itu. Tak ada sesiapa pun.
"Aku cakap dengan sayanglah. Kenapa nak pandang depan belakang semua? I talking to you, Ellysha" beritahu Aryan selamba.
Ellysha hanya berwajah selamba sahaja, dia macam Aryan tak wujud. Dia tahu yang Aryan sengaja nak cari gaduh dengan dia. Daripada dia melambatkan diri sendiri baik dia pergi dulu. Cawan dan pinggan diangkat lalu basuh sendiri.
Pinggan dan cawan itu ditekan oleh berus sabun kerana geram dan marah. Aku dah cakap dengan kau, jangan panggil aku dengan nama aku! Jangan panggil aku Ellysha. Aku takakan toleh! Maybe orang lain boleh, tapi tidak pada keluarga ni bisik hati Ellysha sendiri.
"Ellysha, buat air dekat aku.." arahnya selamba
Sebaik sahaja habis basuh pinggan dan cawan. Ellysha ingin pergi dari situ tetapi Aryan lebih pantas bangun terlebih dahulu dan terus menarik lengan Ellysha dan dia menahan gadis tersebut dengan cara memijak kaki dan menahan lengan kecil itu.
"Aduihhh! Sakitlah gila!" Maki Ellysha, kaki bahagian paha disentuh tetapi dia tidak dapat tunduk sepenuhnya kerana dihalang oleh badan Aryan "Kau apahal bongok? Tak habis-habis pijak kaki aku"
![](https://img.wattpad.com/cover/234130921-288-k472399.jpg)
YOU ARE READING
Beautiful Suffering
RomanceBeautiful Suffering ! MANY CHAPTERS BUT PENDEK (DONT SKIP, NANTI TAK FAHAM) Sejak pemergian ibu tersayang, hidup Ellysha berubah 360 darjah apabila ayahnya, Qamal berkahwin dengn Rashida. Perempuan yang berpura-pura baik didepan Qamal tetapi dibela...