🍁- Bab 95 END

10.3K 244 20
                                    

Ellysha, Errysha dan Sophia mengeluh berat apabila memerhatikan susuk seseorang yang berada diseberang jalan dan agak jauh dari mereka.

Dia menjerit nama Ellysha dari jauh telah menarik perhatian semua orang yang lalu lalang dikawasan itu.

Muka menyampah ditayangkan kepada Ellysha. Ellysha hanya mampu mengeluh berat, dia sedikit menundukkan wajah. Dahi yang tidak gatal digaru. Malu.

Apabila rasa dirinya diperhatikan oleh Errysha dan Sophia. Ellysha mengangkat wajah dan menoleh pada mereka berdua dengan muka yang tertekan.

"Pandang aku kenapa?" Soal Ellysha tegas.

Sophia menolak dinding pipi menahan geram manakala Errysha hanya memeluk tubuh sambil memerhati kakaknya atas bawah. Mood ambil angin bersama tak dapat, malu dapat.

"Sebab laki kau, aku dengan Rysha hadap sekali malu ni tau?" Kata Sophia stress dia dibuatnya.

Errysha kembali memandang abang iparnya.

"Yang abang Ryan, lambai lambai kau dari seberang tu dah kenapa? Datang lah sini. Panggil nama okay lagi. Masalahnya sekali teddy bear besar badan kau dia bawak. Ya Allah malu aku" kata Errysha geram dengan riak waja yang bertukar.

Sophia menggeleng kepala.

"Drama sungguh.."

"Yang berdrama dia.. bukan aku" balas Ellysha pantas. Dia yang hadap tu, lagi rasa malu.

Dah lah dekat public. Orang ramai tak kenal, mesti ingat boyfriend dengan girlfriend sedang bersweet-sweet. Alaa macam tiktok dok tunjuk tu. Ehh geli aku bisik hati Ellysha.

"Kau pergilah dekat dia. Jangan biar dia macam tu. Nanti orang ingat suami kau autisme. Anak istimewa.." kata Sophia dengan selamba.

"Baguslah orang ingat macam tu. Kalau normal, orang akan ingat tak matang.." balas Ellysha selamba"

"Eh kau ni.. kata-kata tu satu doa.." tegur Sophia.

"Cakap je.." balas Ellysha senada.

Sempat lagi menjeling Ellysha yang tidak memandang ke arahnya.

"Jom. Kak Sofi. Kita pergi berdua je lah. Hidup single lagi tenang dan sentiasa bahagia.." balas Errysha sengaja menyindir kakaknya.

"Eleh.. engkau pun couple dengan Aydan.." perli Ellysha semula.

"Aydan tak mengada macam abang Ryan.." balas Errysha pantas, sempat dia menjeling kakaknya. Menyampah titeww..

"Memanglah kau tak kahwin lagi.." balas Ellysha tidak ingin mengalah. Dia memutarkan biji matanya, meluat.

Sophia mengeluh berat.

"Bergaduh pula adik beradik ni. Kau pergi cepat dekat laki kau Ell. Dia tak berhenti panggil nama kau tu. Dah macam orang meroyan aku tengok.." kata Sophia tegas.

"Aku malu Sofi. Kau tengoklah dia bawak teddy bear besar mana. Mana aku nak letak muka aku ni?" Pintas Ellysha dengan muka yang tertekan.

Tanpa membalas kata-kata Ellysha. Errysha terus menarik tangan Sophia pergi dari situ. Mereka berdua tinggal Ellysha bersendirian. Terkejut Ellysha dibuatnya, dia ingin mengejar tetapi kakinya terhenti.

Dia kembali menoleh pada suaminya diseberang jalan. Aih tinggal nanti ada juga yang memasam muka kejap lagi. Kepala yang tidak gatal digaru. Sekelilingnya dipandang. Nasib baik tak ada penjalan kaki, hanya Ellysha dan Aryan sahaja.

Ellysha mengeluh sedikit. Semasa kereta tidak banyak, terus Ellysha melintas jalan menuju ke arah lelaki itu. Sebaik sahaja tiba betul-betul pada hadapan lelaki itu terus Ellysha mencengkam pinggang.

Beautiful SufferingWhere stories live. Discover now